抖阴社区

                                    

"tak.. aku rasa tu bukan kes jatuh bangunan."

"dah tu? kenapa dia terbaring kat laluan tu tengah panas macam ni?"

"aku rasa dia tak sihat tu."

"maybe.. pelajar terbaik sekolah?"

"ah.. aku faham dah. mesti dia jatuh sakit. kau tahu kan setiap seorang pelajar terbaik sekolah akan jatuh sakit?"

Haechan yang selalunya ingin tahu apa yang jadi nampak tak tertarik dengan kejadian kali itu. dia tak bangun dari tempatnya, dan hanya berbual kosong dengan Yeonho dan Yongseung.

"kau taknak tengok sekali dengan dorang ke?" tanya Yeonho. yelah, tiber je Haechan taknak ambil tahu. selalu dia orang pertama nak tahu hal semasa.

"alah.. dengar dorang membawang aku dah tahu dah. malas nak bersesak kat situ."

"Tu... weh. tu kanㅡ"

"Shhh! nanti dia dengar! "

perbualan rakan sekelas mereka kali itu membuatkan perhatian mereka tertumpu ke tingkap kelas semula.

dan, semua perhatian pelajar yang tadinya tertumpu keluar tingkap kini beralih pada mereka bertiga.

"asal korang pandang sini?" soal Haechan.

Han yang tadinya juga ada di sana menjalankan tugasnya untuk menyuraikan pelajar kembali ke tempat mereka, menenangkan semula keadaan kelas yang riuh rendah.

dia mengetap bibirnya, menarik nafas panjang sebelum memandang mereka bertiga satu persatu, dan pandangannya terhenti pada Yongseung.

"hyung kau.."

Automatik mereka bertiga berdiri dan meluru ke arah tingkap juga.

"M-minchan hyung?!"

.

.

.

.

.

.

.

.

"tengok? ni dah masuk dua kali kau macam ni, hyung. kau okay tak ni? kalau tak okay, kau rehat jelah kat rumah." Yongseung merungut sambil membukakan botol mineral untuk Minchan.

Minchan mencebik dan mengalihkan perhatiannya pada Hoyoung yang duduk di sebelah Yongseung.
"aku tak bagitahu dia eh..jangan pandang aku macam tu."

"takda siapa bagitahu aku, aku sendiri nampak kau terbaring kat tengah-tengah laluan tu. bukan aku je, satu sekolah nampak. kau nak suruh dorang tak bagitahu aku jugak?"

Minchan meneguk laju air yang dihulurkan tadi, cuba mengabaikan bebelan adiknya.

"aku balik kelas dulu eh? nanti Saem cakap aku sengaja tak masuk kelas pulak." Hoyoung mengambil pencil case miliknya diatas meja kecil, dan ingin berlalu dari bilik rawatan. baru saja dia bangkit, Yongseung menahan lengannya.

"ya? kenapa Yongseungie?"

Yongseung hanya diam buat seketika, pandnagannya tertumpu pada keychain Hoyoung sebelum mengukir senyuman dan melepaskan pegangannya. "takde.. saja je."

Hoyoung mengangkat bahu sebelum berlalu dari situ.

"Kau nak makan tak hyung? aku belikan.. tunggu sini eh" Yongseung juga bangkit, mengikut langkah Hoyoung dari belakang. cuma Yongseung meneruskan langkahnya terus ke cafeteria, sementara Hoyoung masuk ke lorong menuju ke kelasnya.

Minchan yang tinggal sendirian mula bergerak ke sana sini, tak selesa bila duduk diam.

cklek.

pintu bilik rawatan terbuka, menampakkan seorang lelaki separuh abad yang berkot formal ; Pengetua Oh.

Minchan menghela nafas ringan sebelum memandang Pengetua Oh dengan pandangan kosong.

"kenapa kamu boleh jatuh sakit? kamu tahukan minggu depan kamu semua ada exam?"

"saya sendiri tak tahu, Saem.. beberapa harini saya tak sihat."

"jangan banyak ragam, haksaeng. kamu ada exam minggu depan. kalau kamu asyik sakit macam mana kamu fokus exam minggu depan? kamu fikir prestasi kamu dapat kekal baik kalau keputusan kamu tak sebaik yang yang diharapkan?"

"saya cuba sebaik mungkin.."

"Ingat .. keputusan kamu, kecemerlangan kamu.. itu yang menjamin kesihatan adik kamu. kalau kamu gagal, ataupun prestasi kamu jatuh, kamu tahu kan.. apa yang jadi?"

"tahu, Saem.."

"kamu dah janji. lifeline surgery itu perlukan penderma lifeline. kamu kena ingat yang kebanyakan lifeline yang diberi pada adik kamu sekarang adalah lifeline pelajar-pelajar corot yang terkorban tu. jadi,kalau kamu gagal, kamu takkan dapat penderma lagi dan kos rawatan adik kamu juga tak akan ditanggung lagi faham?"

Minchan mengetap giginya dan sedaya upaya mengawal riak wajahnya agar terus kelihatan tenang.

"kamu dengar tak?" ulang pengetua Oh lagi, dibalas anggukan oleh Minchan.

"kalau kamu faham, get yourself together and study hard." Pengetua Oh menepuk bahu Minchan sebelum keluar dari bilik rawatan.

Minchan mengeluh berat dan merebahkan dirinya kembali di atas katil.

dia mengurut lembut kepalanya sebelum menoleh ke arah pintu bilik rawatan yang masih terbuka selepas Pengetua Oh beredar.

anak matanya bergetar bila sosok tubuh adiknya berdiri tegak di hadapan pintu. dari raut wajahnya, jelas terpapar riak kecewa dan sedih.

"hh-hyung.. apa maksud perbualan kau dengan Pengetua tadi? aa-apa maksud kau.. lifeline surgery yang aku jalani tu..?"

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TBC

________

• nak bagitahu... mulai skrg mmg akan slow nak update.. sbb semua kita dh start busy en skrg😁

• kedua.. the Diviner tu kalau nak clue terbesar, the Fox. ha siapa yg sempat tgk vlive smpena 1000 days with Verivery thu lah siapa dia sekarang. KEBETULAN PULAK DIA PAKAI KOSTUM FOX AYAIYAI.🦊

• ketiga.. masih dalam terkejut sbb VERIVERY nak buat tour kat US. huhu.. tak tahu knpa rasa campur aduk🥺Verivery 1st US tour..😭
I'm.. I'mㅡ (╥﹏╥)

• sbb cerita ni slow update, maybe dia akan habis dgn sad ending🙃

•and, sebab tiba-tiba je ada error yang banyakk termasuk cerita sebelum ni, sebab tu semua cerita diunpublished,nak atur..edit sikit dan dipublished semula, slow-slow.

Student's CodeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang