抖阴社区

                                    

.

"Eoh?? Minchan? kau dah okay ke?" tanya Jungwoo, ketua kelasnya. dia baru saja ingin keluar dari kelas terhenti langkahnya, bila Minchan tiba-tiba berdiri di hadapan kelas.

"hmm.." Minchan mengukir senyuman dan mengangguk laju. dia kemudian menuju ke tempat duduknya sambil melompat kecil, mengundang reaksi pelik dan hairan dari rakan sekelasnya yang lain.

"kau dah kenapa? macam budak-budak je lompat sambil jalan.." tegur Hoyoung. yelah, pelik bila kawan baik dia tiba-tiba berperangai macam tu.

Minchan mengabaikan soalan Hoyoung. dia hanya duduk di tempat nya sambil menyelak buku di hadapannya tanpa tujuan, kalau tu buku rujukan ke teks ke yelah nak ulangkaji. tapi dia tengah selak kasar satu persatu buku tulis yang kosong, belum ada apa-apa tulisan lagi.

"Chan..? kau okay tak ni..?" Hoyoung mula rasa tak sedap hati.

".hihi.. kau aku punya sekarang~kau hak aku.." gumam Minchan perlahan. dia berhenti menyelak buku tulisnya dan dia mengelus wajahnya sendiri sambil tertawa kecil.

"apa kau cakap tadi?" Hoyoung membetulkan duduknya dan menghadap Minchan.

"aku cuma nak cakap..aku benci, benci, aku benci semua budak pandai.." dia tiba-tiba menghentak mejanya dan..

SSRAKK!

Helaian buku tulis dihadapannya di koyak kasar satu persatu, sambil mengumam kata benci. perbuatannya itu secara tak langsung mengundang perhatian rakan sekelasnya.

yela dia lempar kertas yang dah dikoyak tu ke sebarang arah.

"..Chan? kau kenapa ni..dah lah tu, kau koyak habis buku tu kau nak tulis atas apa?"

"Erghh..! bising lah kau ni!" buku yang hampir habis helaiannya akibat dikoyak tadi dilempar ke tepi dan dia berdiri mengejut, menyebabkan kerusinya terdorong kebelakang dan terjatuh.

dia keluar meninggalkan dari kelasnya, dan mengundang rasa hairan yang semakin kuat rakan sekelasnya.

.

.

.

.

.

.

.

Hoyoung mempercepatkan langkahnya melalui lorong sunyi yang menghubungkan bangunan sekolah mereka, mencari jejak kawan baiknya yang tiba-tiba saja keluar dari kelas.

"Minchan?! Chan!"

panggilnya berulang kali. tetapi tiada sahutan, hanya suaranya yang bergema di lorong itu. Dia dah habiskan masa hampir setengah jam berkeliaran di setiap bangunan, rooftop dan tandas. tapi dia tak jumpa kelibat Minchan.

gerak hatinya mengatakan ada sesuatu yang tak kena dah jadi. lagi-lagi bila Minchan tiba-tiba saja berkelakuan pelik.

dia risau, ditambah fakta yang Minchan adalah salah seorang pelajar terbaik sekolah malahan tercalon dalam pelajar terbaik kebangsaan, pasti ada kaitan dengan rumor yang memang dah sebati dalam kalangan pelajar sekolah itu.

Langkahnya terhenti dihujung lorong, dimana dihadapannya sekarang adalah balkoni yang menghadap belakang sekolah.

memang tak mungkin ada pelajar yang akan datang ke situ sebab di situ hanya ada tembok yang sudah diliputi lumut, akar-akar pokok dan tumbuhan yang menjalar.

pandangannya kemudian tertumpu pada satu kawasan tak jauh dari tempatnya berdiri sekarang, kolam lama yang dah terbiar.

pihak sekolah menutup kolam lama yang kini dah kering dan dilitupi tumbuhan menjalar itu hampir 19 tahun yang lalu, kerana kedudukan nya yang tak strategik dan membahayakan pelajar.

namun, Hoyoung dapat melihat kelibat seorang pelajar sedang duduk dengan santai di tebing kolam yang tingginya hampir 2 meter itu. Dia tak perlu fikir dua kali untuk kenalpasti siapa pelajar itu, dah jelas itu memang Minchan.

Hoyoung bergegas turun dan keluar dari bangunan sekolah, menghampiri rakannya yang berada di kolam terbiar itu.

"Minchan!" panggilnya. dia mendekati Minchan yang memandangnya dengan senyuman yang dia tak dapat tafsirkan.
Dari pandangan mata dan gaya nya sekarang, Hoyoung dapat menangkap yang dihadapannya sekarang bukan sahabatnya.

"..kau siapa?"

Pertanyaannya sengaja dibiarkan tak berjawab buat beberapa saat. Minchan cuma tertawa kecil sambil kakinya dihayunkan kehadapan dan belakang.

"aku tanya kan? kau siapa?!" Nada suara Hoyoung naik seoktaf, tanda dia mula merasa jengkel dan marah. dah lah dia curi-curi keluar kelas yang tengah berlangsung sekarang.

"aku? aku pelajar sekolah ni lah.." jawab Minchan santai. jari jemarinya bermain dengan rambutnya.

"aku serius, jangan buang masa aku."

"kau tanya aku siapa, aku dah jawab kan? kau yang tak percaya.."

"Keluar. kau tak ada hak nak ganggu pelajar apatah lagi gunakan badan mereka."

"taknak~"

"AKU KATA KELUAR!" Hoyoung mengepalkan tanganya, menahan emosi nya agar kekal stabil.

"aiishh..seriously. biarkan aku dalam badan dia dengan aman, aku dah lama nak jumpa dia.. orang yang aku puja, yang aku sanjung..." 'Minchan' mendepakan tangannya dan tatapannya berubah.

"aku cakap elok-elok ni.. tolong keluar." Hoyoung maju selangkah, menahan tangan kanan 'Minchan' yang dari tadi ketawa sinis dan mengejeknya.

"aucch.. sakitlah! " suaranya mulai berubah, suaranya kedengaran bergema dan berlapis, dan Hoyoung dapat menangkap suara perempuan. jadi dia boleh simpulkan, yang sedang kawal badan rakan nya sekarang adalah pelajar perempuan.

"kau nak keluar sendiri atauㅡ"

"aku taknak~!"

Hoyoung mendengus kasar dan mengangkat tinggi tangannya. Menyedari hal itu, 'Minchan' tertawa sinis.

"Jadi akhirnya kau munculkan diri kau juga, The Diviner.."

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TBC

Student's CodeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang