dia menjeling sekilas ke dalam rumah, dan dia kembali menatal skrin telefonnya. dia mengetik nama yang ada di dalam kenalannya.
Kangmin.
.
.
.
.
.
.
.
Hoyoung melihat sekeliling kawasan kelasnya yang kosong, sebab semua rakan sekelasnya bergerak ke padang. cuma dia saja yang tinggal di dalam kelas,atas alasan dia tak sihat dan akan pergi ke bilik rawatan nanti.
dia menutup matanya perlahan, cuba memfokuskan fikirannya pada satu titik, sehingga lah dia dapat melihat satu situasi.
_Seorang gadis berjalan sambil membebel sendiri di jejantas, tak jauh dari kawasan sekolah mereka. mungkin dia dalam perjalan pulang setelah kelas malam. sesekali dia merenung kertas di tangannya ; slip keputusan perperiksaan keseluruhan milik gadis itu.
Kang Sunhee
ranking : 324/324"haih..gagal pulak. padahal aku study kot.." monolognya sendirian. Tanpa dia sedar, dia diikuti dari belakang.
"hm..takpe lah. nanti aku usaha lagi." ujarnya, memotivasikan dirinya sendiri.
"usaha lagi? huh.. kau gagal, kau tahu?" sampuk satu suara dari belakang, menyebabkan Sunhee menoleh. setelah tahu siapa yang bersuara tadi, dia mengeluh berat.
"kau nak apa? tahu lah pelajar pandai."Gadis yang menegur Sunhee tadi berpeluk tubuh dan memandang Sunhee dengan gaya angkuh.
"kau gagal sebab kau asyik fokus pada Minchan kan? "
"kau sibuk kenapa? takde ganggu kau pun kan?" Sunhee menggenggam erat buku limanya.
"Sunhee, Sunhee. kau ingat aku tak tahu? kau yang selalu bagi roti, air kotak kat Minchan kan? tapi kesian~ kau tak tahu dia suka ke tak."
"at least dia ambil juga!"
"mana kau tahu? dia bagi roti tu kat adik dia lah. hahaha~menyedihkan lah kau ni. "
Sunhee mendengus geram. "eih! apa kau nak sebenarnya ha?!"
"aku? " soal gadis itu lagi sambil menunjuk dirinya sendiri. matanya melilau melihat ke arah sesuatu seperti kertas di poket blazer Sunhee. dengan pantas dia merampas kertas tersebut dan membukanya.
"Hahahah! apa ni?! kau nak confess kat Minchan ke? hahaha!"
"Yahh! bagi balik lah!" Sunhee berusaha merampas kertas itu semula, namun kepalanya ditolak kasar oleh gadis itu. rambutnya juga direntap kasar.
"hey perempuan.. kau fikir kau confess, Minchan akan notice kau ke? heh.. sedarlah diri tu. kau tengok dia! handsome, pandai. layak ke dengan kau?! lainlah kalau dengan aku, hahah!"
Sunhee berusaha menahan dirinya dari menangis. dia masih berusaha mengambil surat tadi dari tangan gadis yang merentap rambutnya sekarang.
"Sunhee, ni kalau aku viralkan, satu sekolah bahan kau hahahahaha!"
"bagi balik, tu kertas diari aku lah!"
"tak semudah tu~ kau kena sedar, Sunhee.. kau tahu kan apa nasib pelajar yang tercorot di sekolah kita?"
Sunhee diam seketika, cuba memproses apa yang gadis itu cuba sampaikan.
melihat respons Sunhee yang lambat, gadis itu berdecit dan merentap rambut Sunhee dengan lebih kuat, sehingga separuh badan Sunhee sudah 45° condong ke tebing jejantas itu.
"pelajar corot macam kau ni, nasib dia sama je.."
Sunhee mengerahkan tenaganya melawan semula. "untuk pengetahuan kau, ranking dan keputusan tak menunjukkan seberapa bijaknya pelajar itu. tapi usaha tu yang penting, tak apa kalau gagal selepas berusaha. bukan macam kau!"
"Yah!"
merasa tercabar akibat kata-kata Sunhee, gadis itu menolak Sunhee sehingga Sunhee terjatuh dari jejantas itu, dan tubuhnya jatuh tepat di atas sebuah kereta yang kebetulan lalu di bawah.
sebelum matanya terpejam, Sunhee sempat melihat gadis itu yang melarikan diri.
"kau akan terima balasannya, Song Jin Ah."
Song Jin Ah?
kenapa nama tu..
familiar?
.
.'HAHA, hey budak pelik!'
'boo~ ahli sihir! pergi lah dari sini!'
_
Hoyoung membuka matanya pantas dan mengurut dadanya yang sesak secara tiba-tiba. nafasnya turun naik dan dia meraup wajahnya perlahan.
kenangan masa kecil yang selama ini dia cuba padam dan kunci jauh-jauh dalam memorinya muncul semula.
dia kenal nama itu. wajah itu juga dia masih ingat dengan jelas.
'boo~ ahli sihir!'
'mak aku tak suruh kawan dengan kau.'
'eishh kenapa kau kat sini? taknak lah main sini lagi!'
'taknak kawan dengan budak pelik..'
"..kau lagi, kau lagi. aku ingat aku takkan jumpa korang lagi. tapi.." Hoyoung mengusutkan rambutnya.
"Hoyoung? kau kenapa? okay tak ni? asal cakap sorang diri?"
Hoyoung menoleh sekilas ke arah sumber suara. itu Hwanwoong.
"takde..aku just..sakit kepala sikit."
"kau nak aku temankan kau pergi bilik rawatan tak?" soal Hwanwoong lagi.
Hoyoung menggeleng. "aku okay. "
Hwanwoong kemudiannya mengambil tempat di belakang Hoyoung dan meneguk air minumannya perlahan. beberapa minit kemudian, kelasnya mulai riuh rendah dengan suara bila seorang demi seorang pelajar masuk.
Hoyoung menalakan pandangannya ke luar tingkap, dan dia melihat kelibat Kangmin yang menyelinap menghampiri pagar sekolah.
"..ni lagi sorang. kau nampak pelik sehari dua ni, Kangmin. sebab tu Yongseung syak kau.." gumamnya perlahan.
"..apa yang kau dan Minchan sedang rancangkan hmm..?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TBC

ANDA SEDANG MEMBACA
Student's Code
FanfictionSolve the puzzle and you will be safe. Fail to solve it? face the consequences.