抖阴社区

                                    

"..untuk menaikkan semangat kamu semua, sesiapa yang berjaya dapat keputusan cemerlang akan diberikan anugerah..dan saya jemput, pelajar terbaik sekolah untuk untuk bagi ucapan dan memotivasikan kamu semua."
Pengetua Oh berundur, mempersilakan seorang pelajar menaiki podium dan memberikan ucapan.

Yongseung memandang kelibat pelajar terbaik; tak lain tak bukan hyungnya sendiri yang melangkah perlahan menaiki podium berucap dan menghadap semua pelajar lain.

"..kenapa Channie hyung nampak pelik..?" bisiknya perlahan. Dia memerhatikan saja tingkah laku hyungnya yang nampak kekok dan janggal.

"...jadi, ss-saya.."

semua pelajar memandang ke arahnya, menanti apa ucapan dia yang selanjutnya.

"..ss-saㅡ"

BRUUKK!

suara jeritan bergema di dalam dewan tersebut, terutama pelajar-pelajar perempuan bila insiden yang tidak dijangka terjadi; Minchan yang tadinya memberikan ucapan di podium tiba-tiba saja rebah dan jatuh dari podium yang tingginya 1 meter itu.

"HYUNG!"

Yongseung cuba menghampiri hyungnya , namun keadaan masa itu sesak dan kelam kabut, menyebabkan dia sukar untuk bergerak. Namun dia tahu ada pelajar lain yang cuba membantu hyungnya. dia berusaha menyelinap di antara kerumunan pelajar untuk menghampiri hyungnya.

"angkat dia cepat!"

"yah.. dia tak bergerak."

"aku tahu lah. kan dia jatuh tadi!"

"tak! maksud aku dia langsung tak bergerak."

"..nadi dia takda."

"degup jantung dia pun takda.."

"kenapa korang diam? tolonglah dia cepat!"

"Dia dah tak bernafas! kau nak bantu macam mana lagi?!"

langkah Yongseung terhenti tepat di hadapan pelajar yang berusaha membantu tadi.
"apa maksud korang?! kenapa korang diam?!! bantulah Channie hyung tu!"

dia cuba membantu,namun badannya sendiri kaku, dia tak boleh buat apa-apa.

"..yah. badan dia dah kaku, dah sejuk."
pelajar tadi menunduk.

"..JANGAN MENGARUT LAH! bawalah Channie hyung pergi hospital sekarang!"

"..dah terlambat."

"TAK! MANA ADA LAMBAT! TOLONGLAH BAWA DIA PERGI HOSPITAL..!"

"hikss..hyung!"

"Hyung!!!"

"Minchan hyung!!"

.

"Minchan hyung!"
Yongseung bingkas bangun dari tidurnya. dia mengatur nafasnya dan melihat sekeliling. dia masih di dalam biliknya dan masih memeluk bantal brokoli nya.

dia menyedari yang ada kesan airmata yang hampir kering di wajahnya, juga bantal brokolinya yang terkena kesan airmatanya.

"..Chan hyung.." dia bangkit dari katilnya dan menuju ke luar bilik, mencari kelibat Minchan di dalam rumah.

"Channie hyung?" panggilnya. namun tiada jawapan.

"Channie hyung~!" laungnya lagi. dia mengatur langkah menuju ke depan pintu, menjenguk keluar sebentar.

"Yongseung hyung? kau cari Minchan hyung ke? dia pergi beli barang dapur kejap. nanti dia balik." tegur Kangmin yang duduk di halaman rumah sambil membelek buku.

Yongseung menarik nafas lega. "syukurlah.. cuma mimpi." dia mengurut dadanya yang terasa sesak.

"hyung..kenapa? kau sakit ke? nak aku call Minchan hyuㅡ"

"tak payah. aku okay. biasalah rasa sesak sekejap ni." Yongseung menahan Kangmin yang ingin mencapai telefon nya.
"..kau pun, masuk lah. kenapa duduk luar, dah nak senja dah ni."

"saje je. nanti aku masuk." Kangmin menyambung kerjanya membaca buku, manakala Yongseung masuk semula ke dalam rumah dan menuju ke dapur.
dia membuka kabinet tempat dia sering meletakkan ubatnya, namun kabinet itu kosong.

dia membuka kabinet lain juga, namun masih tak jumpa.

"Hmm? mana semua ubat aku..?" gumamnya sendirian.

"kau cari apa?" tegur satu suara. Yongseung menoleh dan menangkap kelibat Minchan yang baru datang sambil membawa bungkusan berisi sayuran dan beberapa barangan keperluan dapur.

"Channie hyung. mana semua ubat aku?"

"Buat apa kau cari ubat tu lagi? kau tak ingat doktor cakap apa? ubat tu boleh rosakkan organ dalaman."

Yongseung mengedipkan matanya berkali-kali sambil mencebik. "dengar..tapi seriouslah kau buang semua? takkan ubat batuk, paracetamol semua kau buang??"

"aku tak percayakan semua ubat doktor lama tu lagi. kalau nak ubat baru, nanti boleh dapat kat farmasi." Minchan menyingsing lengan bajunya dan mula menyimpan barang dapur sebelum memasak.

Yongseung mengangkat bahu dan kembali ke ruang tamu. Mood hyungnya nampak kurang baik jadi dia tak mahu ganggu. adalah lebih baik kalau dia atau Kangmin tak ada dekat dapur.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

TBC

kejutan in next chapter

Student's CodeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang