.
.
.
.
.
"Wah~cantiknya view kat sini!" Kangmin berlari sedikit ke hadapan. dia masih teruja bila tengok view padang dan bukit yang menghijau, dan dihiasi dengan bunga-bunga dan pohon rendang yang tumbuh di sekitar.
mereka semua akhirnya duduk di bawah sebatang pokok yang rendang untuk berteduh dari sinar matahari.
Hoyoung sibuk mengambil gambar pemandangan, manakala Dongheon dari tadi merekod video mereka. Minchan dan Gyehyeon pula hanya duduk diam dan sedikit jauh dari yang lain, menikmati pemandangan dengan senyap dan tenang.
Yeonho, Yongseung dan Kangmin pula berjalan di sekitar padang itu. sesekali mereka membiarkan angin lembut menerpa.
"Hyung! aku nak jalan-jalan ke sana?! macam ada keramaian je.." Kangmin berlari menghampiri Dongheon.
"kalau nak pergi, jangan sorang. ajak siapa-siapa temankan." jelas Dongheon yang masih sibuk dengan aktiviti vlog nya.
"Okay.. Gyehyeon hyung~! jom pergi sana!" Kangmin menghampiri Gyehyeon sambil melompat-lompat kecil. Gyehyeon mengeluh kecil tapi dia turutkan juga.
Minchan pula kemudian beralih tempat. dia duduk di sebelah Hoyoung yang masih sibuk menangkap gambar pemandangan.
"..Hoyoung."
"hmm?"
"aku nak tanya sikit.."
"apa dia? tanya je lah." Hoyoung mengalihkan perhatiannya pada Minchan.
Minchan menghela nafas berat. dia menalakan pandangannya pada Yeonho dan Yongseung yang berjalan di sekitar padang dan bukit yang menghijau di hadapan.
"..noona kau doktor kan?" tanya Minchan.
"ya. dia doktor praktikal. kenapa?"
"boleh tak kau tanya dia.. kalau pesakit macam adik aku tu, ada tak cara lain untuk selamatkan dia?" Minchan memandang Hoyoung penuh pengharapan.
"well..aku tak tahu sangat. tapi biasanya cara untuk selamatkan pesakit yang menderita kegagalan organ cuma dengan kaedah pendermaan. tapi dulu kau cakap adik kau tak sesuai kalau guna kaedah tu?"
"..aku dah hilang kepercayaan dengan semua pegawai. tak kira dia guru, doktor atau polis. aku dah taknak percaya dorang..dorang dah buatkan adik aku lebih menderita."
"..oh, jadi kau dah tahu yang ubat yang diambil tu memburukkan keadaan kesihatan." gumam Hoyoung perlahan.
"..sekarang aku cuma percayakan kawan-kawan aku. sebab tu aku minta tolong kau. mungkin noona kau tahu cara untuk selamatkan adik aku. aku yakin dia boleh diselamatkan, kalau dia dapat rawatan yang betul kan? "
Hoyoung hanya diam. dia taknak meruntuhkan harapan Minchan, tapi dia tak boleh beri Minchan harapan palsu juga.
"...semua bergantung pada takdir yang dah ditentukan, Chan. kita tak boleh ubah apa yang dah tertulis untuk kita. apa yang kita boleh buat, kita teruskan kehidupan kita, tempuh apa saja cabaran yang datang.""..itu bukan jawapan soalan aku tadi, Hoyoung." Minchan menunduk dan menyembamkan wajahnya di lututnya.
"sebab aku sendiri tak ada jawapan dari soalan kau tadi. cuma aku nak cakap, kita semua dah ada takdir kita tersendiri. terpulang pada kita untuk terima dan terus maju kehadapan atau nak kekal di tempat yang sama dan terus salahkan takdir. kalau kau maju kehadapan, mungkin akan ada takdir yang lebih baik sedang tunggu kau di masa yang tepat."
Minchan tertawa kecil. " kau punya falsafah tu macam kau tahu je apa yang akan jadi."
Hoyoung membuang pandangannya ke arah langit biru yang cerah. dia mengukir senyuman nipis dan menghela nafas ringan.
'..sebab aku memang tahu, Chan. aku minta maaf.'Hoyoung berdehem sebelum melambai ke arah Yeonho dan Yongseung yang masih bermain di tengah padang rumput di hadapan.
dia menepuk bahu Minchan perlahan, menenangkan sahabatnya yang mungkin masih dilanda rasa risau.
"tengok.. adik kau boleh terima dan dia terus maju kehadapan, tanpa peduli rasa sakit yang dia alami. semangat dia kuat, dan aku yakin apapun yang akan jadi, itu yang terbaik untuk dia.".
.
Yeonho merebahkan dirinya di bawah sebatang pokok rendang untuk berteduh sebentar, dan Yongseung juga duduk di sebelahnya.
"..Yongseungie..kau masih ikut pertandingan menari tu ke?" Yeonho mengalihkan perhatiannya pada sahabatnya di sebelah.
"masih. kenapa kau tanya?"
"takdelah.. aku risaukan kesihatan kau." Yeonho mencabut rumput di hadapannya.
"kau ni macam Chan hyung pulak. aku okay, aku yakin aku boleh. aku ikut pun bukan untuk menang, cuma nak tambah pengalaman and suka-suka je."
"..aku risau sebab kau kawan baik aku, and aku nak kau tahu yang kalau kau perlukan bantuan atau sokongan, aku janji akan sentiasa ada di sisi kau. macam aku selalu cakap, together, whenever, wherever, forever and ever."
"Thanks Yeonho.. aku terharu pulak." Yongseung tertawa kecil.
"alah kau ni takyah touching sangat. sekarang ni kan kita semua tengah cuti, mood mestilah happy!" Yeonho meregangkan ototnya.
"oh ya, lusa kau ada kerja kan?" tanya Yongseung.
"kerja? oh ya! ha'ah. aku dah janji dengan budak-budak kat rumah penjagaan tu yang aku akan lawat dorang. So aku pergi sana lah lusa. hehe, tak apalah penat sikit, asalkan budak-budak tu happy."
"kau suka betul kerja-kerja amal dan sukarelawan ni.."
"entah, bila orang lain happy sebab apa yang aku buat, aku pun tumpang happy. so yeah. aku tetap akan buat kerja amal ni sampai akhir hayat."
hening seketika.
"Yeono.. boleh tak kau nyanyi untuk aku sikit? aku nak practise menari sikit." pinta Yongseung.
"boleh..tapi kau jangan nak menari aktif sangat.. menari slow je."
Yongseung mengangguk. "bergantung pada lagu yang kau nyanyi."
Yongseung bangkit dan meregangkan ototnya. dia menarik nafas panjang dan menghelanya perlahan, tanda dia bersedia.
"..Oh stay with me kkeut-i an boyeodo,
neoui son-eul jab-eulge,
geulae neoui pyeon-i dwaejulgeEverything is so way~
So gravity neowa majuhan sungan,
So gravity apeum-eul nanun sungan,
adeughaessdeon, sojunghaessdeon,
yagsoghan i nolael bulleo,
So gravity.."Yeonho mendendangkan lagu yang dia, Dongheon dan Gyehyeon cipta. lagu yang mengisahkan tentang mereka bertujuh. Yongseung menutup matanya, membiarkan badannya bergerak mengikut alunan lagu yang Yeonho nyanyikan.
"Korang!!!"
automatik fokus semua orang tertumpu pada sumber suara.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TBC
okay still happy chapter lagi😁

ANDA SEDANG MEMBACA
Student's Code
FanfictionSolve the puzzle and you will be safe. Fail to solve it? face the consequences.