抖阴社区

                                    

Hoyoung mengeluh ringan sebelum menerangkan rancangan asal mereka bertiga.
"kau tahu appa JinAh tu salah satu penyumbang dana terbesar sekolah? Pengetua Oh tu sebenarnya dipermainkan, dia je tak sedar. Dengan pengaruh tu, JinAh senang-senang akan dapat apa saja yang dia nak, iaitu kedudukan dan perhatian.

Sebab dalam sekolah kita banyak saingan dia, dia cadangkan rumor mengarut pasal 'pelajar pandai akan jatuh sakit' tu. tapi sebab tu bercanggah dengan matlamat Pengetua Oh yang nakkan kemajuan dan prestasi sekolah ni sentiasa top, sebab tu muncul rumor yang satu lagi.

Demi nakkan prestasi dan perhatian tu, JinAh lah yang rancang untuk 'habiskan' semua pelajar tercorot."

Yeonho dan Minchan yang mendengar itu cuma melopong, tak tahu nak respons apa. Yongseung pula mengangguk faham.

Gyehyeon berdehem kecil, mengambil perhatian mereka semua.
"..jadi rancangan kitorang, kitorang kumpul semua bukti kukuh yang boleh dijadikan alasan dan serahkan pada pihak polis. nanti dorang yang akan ambil tindakan. "

"..dah berapa banyak bukti yang korang dah kumpul?" tanya Yongseung.

" bukti pertama yang ada pada aku, rakaman suara JinAh. bukti kedua, dokumen yang menunjukkan salahguna kuasa ada pada Dongheon hyung." Gyehyeon mengangkat jarinya, menghitung jumlah bukti yang ada.

"oh wow, mana kau dapat suara minah tu? bukan dia tu kerek ke? dia bukannya nak lepak dengan orang biasa macam kita." Yeonho menggaru kepalanya.

Gyehyeon terdiam seketika. "aku ada cara aku sendiri."

Hoyoung mengalihkan tumpuannya pada Minchan. "dan apa pula yang kau rancang, Minchan? kau ingat aku tak tahu?"

"tujuan aku sama je macam korang." Minchan menayangkan wajah datarnya.

"oh ya? aku ingat kau nak balas dendam?" Gyehyeon tersenyum sinis.

"hyung, kalau kau nak balas dendam semata-mata sebab aku tu tak payah lah hyung.. jangan bahayakan diri kau." Yongseung memandang Minchan. pandangannya redup, seolah memohon.

".. betul tu. aku rasa kau lebih banyak bukti dari kitorang, macam data yang kau copy dari laptop Pengetua, dan bukti yang ada pada Kangmin tu?" soal Hoyoung.

"..Kangmin?" serentak yang lain memandang ke arah Hoyoung. Okay, fakta yang Kangmin juga terlibat buat mereka tak percaya.

"..tak payah pura-pura tidur, Kangmin. aku tahu kau dengar. Kau dan Minchan selalu bekerjasama nak jatuhkan Pengetua Oh, dan kau berdua selalu rancang plan sama-sama kan?"

Kangmin berdecit kecil dan mengangkat wajahnya. Pegangan pada Gyehyeon dilepaskan dan dia menongkat dagu memandang satu-persatu wajah hyungnya sambil mencebik.

"patutlah kau kebelakangan ni asyik lepak dengan Channie hyung.. selalunya taknak lepas pun dari Gyehyeon hyung. apa yang korang rancang?" Yongseung berpeluk tubuh.

Kangmin menghela nafas berat. Dia mengeluarkan telefonnya dan memainkan satu audio.
"ni rakaman perbualan JinAh dan Pengetua Oh. semua perbualan dorang pasal reputasi sekolah, kes pelajar yang terkorban tu semua dah terakam dan ada pada aku."

"kau simpan bukti paling penting! tapi macam mana kau dapat rakam semua tu?"

Kangmin menggaru kepalanya. "korang kenapa ni? takkan aku pergi temuramah dorang pulak? of course lah aku intip pergerakan dorang."

"bahaya lah. kalau dorang dapat tangkap kau?" bebel Gyehyeon tiba-tiba. Kangmin memandangnya pelik.
"aku dah besarlah hyung, aku bukan budak-budak. aku tahu jaga diri aku."

"..okay Kangmin, Minchan. kita kumpul semua bukti yang kita ada, then petang lusa waktu balik sekolah kita lapor polis." Dongheon mengatur rancangan mereka.

Student's CodeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang