抖阴社区

5

1.1K 56 5
                                        

Sepulangnya Jisung dari sekolah dia terus ke bilik. Mandi dan terus tidur. Kalau hari-hari biasa, penat macam mana pun dia akan luangkan masa dengan Brian makan sama-sama depan kolam tapi ye si tupai kan tengah merajuk.

"Bik!"

"Ye tuan?" Pembantu rumah, segera menghampiri.

"Jisung dah balik?"

"Dah tuan. Jisung dalam bilik dia." Brian tersentap. Bilik? Habis dari tadi dia menunggu Jisung dengan makanan terhidang dan JISUNG BERSENANG-SENANG DI BILIK?!

"Dia dah makan?" Brian tahan rasa marah pada adiknya. Dia sanggup tahan lapar semata-mata tunggu Jisung lah adiknya malah tak menghiraukan.

"Jisung cakap dia dah makan dengan Tuan Felix kat KFC."

Cukup. Brian dah cukup kesal. Segera dia melangkah ke bilik Jisung.

Password bilik adiknya ditekan. Peduli kalau nanti adiknya mengamuk sebab ceroboh bilik dia, Brian dah terlanjur kesal.

"HAN JISUNG!"

Jisung tersentak dari tidurnya.

"Kau kenapa Ji? Marah aku lagi?" Suaranya dikendurkan.

"Nak apa?" Jisung terpisat.

"Kenapa kau tak makan dengan aku?" Nada Brian sedikit kesal. Jisung tak bodoh. Dia tahu abangnya marah.

"Suka hati aku lah nak makan dengan siapa." Bagi Jisung Brian marah pasal hal kecil.

Brian tersentak. 

"Selama ni aku ikut je cakap kau hyung. Semua benda kau suruh aku buat, aku tak melawan. Tapi bila time aku pulak meminta, kau abaikan. Kau faham tak perasaan aku hyung?" Jisung bangkit menentang abangnya.

Brian tahu mana tujuan pembicaraan Jisung.

"Kau tak faham Ji-

"Apa yang aku tak faham?! Aku cuma nak misi tu! Tu je Brian! Aku tak minta lebih. Habis misi tu, kau nak kongkong aku balik pun aku tak kisah."

"Diorang tu bahaya! Kau boleh mati lawan diorang nanti."

"Aku pewaris Han, hyung. Ayah dah lama ajar aku bertarung. Aku yakin dapat kalahkan diorang." Baru kali ni Jisung mengungkit haknya.

"Aku ketua kumpulan Ji. Ikut cakap aku."

"Kau mesti tahu pengganas-pengganas tu terlibat dengan kematian ayah ngan bunda kan?!" Jisung makin menggila. Nadanya naik beroktaf-oktaf. Brian terdiam.

"Sebab tu ke kau beria-ia tak bagi aku join misi ni. Entah-entah kau memang suka sebab dapat jadi ketua kumpulan Han." Jisung makin hilang kewarasan. Abangnya dituduh-tuduh sesuka hati.

"Han Jisung..."

"Kau happy kan ayah mati! So, kau lah boleh jadi pengganti!"

"Kau gila ke? Aku sayang kau, aku sayang ayah ngan bunda. Aku memang tengah cari maklumat pasal kematian diorang." Brian tahu, api lawan api memang takkan menang jadi dia memilih untuk menjadi air.

"Penipu."

"Han Ji-

"Kau tu cuma anak pungutlah Brian!"

DEG

Baik Jisung mahupun Brian, dua-dua terdiam. Jisung tersentak dengan ucapannya.

Jisung akui dia melampau kalini. Ahh rasa nak jahit mulut bodohnya.

"Hyung...aku-

"Ikut cakap aku Ji. Sekurang-kurangnya sampai aku masih ada untuk lindungi kau." Selesai ucapannya, Brian melangkah keluar meninggalkan Jisung yang masih terpaku.

????????? [???????]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang