Kakinya melangkah laju menuju ruang hospital. Setelah berhari-hari memantau, sekarang dirasakan masa yang sesuai.
Jarum jam menunjukkan 2 pagi, lorong hospital sunyi tanpa kelibat sesiapa. Kaki laju melangkah sebelum bertembung dengan seorang nurse wanita.
Mask muka disarung.
"Bilik Han Suzy kat mana?"
"Maaf, encik ni siapa?"
"Aku saudara dia." Dengan bunga yang dibawa, dia harap nurse depannya ni akan senang percaya. Kalau boleh dia malas guna kekerasan.
"Maaf encik tapi-
Bicara sang perawat terhenti saat didorongkan pistol di kepala.
"Kalau kau tak nak mati baik kau tunjuk bilik dia sekarang."
Akibat ugutan bunuh yang dikeluarkan, nurse wanita tersebut terpaksa menunjukkan bilik Han Suzy. Malang apa menimpa, satu pengawal pun takde yang berkawal seperti biasanya di depan bilik Suzy.
Tubuh kaku seorang wanita penuh infus di tubuhnya diperhatikan penuh dendam.
'Aku akan buat seluruh keluarga kau menderita Seungwoo.'
Jarum yang berisi racun dikeluarkan dari bouquet bunganya.
Nurse tadi dibuat pengsan.
Lalu jarum dicucuk ke dalam kantung darah milik Suzy. Tak lama, tubuh Suzy mula bereaksi. Dia mula kekejangan, buih-buih putih keluar dari mulutnya.
'Rasalah seksa akibat ulah suami kau.'
"BUNDA!!!" Lelaki tinggi berhidung mancung itu tersentak.
Baru sahaja dia melangkah hendak mendekati si tupai, kedengaran siren dan derap tapak kaki segerombolan orang dari lantai bawah. Dapat dipastikan itu semua anggota Han.
Niatnya hendak bunuh Jisung dikurungkan. Dia segera lari bersembunyi.
Namun langkahnya terhenti melihat si manis yang tadi bertubuh kecil kini berdiri di hadapannya dengan penampilan yang sekarang. Penampilan seorang Lee Jisung.
"Aku benci kau Minho."
"Kau bunuh ayah aku. Kau bunuh bunda, kau bunuh abang aku."
"Sampai mati aku benci kau."
"Sungie, maafkan aku."
"Bunuh aku Minho. Aku nak mati di tangan orang yang renggut semua anggota keluarga aku."
"Sungie...
"Bunuh aku!"
"Minho."
"Minho!"
Matanya terbuka. Air mata mengalir di pipi. Tubuhnya berkeringat. Kalau sebelum ni Jisung yang bermimpi buruk, sekarang kenangan lama yang menghantui Minho.
Wajah Jisung yang penuh riak khawatir ditatap.
"Minho, kau kenapa?"
"Sungie..-
SRRETT
Tubuh Jisung ditarik ke dalam pelukan.
"Jangan benci aku sayang. Aku minta maaf hikss aku..." Bicaranya dihentikan. Dia tak bersedia membongkar sebuah lagi kebenaran.

ANDA SEDANG MEMBACA
????????? [???????]
FanfictionMelihat sang ayah dibunuh depan mata oleh Han Seungwoo, ketua mafia dari Korea yang tak diundang menyebabkan dendam si anak mengalir pada seluruh anggota Han. Dengan penuh tekad, Minho ke Korea semata-mata demi mengincar dan melunaskan dendamnya. Da...