抖阴社区

11

807 48 17
                                        

Sejak kejadian di rooftop, hubungan mereka berdua menjadi canggung. Jisung tak tahu apa salah dia sampai Minho mendiami dia berhari-hari.

"Lix, Je, petang ni teman aku pergi mall boleh. Nak beli hadiah untuk Minho."

Felix yang mendengar hanya mengangguk. Dia dah boleh agak Jisung danMinho bergaduh. Mana taknya pasangan yang sebelum ni tak boleh dipisahkan tiba-tiba macam menjauhi satu sama lain.

"Kenapa pulak kau kena beli hadiah?" Jeongin bertanya.

"Saja. Aku nak minta maaf dengan dia."

"Uwuuu. Sweet rupanya kawan aku ni." Usikan Jeongin dibalas ketukan pada dahi Jeongin.

"Kau buat silap apa dengan dia Ji?" Pertanyaan Felix berhasil membungkam Jisung. 

'Apa salah aku sebenarnya?'

"Tak de apa lah Lix. Benda kecik je. Biasala gaduh-gaduh kecik." Felix hanya ohh iya.



-

"Wehhh Jisung! baju ni lawa. Kalau dia pakai confirm handsome nak mati!" Beberapa pengunjung menoleh mendengar teriakan Felix.

Jisung balik badan menjauhi Felix.

"Siapa tu? Kawan awak ke?"

Jisung dengan laju jawab "Tak, tu pelayan mall ni."

"Ji! Oii kau suruh kitorang teman, kau pulak hilang."

PPAK

"Bangang tu simpan sikit Lix, ni mall bukan pasar. Yang kau teriak-teriak macam tu aku pun malu." Jeongin merungut selepas menjitak dahi Felix.

Mereka berdua berkeliaran mencari Jisung. Tiba-tiba tangan Jeongin ditarik Felix agar bersembunyi.

"Weh wehh, nampak tak tu?" Felix menunjuk ke arah lima orang yang tengah berada di kawasan 'barang mentah.'

"Tu bukan Seungmin ke?" Jeongin berkerut. Dia yakin tu memang Seungmin.

"Seungmin tinggal ngan diorang ke?" Pertanyaan Felix jadi debu. Tiada di antara mereka berdua yang menjawab. Sejak Seungmin dilucutkan, memang tiada langsung interaksi antara mereka. Khabar Seungmin langsung tak diketahui walaupun mereka sering bertemu di kelas.

"Wahh manja semacam Seungmin dengan Minho. Dia tak tahu ke Minho tu Jisung punya?" Felix terbakar hati melihat Seungmin yang merangkul tangan Minho. Minho pulak tak menolak.

"Hareudang la aku. Kau tunggu." Belum sempat Jeongin mencegah, Felix dah berada tepat di belakang Seungmin dan Minho.

"Maaf, bakteria dengan kuman tak boleh rapat-rapat." Seungmin dan Minho serentak menoleh.

"Felix?" Rangkulan Seungmin segera Minho lepaskan.

"FELIX?" Felix mengajuk gaya terkejut Minho

"Kau buat apa kat sini?" Minho malas nak bertekak. Dia memilih untuk rasional.

"Dendam apa kau ngan Jisung eh Min sampai kekasih dia pun kau nak rembat?" Sindir Felix.

Melihat Seungmin yang hanya diam, Minho membalas. "Kau jangan nak tuduh-tuduh dia eh. Kawan macam apa yang biarkan kawan dia merempat takde tempat tinggal." 

"Hei! Kau tak tahu apa-apa main sedap cakap eh-

"Apa yang aku tak tahu?" Duga Minho.

Seungmin tarik tangan Minho. Dia tak nak Minho bocorkan rahsia kalau dia dah bagitau identiti mereka bertiga pada senior-senior itu.

"Wow wow korang kenapa ni?" Bangchan, Hyunjin dan Changbin menghampiri mereka berempat. Suara gaduh mereka boleh didengari dari jauh.

"Lix, dahlah tu. Jom cari Jisung. Biar je diorang." Jeongin cuba menghentikan Felix yang bila-bila sahaja boleh mengamuk.

????????? [???????]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang