Kaki kecilnya dibawa menyusuri deretan kedai. Matanya terpaku pada kedai kek atau lebih tepatnya pada cheesecake yang dipamer.
Dompet dikeluarkan sebelum keluhan dilepaskan.
Dia lupa, dia bukan lagi Han Jisung, pewaris Han yang kaya raya. Dia bukan lagi adik Brian, pengarah syarikat yang terkemuka.
Dia kini hanyalah Han Jisung, pelajar sekolah yang kehadirannya langsung tak memberi impak di negara matahari terbit ini.
Minho mengawal penuh sumber kewangannya. Harta yang sepatutnya menjadi milik Jisung entah kenapa sampai sekarang tak tahu penyudahnya. Kemungkinan besar peguam keluarga Han dah cuba menghubunginya tapi tak terhubung.
BBUK
Tubuh Jisung terhuyung dilanggar seseorang dari belakang.
"Kau apahal berdiri tengah jalan?!" Belum sempat Jisung menstabilkan diri, dia diherdik seseorang.
"Niki?" Niki, rakan sekelasnya yang tadi menabraknya.
Sebuah senyum sinis Niki berikan. Dia memang tak menyukai rakan barunya itu. Sejak kehadiran Jisung, Haruto makin lama makin rapat dengan Jisung menyebabkan Niki...iri?
"Kau tak cukup duit nak beli cake ke? Ala siannya si miskin ni." Jisung genggam tangannya. Dia masih bersabar. Jalan yang sunyi waktu senja hanya menyisakan mereka berdua.
"Gaji kau jadi pembantu kat rumah Seungmin tak cukup ke? Nah, amek duit aku pergi beli cake tu." Niki mengeluarkan beberapa keping duit lalu dilempar sembarangan layaknya Jisung seorang pengemis.
Namun duit tersebut tak diendahkan. Apa yang lebih menganggu fikirannya,
'Pembantu?'
"Siapa cakap aku pembantu rumah Seungmin?" Nada Jisung berubah ketus.
Niki tersenyum sinis.
"Seungmin sendiri yang cakap."
"Dahla duduk sekali dengan kekasih Seungmin, aku harap Seungmin pandai jaga kekasih dia.
"Kau kan miskin. Orang macam kau ni sanggup buat apa je untuk harta. Jangan-jangan kekasih Seungmin pun kau sebat nanti."
Segala bacotan Niki, Jisung tak ambil peduli. Dia lebih memilih melanjutkan perjalanan.
"Kesian kau. Mak bapak kau tak tinggalkan harta ke? Time hidup dulu mesti ayah kau selalu berjudi-
BUGHH
Sebuah tumbukan hadir di pipi Niki.
"Kau jangan sesekali hina mak bapak aku!" Mata Jisung merah menahan marah. Dia masih boleh bersabar saat Niki menghinanya, tapi Niki tak tahu apa-apa pasal ayah dan bundanya.
Niki yang tak terima bangkit melawan. Mereka saling bertumbuk, beberapa orang awam yang melihat cuba menghentikan, tak lupa ada yang merakam.
Namun, heiii Niki salah memilih lawan. Depannya ini Han Jisung, ketua Alpha yang digeruni dan tak perlu tenaga yang banyak, Niki kini terhumban tak mampu bergerak.
Jisung tak kira, dia dah cukup meluat dengan Niki. Kaki Niki dipijak, teriakan kesakitan lawannya langsung Jisung tak hiraukan.
"Kau boleh hina aku, tapi kau tak boleh hina mak bapak aku!" Sebelum beredar Jisung sempat berbisik di telinga Niki,
-
Cheesecake yang diidam tak didapatkan, beberapa kesan biru akibat pergeaduhan dengan Niki pula yang tercetak di wajahnya.
Dengan keluhan, Jisung perlahan-lahan masuk ke rumah. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Perutnya dari petang tak diisi.
Saat melangkah masuk, matanya disajikan dengan pemandangan...err meja dihias dengan lilin. Beberapa menu makanan yang mewah terhidang di atas meja.

ANDA SEDANG MEMBACA
????????? [???????]
FanfictionMelihat sang ayah dibunuh depan mata oleh Han Seungwoo, ketua mafia dari Korea yang tak diundang menyebabkan dendam si anak mengalir pada seluruh anggota Han. Dengan penuh tekad, Minho ke Korea semata-mata demi mengincar dan melunaskan dendamnya. Da...