抖阴社区

37

1.4K 60 19
                                        

CUPP

Jisung tersentak bila dirasakan sesuatu yang lembut menempel di pipinya.

"Minho ishhh." Mulutnya merungut. Minho semakin ditegah makin menjadi-jadi. Dah banyak kali Jisung ingatkan jangan sergah dengan cara macam tu, tapi tu semua ibarat masuk telinga kanan, keluar ikut hidung.

"Jauh termenung. Fikir apa?" Jisung menggelitis saat pipinya menjadi mangsa ciuman bertalu-talu Minho.

"Stop Minho."

"Tak nak. Siapa suruh comel sangat." Kan dah kata makin Jisung tegah, makin menjadi si Minho.

Jisung mengalah. Dia hanya membiarkan perilaku pasangannya.

Melihat wajah keruh Jisung, Minho akhirnya menghentikan kegiatannya. Mata indah milik si manis ditenung.

"Fikir apa sayang?"

Jisung mengeluh sebelum bersuara.

"Yoshi."

Sontak Minho turut terdiam. Mengingat sosok tinggi lampai yang memperkenalkan diri sebagai adik Yuta. Yang sanggup korbankan hidupnya demi kebahagiaam mereka berdua.

"Kenapa Yoshi buat macam tu Minho? Kenapa dia rela mati demi orang lain?"

"Sebab dia manusia berhati malaikat sayang."

Kedua-duanya hanyut dalam lamunan masing-masing.

"Sungie..."

Wajah Minho dipandang.

"Aku nak Lee Jiho."

Jisung tersentak. Siapa Lee Jiho? Pelukan dilepaskan Jisung.

Minho tergelak. Bingo! Jisung cemburu :'))))

Pelukan kembali dieratkan sebelum ditepis lagi oleh Jisung. Melihat Jisung yang seakan merajuk, Minho akhirnya berterus terang.

"It's okay la kalau kau nak Lee Minji. Kita buat dua terus."

Jisung terkebil. Lee Minji? Tu kan nama yang Jisung nak untuk anak mereka...apakah?- maksudnya Minho hanya menunjukkan reaksi selepas Jisung bercakap soal anak???

"LEE MINHO GATAL!!!!"

Badan Minho jadi mangsa cubitan si manis. Erangan kesakitan Minho tak diendahkan. Siapa suruh ulat bulu. Kan dah kena.



-

"Minho, bagi beg kau. Biar aku bawak."

"Barang-barang kau aku dah bawak masuk kereta, Ho."

"Kan aku kata biar aku buat, Ji."

Wad Minho meriah dengan berkumpulnya mereka berlapan. Minho dan Jisung sedari tadi ditegah melakukan kerja. Semua barang mereka berdua dikemaskan rakan-rakannya yang lain.

Minho dibantu Jisung melangkah keluar wad. Akhirnya! Minho dah discharged!!!

Bangchan dan yang lain membuntuti dari belakang. Mereka segera menuju ke arah kereta yang diparkir Brian betul-betul depan pintu masuk hospital. Orang kaya mah bebas ;)

"Je, korang gerak dulu. Nanti jumpa kat airport."

Jeongin akur arahan sang ketua.

Kereta yang berisi mereka berenam berpisah dengan Brian, Jisung dan Minho.

Setelah memastikan semua barang lengkap, kereta mereka bertiga akhirnya bergerak.

"Hyung, kita nak pergi mana?"
Jisung bertanya. Seingatnya ni bukan jalan ke airport.

????????? [???????]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang