"Abang cintakan sayang sampai bila-bila. Abang tunggu di syurga ya?"
Cinta NURAIN MEDINA untuk QASH ARSYAD IKHTIARI tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama-lamanya. Cinta dia terhadap lelaki itu ikhlas kerana Allah. Walaupun lelaki itu...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kelip-kelip aku pandang lelaki dihadapan aku. Sebenarnya aku tak faham kenapa dari tadi aku duduk dekat dalam bilik ni dengan Mr Ice tu tak buat apa-apa. Bosan.
Mr Ice tu pulak dari tadi dok tenung aku macam nak kasi tembus. Aku pulak tak senang duduk saat matanya tidak lepas meratah seluruh wajahku. Kenapa? Ada tahi lalat besar tapak tangan ke?
"You're so beautiful young lady." Aku pandang wajah Mr Ice tu. Aku nampak hujung bibir dia naik sedikit sebelum wajahnya kembali tiada riak. Mamat tu senyum ke?
"With that gorgeous eyes."
Aku terkelu. Dia cakap mata aku cantik? Buta ke apa mamat ni. Punya lah banyak manusia dekat dunia ni sama mata dengan aku, sama-sama hitam. Kenapa aku pulak yang cantik? Aku sepatutnya yang cakap dekat dia mata dia yang cantik.
Serius, lelaki itu mempunyai sepasang mata helang berwarna coklat cair. Sumpah lawa gila. Sesuai dengan muka dia yang dingin 24 jam. Tapi aku yakin kalau dia senyum mahu lembik lutut aku kalau tengok. Haha. Amboih aku pulak yang terlebih eksaited.
"Tapi kenapa kau tak terkejut bila nampak aku?" Soal lelaki itu dengan memandang aku atas bawah. Dahi aku sedikit berkerut. Kenapa aku nak terkejut bila tengok dia? Aku mengaku aku terkejut sikit waktu tengok muka dia yang hensem tu tapi takkan lah aku nak cakap dekat dia kot.
Dia seorang lelaki yang mempunyai sepasang iris coklat cair. Rambut sepanjang paras bahu. Kumis halus disekitar rahangnya yang tajam. Pendek kata, lelaki dihadapan aku ni sempurna.
"Kenapa pulak saya nak terkejut? Saya tak kenal siapa awak." Aku pandang dia. Jelas terpancar riak tidak percaya pada wajah lelaki itu. Bebola matanya dikecilkan ke arah aku. Apa? Betul lah. Aku memang tak kenal dia. Ini first time aku jumpak dia tahu?
"Liar." Kelopak mataku sedikit meluas. Dia kata aku menipu? Aku raup wajah. Aku pandang tepat ke arah wajahnya yang menunjukkan tiada riak. Aduh kenapa dengan mamat ni?
"Apa yang membuktikanbahawa kita pernah kenal dulu?" Aku tanya dia. Tangan aku dilipat. Sebelah keningku terangkat. Geram.
Aku nampak dia capai telefon pintarnya yang berada di atas meja. Butang hidup ditekan sebelum jemarinya menari-nari di atas skrin telefon. Aku tak tahu apa yang dia tengah buat. Aku pula hanya tunggu. Berdiri terpacak tak buat apa-apa. Huh!
"This." Dia tunjukkan sesuatu di dalam telefonnya yang membuatkan aku mahu pengsan kat situ jugak. Tak mau bangun dah! Nafasku terasa tersekat apabila melihat gambar aku sendiri berada di dalam telefon lelaki itu. Itupun tidak bertudung! Allahu mana nak letak muka ni. Namun aku hanya tayang muka selamba. Hati masih pelik macam mana gambar aku boleh ada dalam phone dia. Itupun gambar tidak bertudung!