"Abang cintakan sayang sampai bila-bila. Abang tunggu di syurga ya?"
Cinta NURAIN MEDINA untuk QASH ARSYAD IKHTIARI tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama-lamanya. Cinta dia terhadap lelaki itu ikhlas kerana Allah. Walaupun lelaki itu...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Aku tersenyum melihat tangan aku berada di dalam tangan besar Aza Qarizh. Lelaki itu menarik aku supaya mengikuti langkahnya. Sebaik sahaja kami keluar dari hospital Qarizh maklumkan kepada aku yang dia mahu bawa aku ke suatu tempat.
Bila aku tanya ke mana, katanya rahsia.
Aku mencebik. Apalah yang nak dirahsiakan sangat? Namun saat mata aku melihat wajah teruja Qarizh buatkan aku tidak sampai hati untuk desak lelaki itu menjawab soalan aku. Aku tahu yang dia hanya mahukan yang terbaik untuk aku.
Namun aku masih tidak dapat mengunci mulut aku dari menyoal bermacam perkara.
"Peliklah. Abang nak bawa Medina ke mana ni?" soalku tertanya-tanya. Jelas pelbagai persoalan bermain di minda. Rasa ingin tahu aku lebih tinggi. Aku memang betul-betul nak tahu ke mana Qarizh mahu bawa aku.
Qarizh pandang aku sambil bibirnya tersenyum misteri. Tajam aku pandang bibirnya. Tarik kang baru tahu!
"Somewhere. Aku pasti kau akan sukakannya, Medina." balas Qarizh. Masih menarik aku ke arah kereta yang diparkir agak jauh. Aku hanya diam dengan tingkahnya. Dari belakang aku renung dalam-dalam tubuh bidang lelaki itu. Keningku terjongket naik.
Sudah hampir setahun aku hidup dengan Qarizh, sekarang baru aku perasan akan sesuatu yang aneh.
Kenapa macam pernah tengok eh?
Aku sengetkan kepala aku. Cuba melihat dari sudut yang berbeza bersama harapan akan jumpa sesuatu. Namun hampa, tiada. Perlahan kepala digelengkan. Tak peliklah sebab ada sahaja manusia yang bentuk badannya sama betul tak?
Aku hanya mahu sedapkan hati.
"Aku nak luangkan masa dengan kau." kata Qarizh tiba-tiba. Lamunan aku terus mati. Wajahnya aku pandang lama sebelum bibirku tersenyum senget.
"Eleh, macamlah kat rumah tak boleh nak spend time." balasku sambil tergelak kecil. Terhibur.
Qarizh berhenti melangkah. Serentak dia menoleh memandang aku bersama mata yang dikecilkan. Kembung mulutnya seperti mahu mengatakan sesuatu. Comel!
"Medina tak bosan ke duduk rumah?" soalnya.
Aku hanya mengangkat bahu. Aku pun tak tahu aku bosan ke tidak. Sebab hari-hari bosan aku sering ditemani dengan suami tercinta. Aku tergelak lagi. Terhubur dengan monolog hati.
"Aku tak nak duduk rumah. Ada pengacau." balas Qarizh sebelum kembali memulakan langkah. Kali ini aku terus melepaskan ketawa terbahak-bahak. Lucu! Aku tahu Qarizh sedang tujukan kepada dua ketol makhluk yang ada di rumah sekarang—Zakwan dan Damien.
Setiap kali aku dan Qarizh meluangkan masa di luar bilik tentu mereka akan turut serta dan berbual dengan kami seperti tiada apa. Qarizh dah bagi amaran dengan menjegilkan matanya namun mereka buat tidak tahu. Masih mahu mengganggu sesi curhat kami.