"Abang cintakan sayang sampai bila-bila. Abang tunggu di syurga ya?"
Cinta NURAIN MEDINA untuk QASH ARSYAD IKHTIARI tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama-lamanya. Cinta dia terhadap lelaki itu ikhlas kerana Allah. Walaupun lelaki itu...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Qarizh menguak lebar pintu bilik air sambil membetulkan baju yang dibawa oleh Qash Ariyaz di tubuhnya. Baju yang sudah lama tidak dipakai diteliti. Baju miliknya lima tahun yang lalu. Baju-t nipis berbelang hitam putih. Qarizh tergelak. Dah macam banduan sahaja gayanya.
Qarizh angkat wajah merenung satu persatu wajah ahli keluarganya yang sudah menanti dirinya bersiap dengan penuh sabar. Dia sudah bersedia untuk beraksi.
Qarizh ukir senyum.
"Dah siap!" katanya sambil tersenyum kecil. Dengan langkah santai, dia merapati tubuh Encik Azrul.
"Boleh ke ni daddy? Macam mana kalau pihak hospital marah?" soal Qarizh resah. Sebenarnya Qarizh tidak dibenarkan untuk keluar lagi. Setelah menceritakan segalanya mereka merancang untuk lari dari hospital. Ini pun mereka dalam diam sedang menjalankan operasi untuk keluar dari hospital secara senyap. Jahat sungguh dia rasa!
Amboi, kau culik Medina tak jahat?
Tidak, sebab dia culik isteri sendiri juga. Bukan isteri orang.
Qarizh ketawa dalam hati.
"Takpa jangan risau. Daddy dah rancangkan segalanya dengan rapi sekarang." Encik Azrul ukir senyum jahat. Bukan selalu dia nak buat macam ni. Kali terakhir dulu pun, sewaktu berpuluh tahun yang lalu. Ketika dia bawa lari Puan Ezra keluar dari hospital. Satu senyuman singgah di bibir saat mindanya bermain semula memori indah itu.
Disitulah bermulanya detik perkenalan dia dan Puan Ezra yang garang.
Encik Azrul memang nakal!
"Tersenyum-senyum tu dah kenapa, cik abang?" soal Puan Ezra sambil merenung suaminya dengan mata yang dikecilkan. Dia tahu apa yang sedang bermain dalam kepala encik suaminya itu sekarang.
Dia faham sangat!
Encik Azrul tersengih memandang si isteri. Lengan isterinya dicapai sebelum dipeluk kemas.
Encik Azrul berbisik, "Abang teringat kisah lama." Satu senyuman terbit di bibir. Matanya naik merenung jauh ke dalam anak mata Puan Ezra.
Lama sepasang suami isteri itu bertentang mata mengundang rasa malu dalam diri Zanezra. Wajah Puan Ezra berbahang. Laju dia membuang pandang ke arah lain sambil menampar lembut lengan suaminya. Ada-ada sahaja Encik Azrul kesayangan Zanezra ini!
Ariyaz, Arisha dan Qarizh tergelak. Terhibur dan bahagia melihat cara ibu dan ayah mereka berkomunikasi. Mereka berdua bereaksi seperti pengantin baru. Masih hangat bercinta dan saling bermesra. Sebuah keluarga yang dikatakan bahagia dari segalanya.
Tiba-tiba kedua bahu Qarizh ditepuk oleh Encik Azrul. Qarizh terus terdiam. Tidak berkelip matanya merenung wajah Encik Azrul. Raut wajah lelaki separuh abad itu serius. Hilang sudah senyuman manis tadi. Tidak tertelan liur Qarizh dibuatnya.
Seram sejuk dengan pandangan beku si ayah!
"Pergi baik-baik. Jaga diri." Encik Azrul menitipkan pesanan buatkan Qarizh turut serius. Matanya tajam memandang wajah Encik Azrul yang tiada reaksi. Dingin.