抖阴社区

?????? ?????? 60

194 30 6
                                        

Amaran: Kandungan untuk pembaca matang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Amaran: Kandungan untuk pembaca matang. Mengandungi unsur keganasan dan aksi yang mungkin tidak sesuai untuk pembaca bawah umur.

Suasana terlalu sunyi dan tegang sehingga degupan jantung bermain irama dan melodi sendiri dalam diam. Qarizh di satu sudut sedang merenung sayu wajah isterinya yang dalam kesakitan. Nafas masing-masing tersekat. Keadaan begitu menekan sehingga hendak bernafas pun terasa sukar bagi mereka.

Di hadapan Qarizh sekarang berdirinya musuh sebenar mereka yang setia menanti kejatuhan Qarizh.

"Mama… tolong lepaskan Medina." pinta Qarizh hampir merayu.

Sungguh dia tidak rela melihat keadaan Medina yang dipaksa untuk memijak anak tangga untuk turun ke bawah walaupun dalam keadaan cedera parah. Wanita ini sudah pasti kehilangan terlalu banyak darah.

Elyani merenung tajam wajah Qarizh yang bersungguh-sungguh merayu kepadanya. Dia mencebik seketika sebelum perlahan bibir itu naik membentuk satu senyuman sinis.

"Kau nak aku lepaskan dia?" soalnya kepada Qarizh seperti mahukan kepastian. Wajah sinisnya tadi hilang digantikan dengan raut wajah simpati. Namun dia sebenarnya sedang bermain kata, bermain emosi. Mahu melihat kesungguhan Qarizh dalam melutut dan merayu kepada dirinya untuk menyelamatkan sang isteri.

Qarizh laju mengangguk. Kedua belah tangannya bersatu memohon secebis rasa simpati dari wanita itu. Ada air mata yang jatuh menyembah permukaan lantai. Hatinya bergetar hebat memikirkan kemungkinan yang boleh terjadi kepada Medina.

Tidak, dia tidak boleh kehilangan Medina.

Tolong jangan apa-apakan jiwa dan raga Aza Qarizh.

Tika ini Qarizh sudah hancur melihat keadaan fizikal isterinya. Kudrat Medina semakin lemah. Namun tetap dipaksa untuk berdiri dalam keadaan darah yang masih membanjiri permukaan lantai yang dipijak.

"Betul ni kau nak aku lepaskan dia?" soal Elyani lagi.

Sungguh dia terhibur bermain dengan jiwa Aza Qarizh. Lelaki itu kini nampak sangat lemah di matanya. Dulu yang kononnya paling gagah dan paling kuat kini sudah melutut meminta ihsan dan simpati?

"Tolong… Ini antara urusan kita. Bukan Medina. Dia tak salah, dia tak tahu apa-apa… Tolong lepaskan dia…" rayu Qarizh. Bibirnya menggeletar menahan rasa sebak yang melanda di jiwa. Dadanya terasa sempit. Dia sukar bernafas.

Lelaki itu tunduk ke bawah. Tidak tertahan lagi air matanya ketika itu. Berjuraian mengalir bagaikan hidup dan matinya sendiri bergantung pada pilihan Elyani. Hidup dan mati mereka bagaikan tertulis di tangan Elyani. Qarizh sendiri sudah berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah. Sentiasa bergantung harap kepada pencipta yang maha Mendengar.

Elyani angguk sekali tanda mengerti. Dia tersenyum kecil.

"Baik. Aku akan lepaskan dia."

Qarizh angkat wajah. Lega. Dia tersenyum jua dalam kepayahan. Syukur kerana Elyani masih punyai sifat perikemanusiaan…

HIS IMPERFECT MEMORYTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang