"Abang cintakan sayang sampai bila-bila. Abang tunggu di syurga ya?"
Cinta NURAIN MEDINA untuk QASH ARSYAD IKHTIARI tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama-lamanya. Cinta dia terhadap lelaki itu ikhlas kerana Allah. Walaupun lelaki itu...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Jari-jemari mengganggam erat sebatang pen di tangan. Hujung mata pen yang tajam itu menyentuh permukaan kertas yang masih kosong. Laju tangannya bergerak menulis satu-persatu huruf sehingga membentuk dua perkataan berbeza.
Mummy. Daddy.
Siapakah kedua orang insan itu?
Adakah mereka masih hidup?
Qarizh mencebik. Kalau betul dia masih mempunyai keluarga kenapa dia tidak dituntut sejak dari dulu lagi? Kenapa mereka biarkan dia bertarung seorang diri?
Pen yang ada di tangan mengetuk-ngetuk permukaan kertas yang ditulis tadi. Fikiran semakin sesak dengan pelbagai persoalan. Dadanya mula berombak ganas. Semakin lama semakin laju buatkan Qarizh terus membaling kuat pen itu ke tepi.
Dia tidak boleh lama-lama. Dari pukul 11 malam tadi dia duduk disini, mengkaji, memerhati, menganalisis, menggali dan mengorek segala cebisan memori yang mungkin keluar. Malangnya tiada satu pun yang ada.
Usaha nampak sia-sia.
Akhirnya lelaki itu mengambil keputudan untuk beredar. Lebih baik dia pulang ke bilik daripada membuang masa disini.
Qarizh mematikam suis lampu sebelum pintu bilik kerjanya ditutup rapat. Kedua belah mata dipejam seketika bagi menghilangkan rasa lelah yang meruntun jiwa. Kedua belah tangan dipandang lama sebelum buku lima dikepal kemas. Tampang raut wajahnya serius.
Misteri mengenai kisah silamnya yang dulu semakin hampir buatkan dia semakin berdebar untuk tahu dengan lebih mendalam. Segalanya terasa semakin dekat, terlalu dekat sehingga membuatkan Qarizh perlu lebih bersedia untuk menerima segalanya.
Nafas dihela perlahan sebelum kaki mula diatur perlahan menuju ke arah biliknya. Pintu dikuak perlahan, ruangan bilik itu sudah gelap menandakan isterinya sudah tidur lebih awal-atas arahan Qarizh kerana dia tahu dia akan pulang lewat ke bilik. Lihatlah sekarang sudah pukul berapa? 2.30 pagi.
Qarizh menuju ke bilik air untuk bersedia apa yang patut. Lelaki itu berdiri dihadapan cermin. Tajam matanya menyelusuri seluruh wajah seakan mencari cebisan memori yang hilang. Dia mendecit halus apabila menyedari usahanya sia-sia.
Mangkuk singki dipegang. Wajah sendiri direnung lagi. Rahang tajam namun pipinya sedikit cengkung akibat selera makannya menurun sejak akhir-akhir ini. Mata yang tampak letih namun masih ingin berjaga sehingga tengah malam, bibir yang kering merekah dan wajah yang mula nampak proses penuaan. Dia mengeluh perlahan.
"Kau ni siapa sebenarnya?" soal Qarizh kepada dirinya sendiri. Pegangan pada sisi singki semakin kejap.
Tanpa banyak kata terus pili air dibuka sebelum wajahnya sendiri dibasuh kasar. Rasa sejuk air itu mencucuk halus kulitnya memberi kesegaran buat sementara. Rasa bebas dari sebarang peluh yang melekit di kulit buatkan Qarizh berasa lebih segar.
Pili air kembali ditutup sebelum menapak keluar dari bilik air. Pintu bilik air ditutup rapat sebelum lampunya juga turut dipadam. Qarizh mula menapak ke arah katil yang menempatkan isteri dan anak perempuan mereka.