Aku sampai di office 30 minit awal daripada waktu clock in yang sepatutnya.
Awal-awal memang semangat gais.
Bermulalah perjalanan aku sebagai seorang intern. Semoga baik-baik sahaja lah enam bulan ni.
Baju kurung plain berwarna peach aku padankan dengan selendang merah jambu lembut yang dipenuhi bunga-bunga daisy.
Aku pilih untuk berpakaian formal di hari pertama aku lapor diri. Lagi pun aku tak tahu dress code dekat sini.
Disebabkan aku newbie dan newcomer, aku tak ada akses masuk ke dalam office. Maka aku berdiri sahaja tunggu staff lain sampai. Dah macam security guard.
Selepas kira-kira 10 minit menunggu, terdengar deruman enjin motorsikal superbike.
Encik Ziyaad parking Ninja betul-betul tepi Myviku. Nampak comel pulak tengok kereta aku dan motornya duduk sebelah-sebelah.
Dia turun dari Ninjanya dengan penuh gaya. Helmet dibuka dan rambut panjangnya diraut ke belakang.
Kawasaki should hire him as their ambassador, I think.
Hari ini dia bersuit lengkap berwarna hitam dengan kemeja putih di dalam. Siap dengan tali leher.
Formal dan penuh maskulin.
Tak paham betul aku dengan Encik Ziyaad ni, baju dah handsome, motor dah cool, tapi..
Rambut macam perempuan.
Macam Tarzan pun ada. Alah Tarzan, yang kartun manusia yang hidup dalam hutan dengan mak angkat gorila dia tu.
Rambutnya yang hitam ikal mayang bertukar menjadi sedikit keperangan di bawah cahaya matahari. Cantik, sihat dan bersinar!
Kalah aku yang perempuan ni.
Nanti aku nak korek rahsia penjagaan rambut dekat dia!
Encik Ziyaad mengibas-ngibas rambut cantiknya. Masuk kali ni dah dua kali dia buat iklan. Haritu iklan jaket, harini iklan shampoo pulak.
Getah rambut hitam yang dipakai di pergelangan tangannya digunakan untuk mengemaskan rambutnya. Diikat tinggi macam sanggul perempuan baru lepas pantang.
Apabila aku perasaan dia berjalan ke arahku (pejabat sebenarnya), aku larikan mataku memandang awan.
Nanti kantoi pulak cuci mata dekat boss sendiri. Ahaks.
"Like the view, miss?" Suara garau Encik Ziyaad jelas kedengaran di halwa telinga aku.
Alamak. Kantoi.
Belum sempat aku nak menjawab, Encik Ziyaad menghampiri aku. Setapak dia maju, setapak aku mengundur.
Ibu, tolong!
Aku mula rasa tak boleh nak bernafas. Aku fobia sikit kalau lelaki selain daripada keluarga sendiri berdiri sedekat ini.
Jantung aku berdegup luar biasa. Satu sebab perasaaan paranoid aku plus minyak wangi Encik Ziyaad yang memenuhi rongga pernafasan aku.
Wangi dan seksi.
"Encik, apa ni encik.." Bertambah rasa gelisah aku bila Encik Ziyaad tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti melangkah.
Undur punya undur, belakang badan aku bertemu dengan dinding dingin bangunan pejabat HIM.
Encik Ziyaad mengangkat tangan kanannya seolah ingin memerangkap aku.
TEET!
Bunyi smart lock pintu pejabat berbunyi.
Encik Ziyaad mengundurkan langkahnya menjauhi aku yang masih blur.
Dia unlock pintu pakai acess card rupanya.
"Kau fikir apa?" Pandangan matanya nakal melihat aku yang masih kaku di dinding. Dapat aku lihat jelas, ada buah tawa yang cuba lelaki ini sembunyikan daripada penglihatan aku. Nafas yang beterabur aku cuba atur supaya kembali normal.
"Kau okay tak ni? Kasar sangat ke aku begurau?" Riak wajahnya mula bertukar risau. Agaknya dia teringatkan episod panic attack time accident dengan dia haritu.
"Kau takut dengan aku ke?" Dia beterusan menyoal.
Soalannya aku jawab perlahan selepas aku berjaya bernafas secara normal.
"Nope, I am 100% sure that I'm not scared of you."
Pandangan matanya masih aku elak. Tak kuat nak memandang iris mata coklat milik Encik Ziyaad Eiskandar.
Aku menjarakkan kedudukanku daripada tempat dia berdiri.
Satgi kena tangkap khalwat mampoih!
"Then why is your heart beating sooo fast? I can hear it from here, you know."
Sengaja dia panjangkan o. Over betul!
Dengan tangannya bersilang di dada, bibirnya sedikit bergerak membentuk segaris senyuman mengejek.
"Ma.. Mana adaa."
"Ekeleh. Belum apa-apa dah fall dekat aku. Silap-silap cukup enam bulan nanti kau masuk meminang aku agaknya."
"Eeee encik! Apa pasal pulak saya nak pinang encik! Encik beli dekat mana confident encik??"
"Beli dekat pasar borong Siti Khadijah dekat Kelantan sana."
Menjawab!
Ooh haritu waktu aku datang interview punya lah baik, bersopan santun, professional dan semua yang baik-baik sahajalah.
Harini lain pulak karakter Encik Boss ni.
Belum makan ubat agaknya!
Tanpa menghiraukan aku yang dah mula kepanasan di pipi, Encik Ziyaad Eiskandar melangkah masuk ke dalam pejabat, meninggalkan ku seorang diri.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...