抖阴社区

Bab 13- Team Building Part 2

4.4K 242 26
                                    

KAMI selamat sampai di Bukit Jugra di Banting setelah lebih kurang 1 jam 20 minit masa perjalanan.

Sepanjang perjalanan, notifikasi Whatsapp aku tak berhenti-henti berdeting. Semua daripada Encik Tarzan nan seorang itu.

Sekeping selfie dia di atas Ninja aku react dengan thumbs down.

Kau nangis lagi ke? - Encik Ziyaad
Tak- Feeya Athiya
Good. Japgi takut semua staf aku yang lain meninggal sebab terkejut tengok muka kau nangis.

Aku hanya seen mesej yang terakhir. Masih hairan macam mana dia ride and text?

Sekeping lagi gambar masuk. Encik Ziyaad bergambar dengan signboard Bukit Jugra. Berdiri tinggi dengan penuh macho, kedua-dua tangan disilangkan ke dada. Dia hanya berpakaian ringkas hari ini. Seluar tracksuit hitam bergaris merah di tepi dan baju t-shirt kosong berona sama. Sendat menampakkan bentuk badannya yang agak tegap.

Rambutnya diikat seperti biasa. Ishh rimas betul aku tengok rambut dia yang macam perempuan tu. Bila entah nak potong.
Patut lahh boleh kacau ketenanangan aku, dah sampai rupanya.

Siapa ambik kan gambar tu? Kekasih hati ke? Aku taip tapi cepat-cepat aku padam semula. Nanti dia fikir aku sukakan dia pula. Terboost ego mamat ni karang.

Aku react thumbs down lagi.

Dia hantar lagi gambar. Kali ni seekor ladybird yang sangat comel sedang bertenggek di atas daun panjang yang menghijau. Yang ini aku like.

Reminds me of you. Bulat.

Tuhan. Berikan aku kesabaran menghadap fiil seketul Ziyaad. Aku block juga karang. Aku seen sekali lagi pesanannya.

Sesampainya disana, dia sudah siap menunggu. Di sisinya, berdiri gadis yang dia boncengkan tadi.

Wajahnya yang tertutup dengan helmet kini jelas pada penglihatan. Orangnya kecil genit sahaja, dia hanya di paras ketiak Encik Ziyaad sahaja. Lebih kurang tinggi aku je ni.

Cantik gadis yang ada dengan Encik Bos ini. Mukanya bersih daripada sebarang cela, senyumannya dihiasi dengan sebarang gigi putih yang cantik tersusun. Iris matanya terlihat coklat kehijauan apabila dilimpahi sinar matahari. Hidung yang terpacak cantik dan bibir yang penuh mengingatkan aku kepada seseorang; Encik Ziyaad.

Orang tua-tua cakap jodoh kuat kalau muka sama.

Dia ramah menegur semua staf. Staf yang lain pun sangat senang dengan kehadiran gadis yang aku masih belum tahu namanya ini. Seolah sudah terbiasa dengannya.

Dia tersenyum mesra ke arahku. Langkah diatur ke arahku sebelum Encik Ziyaad menyerunya.

"Baby, sini kejap tengok beg. Kut-kut abang terletak powerbank abang dalam beg baby."

Perghh baby-abang siot. Berdarah juga telinga aku mendengarnya.

"Fee, apa pasal muka ketat sangat tu?" Kak Sab menegur aku. Kami masih menunggu taklimat akhir tentang perjalanan aktiviti daripada Encik Ziyaad sendiri sebelum agenda hari ini diteruskan.

"Mana ada kak. Panas je ni."

"Boek punya cover. Ingat akak tak nampak ke awak tenung aje Cik Zahra daripada tadi." Kak Sab tergelak kecil.

Alamak, obvious sangat ek?

"Itu Cik Zahra, adik bongsu Encik Ziyaad. Memang baik budaknya. Selalu juga datang office." Kak Sab menyalurkan informasi walaupun aku tak bertanya.

Ceh, adik orang utan tu rupanya.

Entah kenapa ada sedikit kelegaan di dalam hati aku bila mengetahui identiti sebenar gadis itu.

Baby@Cik Zahra mengatur lagi langkahnya ke arah ku bila urusannya dengan abangnya dah selesai.

"Kakak ni mesti Feeya Athiya kan? Intern dekat office abang tu kan?" Ramah dia menegur ku. Tangannya dihulur tanda mahu bersalam denganku. Dengan penuh sopan santun tanganku disalaminya.

Berbeza betul dengan abangnya!

"Ya sayaa. Macam mana Zahraa boleh cam? Kan ini first time kita jumpa?"

"Abang Is suruh jawab 'sebab muka akak je yang Ara tak pernah tengok sebelum ni' kalau Kak Fee tanya macam tu."

Aik.

"Kalau jawapan yang bukan abang suruh?"

Belum sempat Zahra menjawab, Encik Ziyaad pantas memintas jawapan adiknya.

"Jangan kacau Fee tu baby. Dia tengah kumpul tenaga nak mendaki."

"Akak pun suka mendaki?" Zahra polos bertanya.

"Of course. Tengok muka dia dah merah-merah tu, penuh semangat nak pergi hiking." Belum sempat aku menjawab, dia dah jawabkan. Aku tayang muka tak puas hati. Dah la tak sempat nak korek jawapan daripada Ara tadi.

"Rileks Mok, aku pilih trail moderate je." Ziyaad hadiahkan wink kepada aku sebelum dia heret Ara ke tempat lain.

Eeee rosak mata aku tengok dia wink. Kat mana ya ada jual air zam-zam? Nak cuci balik biji mata aku yang dah ternodai!

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang