TAK ada angin tak ada ribut, di pagi Khamis yang indah, Encik Ziyaad buat pengemuman yang satu sesi team building akan dilaksanakan pada hujung minggu ni.
Kehadiran diwajibkan katanya. Nasib bagi cuti free hari Isnin minggu depan. Boleh lah aku qada tidurku.
Aktiviti yang dirancang adalah camping dan hiking di satu bukit dekat negeri Selangor.
Selain Encik Ziyaad, benda yang palimg aku meluat ialah hiking. Bagi free sejuta ringgit suruh aku mendaki pun aku tak mahu!
Siapalah aku nak membantah idea cerdik bos aku tersebut. Yang peliknya officemate aku sangat teruja ye nak pergi mendaki. Mungkin diaorang memang jenis yang sukakan aktiviti outdoor.
I rather stay at home and binge watch Netflix.
"Fee, kau tak suka hiking ke?" Encik Ziyaad bertanya ketika mesyuarat dan taklimat tentang aktiviti yang bakal dijalankan tamat. Semua yang lain dah beredar ke tempat masing-masing, tinggal aku je tengah termenung merenung nasib.
"Err sebenarnya... Tak.." Aku menjawab jujur. Tinggi harapan aku yang kut-kutlah Encik Bos ni lembut hati nak tukar plan ke. Dapat pergi ambil angin tepi pantai pun dah okay sangat.
"Ada aku kisah? Kau kena datang juga. Kalau takkk-" Belum sempat dia ugut, aku pintas percakapannya. Hampeh punya bos.
"Aku bagitahu pensyarah kau, kau ponteng kerja." Aku sambung sendiri ayat bos. Dah faham sangat dengan game dia.
"Aku sebenarnya nak cakap yang aku sendiri akan jemput kau kat rumah pagi Sabtu tu tapi tak apa lah. Whatever works, Mok."
Aiiihhh dia Mok kan aku lagi!!
Jadi di sini lah aku di pagi Sabtu yang sangat precious bagi orang introvert sepertiku. Seawal 8 pagi, kami berkumpul di perkarangan office dan tepat 8.30 pagi, van yang disewa oleh syarikat dah bergerak menuju ke lokasi yang dipersetujui bersama.
Tapi Encik Ziyaad tak naik bersama. Fikirku dia dah siap tunggu dekat sana kut. Bukan masalah gue.
Aku memandang ke arah luar tingkap. Deretan pokok-pokok berbaris menyapa pandangan. Cuaca sangat cantik hari ini, terang dan awannya anggun membiru.
Fikiranku melayang kembali kepada perbualan antara aku dengan Abel semalam.
"Abel, monyok ni kenapa? Gaduh dengan Ammar ke?"
"Lebih kurang la." Matanya melekat di TV, tapi aku tahu fikirannya dah melencong merata.
"Kenapa pulak kali ni?" Biasalah orang bercinta, tak gaduh tak seronok pula kan. Si Ammar dengan kawan baik aku ni dah lama bercinta, dari diaorang sekolah menengah lagi.
Untungler ada highschool sweetheart.
"Ammar dapat offer kerja dekat Jepun. Dia ajak aku kahwin and then ikut dia pindah duduk sana."
Ini dah macam berita baik je. Bukan ke dapat kerja dengan kahwin tu benda yang elok? Kenapa pula Abel tak suka?
"Ehh bagus apa dia ajak kau kahwin. Kau dengan dia kan dah lama. Nak masuk sepuluh tahun korang berkawan kan? Benda baik jangan tangguh Bel. Aku tak sabar ni nak tengok kau naik pelamin."
"Yelah kahwin memang benda elok.. tapi.."
"Apanya? Kau dah tak suka Ammar ke?" Manalah tau kawan aku ni senyap-senyap ada pilihan hati lain ke?
"Taklahhh. Gila kauu. Ammar buah hati aku tu mana boleh aku tak suka." Aku tahan mata aku daripada terjuling naik atas.
"Dah tu?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...