抖阴社区

Bab 7

4.8K 243 31
                                    

HARI pertama di pejabat berjalan dengan lancar.

Cuma insiden kecil dengan boss tadi je yang mencacatkan keindahan hari pertama aku di sini.

Boss kalau tak suka saya boss boleh berhenti kerjalahh!

Gitchew.

Aku diperkenalkan kepada semua staff pejabat. Tak ramai sangat pun sebab syarikat ni syarikat kecil je. Baru 2 tahun ditubuhkan.

Paling ramah sekali antara semua mesti lah akak HR (Human Resources). Puan Sabrina yang bertanggungjawab mengheret aku kesegenap penjuru pejabat untuk diperkenalkan kepada staff yang lain.

Aku berkenalan dengan Dayana yang bakal merupakan pereka grafik sebenar syarikat ini bakal menjadi pembimbing aku sepanjang setengah tahun aku di sini. Personalitinya yang happy go lucky juga memberikan satu kelegaan yang amat besar kepadaku.

Staf marketing, akauntan dan juga pekerja separuh masa turut sama menghulurkan salam perkenalan dengan penuh aura welcoming.

"Boss akak tak payah kenalkan lah ye. Mesti Feeya dah kenal kan?" Kak Sabrina ketawa.

Aku tahan kedua biji mata aku daripada terjuling naik ke atas bila Encik Ziyaad lalu di belakang Kak Sab sambil membawa secawan kopi panas ke dalam bilik pejabatnya.

Beliau dengan selambanya buat-buat tak nampak aku.

"Kalau info pasal syarikat, nanti akak foward-kan link website ye. Kat situ semua ada. Kut lah Feeya nak guna letak dalam report ke."

"Okay kak, terima kasih."

Kak Sab membawa aku ke meja aku yang terletak betul-betul hadapan bilik Encik Ziyaad.

Ishhh.

"Kak Sab, tak ada meja lain yang kosong ke?" Mimpi ngeri oi kena duduk 8 jam sehari 5 hari seminggu depan bilik Encik Tarzan seorang tu.

Bilik Encik Ziyaad yang dilengkapi dengan gelas privasi menyebabkan orang di luar tidak dapat melihat sebarang aktivitinya.

Tapi dia boleh tengok semua fiil kami semua dari dalam bilik dia tu!

Lagi-lagi aku yang bakal bermaustatin betul-betul depan pintu office Encik Tarzan terhormat kita.

"Kau taknak duduk situ, boleh pindah dalam bilik stor. Tak pun toilet. Situ je kosong." Suara garau Encik Ziyaad mengejutkan aku dan Kak Sab.

Telinga lintah betul lah Tarzan jadian sorang ni.

Oh jantung. Semoga kau baik-baik sahaja.

"Kak Sab, masuk bilik saya jap."

Kak Sab kembali mendapatkan aku selepas beberapa minit di dalam ruangan boss.

"Ha Feeya, ini borang-borang penting daripada universiti Fee yang boss dah sign. Dah boleh serah dekat pensyarah." Aku mengucapkan terima kasih dan file yang dihulurkannya aku ambil.

Settle satu hal.

"Oh ya. Boss mintak Feeya sign offer letter ni ya. Walaupun Fee intern, kita nak pastikan Fee jaga etika sebagai staff dekat sini. Boleh baca segala terms and offers ya sebelum sign. Dah sign bagi balik dekat akak ye."

Fuh. Macam kerja betul-betul.

Aku sign je surat yang Kak Sab bagi tadi. Siapa je baca kontrak betul-betul ye tak?

"And satu lagi. Jangan lupa kasi penyata bank Fee tau."

"Penyata bank untuk apa kak?"

"Elaun intern Feeya ler. Boss nak kasi RM2.5K sebulan tau."

Gila, banyak siot.

"Biar betul kak? Saya intern je ni kak. Elaun macam kerja betul-betul jee." Aku membantah. Diorang dah terima aku kat sini pun dah besar rahmat.

"Tapi kan awak dah sign offer letter tadi. Kiranya awak dah setuju lah tu Fee." Kak Sab mesti tengah confuse. Orang nak bagi duit pun taknak eh?

Masalahnya memang aku tak perlukan duit sebanyak tu. Tiap bulan, tanpa gagal abah akan bank in duit belanja.

Disebabkan kedua-dua abang aku sudah bekerja, tinggal aku jelah yang jadi tukang habiskan duit abah.

Hehehe.

"Kalau taknak elaun, boleh hantar surat resign dekat aku sebelum pukul 5. Muktamad."

Entah bila Encik Tarzan sekali lagi keluar dari 'rumah pokok'nya. Menonong ke pantri dengan mug kosongnya.

Aku jeling boss setajamnya walaupun dia tak nampak. Meluat!

Sepatutnya dia kena gembira lah tak payah bayar intern. Kan?

Jarang ada syarikat yang bayar intern. Kebanyakkan kawan-kawan aku dipaksa menjadi tenaga kerja percuma di syarikat mereka mohon internship.

Tak dibayar tapi workload macam staff tetap.

Berbeza dengan situasi aku. Elaun macam gaji tapi aku masih tak terima apa-apa tugasan.

Okay maybe because this is my first day here so there's nothing much I can do.

Aku konklusikan yang aku kena bersedia untuk berkhidmat macam pekerja lain dekat sini.

Penghujungnya aku hanya menurut perintah. Pandai-pandai lah aku sedekat dekat tabung surau berdekatan dengan rumah sewa aku.

Kumpul buat dana mesin gunting rambut untuk Encik Ziyaad Eiskandar 'tersayang' ke?

Ahakz.

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang