抖阴社区

Bonus Random Scenes

3.1K 163 27
                                    

Feeya, Semester 1 degree

Selesai perjumpaan kelab Taekwando, kaki terus menuju ke kedai kooperasi kolej kediaman aku. Craving air manis lepas dah penat-penat berwacha semakin memuncak.

Aku berdiri lama di hadapan freezer. Tak tahu nak pilih air apa. Ini lah susah jadi seketul Feeya Athiya, selalu tak tahu nak apa dalam hidup ni. Tiber.

"Lambat lagi ke nak pilih air tu?" Sekonyong-konyong satu garau menegurku. Terus kejung badan depan peti ais tu. Malu yang amat. Entah berapa lama aku duk blur depan ni pun tak tahu lah.

'Maaf." Tanpa aku pandang si pemilik suara, pintu peti ais aku buka dan terus aku capai sekotak susu beperisa strawberry yang tinggal satu kotak sahaja lagi. Main capai je sebab taknak orang belakang tunggu lama-lama. Baru nak beredar, suara garau itu menegurku lagi.

"Hmm miss.." 

Aku lempar pandanganku ke arah suara itu. Eihh apa lagi ni.. Kan aku dah gerak jauh daripada peti?

Pandanganku disapa satu pemandangan yang indah. Eh, maksudku seorang pelajar lelaki lain yang indah kejadiannya.

Dengan jersi basketball tanpa lengannya yang basah dek peluh. Dia nampak kacak dengan rambut hitam pekatnya yang sedikit kecoklatan apabila ditindih cahaya lampu ruangan ini, sedikit serabai dengan beberapa helai rambut melekat di dahinya yang basah dengan peluh.

Peluh dibadannya menyebabkan kulit bersihnya sedikit glowing. Walaupun tengah berpeluh sakan, bau maskulin tetap menyenangkan deria bauku. Fuh, bidadara mana turun daripada langit ni?

"Ya?" Anak teruna siaplah segak sangat ni. Eihhh sangat tidak menjaga pandangan ya. 

"Boleh tak, saya nak yang tu? Please please pleasee?" Dia juih bibir ke arah air di tanyanku. Jejaka ini kemudiannya merapatkan kedua tangannya , tanda merayu supaya diberikan air di tanganku kepadanya.

Aku tahan ketawa. Macho bukan main suka air strawberry ye? Taste bud macam budak umur enam tahun!

Tiba-tiba tanduk invisible tumbuh di kepala. Rasa macam tak nak kasi. Nak tengok apa reaksi orang di hadapanku.

"Eh apa pula. Saya yang ambil dulu, saya punya lah.."

Terus resah wajah lelaki di hadapanku ini. Kepalanya yang tidak gatal digaru lembut.

"Please, miss.. Awak ambil air lain, saya belanja!" Nampak desperate betul mamat ni. Hahaha.

"Kalau saya tak nak kasi jugak macam mana?"

"Saya sanggup melutut, miss. Tolong laa. I need that drink so bad." Bekerut-kerut kening beliau meminta belas kasihan daripada ku. Boleh meninggal kut kalau tak minum susu ni ahakz.

Dengar je dia nak melutut, terus aku rasa seram. Tak nak lah nanti orang tengok drama percuma tengah-tengah kooperasi ni.

Risau nyahh.

"Eish awak ni. Sampai nak melutut. Yelah ambik lah dekat awak, saya pilih yang lain."

Terus bersinar wajah lelaki ini dengan senyuman. Jantung rasa nak pecah melihatnya. MasyaAllah, indahnya ciptaan Tuhan.

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang