"Pindah Jepun.. Nanti kena tinggal kau. Nanti abah kau tak kasi kau sambung master macam mana? Degree ni pun penat abang-abang kau pujuk suruh benarkan kau sambung dengan syarat aku kena ada dengan kau. Aku pun dah janji dengan Pakcik Rahim nak jaga kau." Riak keruh wajah Abel aku perhatikan.
Tangan Abel aku ambil dan genggam. Abel belum tahu perbincangan antara aku dan ibu abah sewaktu dioarang melawat tempoh hari.
"Bel, kau rasa, aku ni penghalang cita-cita kau ke?" Cepat-cepat Abel menggeleng.
"Jadi apa yang kau takutkan? Jangan dipasung kaki kau dekat sini hanya disebabkan janji kau pada abah aku." Rasa bersalah menghantui diri.
Gadis di hadapanku ini selalu menjadi bayang-bayangku selepas aku berhadapan dengan pengalaman ngeri lima tahun lepas. Tak pernah sekali pun dia tinggalkan aku. Tetapi Abel jugak berhak hidup untuk dirinya, bukan untuk orang lain. Walaupun untuk aku, kawan baiknya.
"Hari-hari aku rasa bersalah Bel. Kau jaga aku macam aku ni ahli keluarga kau, tanpa mengharapkan sebarang balasan." Abel hanya tunduk memandang ke bawah.
"Di setiap sakit, sihat, gembira dan sedih aku,kau selalu ada. Aku bersyukur Allah hantar kau untuk aku. Tapi kau kena ingat Bel, aku ni dah 23 tahun 11 bulan. Aku boleh jaga diri sendiri dahh."
"Kau dah tak perlukan aku ke? Macam mana kalau lelaki tu ganggu kau lagi?" Nada Abel bercampur sedih dan risau.
"Aku sentiasa perlukan kawan baik aku. Tapi aku bukan tanggungjawab kau, Bel. Dah sampai masanya kau bina kehidupan dan kebahagiaan kau sendiri. Nanti Ammar marah aku pinjam kau lama-lama."
"Pasal lelaki tu kau jangan risau. Kalau dia kacau aku lagi, terus aku panggil kau balik dari Jepun belasah dia." Lelucon aku hanya disambut dengan sengihan hambar daripada Abel.
Nampaknya memang aku kena lupakan cita-cita nak sambung master. Rasa sesak di dada kembali datang mengenangkan harapan arwah nenek yang sampai bila-bilapun tak akan mampu aku tunaikan.
Teringatkan arwah nenek, mataku terasa panas. Walaupun dah ditahan, mengalir juga air mata.
Deruman enjin Ninja mengejutkan lamunan aku. Hon yang dibunyikan berulang-ulang kali mengundang keterujaan penumpang di dalam van ini. Segala siulan,tepukan tangan dan pelbagai jenis reaksi meriuhkan suasana di dalam van. Macam tak pernah tengok bos je kawan-kawan aku ni pun.
Encik Ziyaad mencuri pandang ke arahku yang duduk di tepi tingkap.
Mataku pantas menangkap kelibat seorang wanita di bahagian pembonceng memeluk erat tubuh Encik Ziyaad. Walaupun berhelmet penuh, dapat aku konklusikan yang penumpangnya ialah perempuan kerana kewujudan tudung yang mengerbang ditiup angin.
Takkanlah Encik Ziyaad suruh boyfriend dia berpakaian macam wanita pula kan?
Simpang malaikat 44 oi.
Ninja menderu laju memotong van kami. Hilang dari pandangan. Bawa motor macam ada nyawa spare.
Aku tak pernah tengok dia memandu kereta.
But I won't complain cause he looks so damn fine riding that bike of his. Ridiculously handsome and masculine too.
Rempit macam ni yang kita mahukann!
Beberapa saat kemudian, notifikasi Whatsapp masuk ke telefonku.
Jangan lah sedih-sedih. Buruk gila kau nangis. Nanti yang lain heart attack- Encik Ziyaad (Tarzan's Version)
Macam mana boleh Whatsapp aku sambil bawa motor nii? Tak boleh tengok aku senang langsung ye Encik Bos seorang ni. Nak layan perasaan pun terbantut.
Mesejnya aku biarkan tak berbalas. Masih terfikirkan siapa yang bos boncengkan tu.
Girlfriend ke?
Terbayang kembali pelukkan erat si gadis pada tubuh Encik Ziyaad. Kenapa kena peluk ekk? Kan boleh je pegang bahu ke apa ke. Tak tahu jaga batas langsung.
Rasa sebu mula bertapak di dalam hati.
Mungkin Encik Ziyaad dah tak tahan kena cop songsang kut? Sebab tu dia bawa buah hati ke company's function untuk hentikan cakap-cakap orang?
Wait. Why should I care about him?
Bukan urusan aku kalau dia straight ke bengkok ke. Hubungan aku dengan dia hanya atas dasar majikan dan pekerja sahaja.
Aku buang jauh-jauh perasaan aneh yang cuba menghuni segenap jiwa. Aku tak boleh sukakan sesiapa.
Apatah lagi Encik Ziyaad. Dia umpama bintang yang jauh nun di atas sana. Cantik bersinar di malam hari tapi hanya bisa dipandang dari kejauhan.
People like me don't deserve love anyways.

ANDA SEDANG MEMBACA
Perfectly Imperfect [C]
Romance"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jau...
Bab 12- Team Building Part 1
Mula dari awal