抖阴社区

Bab 15- Team Building Part 4

Mula dari awal
                                    

Kami sampai di sebuah camping ground di Selangor pada lewat petang hari yang sama. Semua staf tak habis-habis bertanya tentang keadaanku.

Teharunyee semua caring dekat saya.

Encik Ziyaad juga tak terkecuali. Dia akan sentiasa pastikan yang aku berada dalam radius yang boleh dia nampak. Berbotol-botol air mineral yang dibacakan ayat suci Al-Quran dia berikan kepada aku untuk diminum. Takut aku lemah semangat katanya.

Tempat yang kami akan bermalam ini sangat mendamaikan. Suasana kebun yang dipenuhi pokok rendang menyejukkan atmosfera. Bunyi serangga berpadu dengan bunyi air mengalir di sungai menjemput tenang yang bukan sedikit.

BBQ night diteruskan pada malam hari selepas semua dah selesai memasang khemah dan solat Isyak berjemaah.

Yang ni aku suka! Last sekali aku tidur dalam khemah waktu aku di Tingkatan 3 kut.

Staf-staf syarikat HIM riuh rendah bersembang sambil membakar ayam. Aku hanya mampu mendengar cerita mereka tentang perjalanan hiking mereka.

Sekali imbas macam tengah gotong-royong malam raya pula. Sebab yang lelaki semua berkain pelikat dan berbaju Melayu. Tinggal tak ada bakar-bakar lemang dengan rewang kacau rendang je.

Termasuklah Encik Ziyaad. Baju Melayu hitam yangd dipakai memang sesuai la dengan dia. Nampak lah beriman sikit bos aku tu. Ahakz.

Zahra menghampiri aku yang jelas kesunyian dan bosan mendengar cerita hiking staf yang lain.

"Akak betul ke dah okay ni?" Dia mengambil tempat duduk di sebelah aku.

"Allahhh. Ara Jangan risau, akak okay jee. Thankyou sebab Ara perasaan akak hilang tadi." Wajah lembut tersebut betukar kehairanan mendengarkan ucapan terima kasih daripadaku.

"Aik? Ara? Siapa cakap kak?"

"Err. Encik Ziyaad?"

"Eh bukan Ara la kak. Abang Is sendiri yang perasaan akak tak ada. Macam orang hilang akal dia kak bila dia sedar akak hilang. Banyak kali dia melaung panggil nama akak tapi takde jawapan. Lepas tu dia suruh kitaorang sambung je naik, dia turun balik cari akak." Jelasnya sambil tersenyum mengusik.

Lain benar versi cerita adik dengan abang. Yang mana satu nak percaya ni?

Encik Ziyaad datang menghampiri kami dengan dua pinggan polistren di tangan. Satu disuakan kepada Ara dan satu lagi untuk aku.

Aik tak minta pun bos ambik kan makanan? Tapi aku sambut juga huluran pinggan bersama terima kasih.

Di pingganku ada dua ketul ayam bakar, dua sosej, selonggok fries dan satu porsi nasi goreng. Seketika kemudian, dia kembali lagi sekali dengan air sirap untuk kami berdua.

Alamak. Kalori overload ni.

Mungkin dia datang bagi dekat aku sekali sebab dah alang-alang aku duduk kat tepi adik dia, kan?

Encik Ziyaad mengambil tempat disebelah Ara setelah dia pergi mengambil makanan untuk dirinya sendiri. Ara duduk di tengah-tengah antara aku dan dia.

Krik krik krik.

"Abang, umi tanya bila nak balik rumah." Soalan Zahra mengingatkan aku kepada pengakuan Encik Ziyaad sebelum ini.

"Nanti lah abang balik." Dingin sahaja jawapannya. Mungkin tak selesa nak berbincang pasal family depan aku.

Yang Zahra ni pun satu. Agaknya dia lupa kut kewujudan aku kat tepi ni.

"Umi minta Ara pujuk abang balik. Hujung minggu ni Aunty Siti nak datang rumah."

Aku hanya diam. Nak bangun pergi tempat lain tak manis pula sebab tengah makan.

"Dah tu? Apa kena mengena dia nak datang dengan abang?"

"Abang ni punn. Kan nak bincang tarikh kahwin abang dengan Kak Umairah. Umi tu risau sangat abang duk kena tuduh gay. Tu yang dia nak cepat-cepat kahwinkan abang dengan Kak Umai tu." Air muka Encik Ziyaad bertukar serius bila nama tunangnya disebut.

Ohh Encik Ziyaad kita dah ada tunang rupanya. Patutlah santai ja walaupun kena tuduh suka sama sejenis.

Memandai je aku cop diaorang tunang. Tapi betul lah kan. Nak bincang pasal kahwin mesti lah diaorang dah ada ikatan pertunangan kan?

Aku curi pandang jari Encik Ziyaad. Tak ada cincin pun?

"Nanti lah abang bincang dengan umi sendiri." Terus dia bangun tinggalkan aku dan Ara yang masih struggle menghabiskan makanan.

...............................................................
Aku bergerak senyap ke tandas. Macam biasa, aku muntahkan balik segala makanan yang aku makan tadi sampai aku dah cukup yakin yang perut aku dah kosong.

Di luar pengetahuan aku, ada sepasang mata yang memerhati segala tindak tanduk ku.

P/S: DOUBLE UPDATE SEBAB SAYA HAPPY I FINALLY GOT A JOB. HEHEHEHEHE. WISH ME LUCK GUYS!!

Perfectly Imperfect [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang