抖阴社区

Bab 3

123 3 0
                                        

"Hanif. Duduk sekejap. Mommy dengan daddy nak cakap sikit," tegur Dato' Hamzah.

Hanif yang baru pulang ke rumah disambut dengan wajah tegang kedua orang tuanya. Dia mengeluh kerana dia dapat mengagak tujuan dirinya dipanggil. Dengan perlahan dia melabuhkan punggung di sofa di hadapan ibu bapanya.

"Ada apa mommy dan daddy panggil, Hanif?"

"Uncle Malik dengan Auntie Amelia called tadi. What happened between you and Liana?" Tanya Dato' Hamzah tanpa berselindung. Wajah kedua orang tuanya sangat tegang.

"Jadi apa?" Jawab Hanif endah tak endah. Dia pura-pura sibuk dengan telefon bimbitnya. Tak habis-habis pasal perempuan tu. Mengadulah tu, omelnya dalam hati.

"Don't pretend, Hanif," selar Dato' Hamzah dengan suara yang tegas.

"I am not! Hubungan Hanif dengan Aliana elok saja," balas Hanif selamba.

"Kalau hubungan kamu elok, kenapa Aliana sampai nak putuskan pertunangan?" Soal Datin Sofea pula. Suaranya pun tegas, sama seperti Dato' Hamzah.

Kata-kata Datin Sofea berjaya menarik perhatian Hanif. Tunak matanya memandang kedua ibu bapanya.

"Betul ke ni, mommy? Aliana minta putus tunang? You are not kidding, right?" Tanya Hanif bertubi-tubi. Jelas riak kegembiraan pada wajahnya.

Wah, ini berita baik! Fikirnya. Akhirnya Aliana sendiri minta putus. Pucuk dicita ulam mendatang.

"Yang kamu nampak happy pula ni, kenapa?" Tempelak Dato' Hamzah. Semakin tegang wajahnya melihat tingkah anak tunggalnya itu.

Terus Hanif menekur kembali. Wajahnya ditunduk. Namun, masih jelas senyuman pada wajah anak itu. Datin Sofea menggeleng kepala. Orang susah hati dia boleh pula bersuka. Tiada langsung riak bersalah.

"Siapa perempuan tu?"

Hanif terperanjat dengan pertanyaan daddynya. "Apa maksud daddy?"

"Tak payahlah kamu nak berpura-pura lagi. Aliana nak putuskan pertunangan sebab kamu ada perempuan lain, kan?" Tempelak Dato' Hamzah.

Tanpa mahu berselindung lagi, Hanif menganggukkan kepala.

"So, siapa perempuan tu?" Datin Sofea pula bertanya.

"Nama dia Farah." Balas Hanif ringkas.

"Budak perempuan yang kamu bawa ke majlis kita malam tu?"

Pantas Hanif menganggukkan kepala. Mengiyakan kata-kata Datin Sofea.

"Dia tahu kamu dah bertunang?" Soal Dato' Hamzah pula.

Hanif menggelengkan kepala pula. "Dia baru tahu malam tu. Aliana yang beritahu dia."

"What was her reaction then?"

Hanif memandang Dato' Hamzah sebelum menjawab pertanyaan bapanya itu. "Dia menangis dan marahkan Hanif sebab tak berterus terang dengan dia selama ni. Semua salah Aliana. Kalau dia tak menyibuk malam tu, everything will be under control," keluhnya.

Sekarang Farah langsung tidak mahu menjawab panggilannya. Malah, gadis pujaannya itu langsung tidak mahu bertemu. Rungsing Hanif dibuatnya. Dia sangat rindukan Farah saat ini. Sudah beberapa hari dia tidak dapat menatap wajah ayu itu.

"Memang patutlah Aliana beritahu. Dia tunang kamu. Perempuan mana yang tak sakit hati bila lihat tunangnya bawa perempuan lain ke majlis. Kamu tahu tak perbuatan kamu tu sangat daring. Kamu langsung tak fikirkan perasaan Aliana." Amuk Datin Sofea.

"Kenapa Hanif nak kena fikirkan perasaan dia? Come on, lah. Mommy and daddy tahu kan yang Hanif tak pernah cintakan dia? Daripada awal lagi Hanif dah beritahu Hanif tak sukakan perempuan macam dia. Dia terlalu sosial. Macam mana perempuan macam tu mommy dan daddy pilih untuk jadikan menantu?"

"Hanif!" Marah Dato' Hamzah.

"Kamu jangan suka-suka hati nak menghina orang. Kamu ingat kamu tu baik sangat ke? Sampai kamu rasa kamu berhak nak menilai buruk dan baik seseorang?"

"Hanif bukan nak menghina, daddy. Daddy boleh lihatkan cara hidup dia, pakaian dia? Kalau nak dibandingkan dengan Farah, jauh panggang dari api, daddy. Hanif tak nak tanggung dosa dia kalau kami dah berkahwin nanti," jelas Hanif.

"Sebab tu kamu kena bimbing dia. Bawa dia ke jalan kebaikan. Aliana tu nampak sahaja sosial. Tapi dia sangat mendengar kata. Sangat hormatkan orang tua. Mungkin dia dah terbiasa hidup begitu. Tak ada siapa nak bimbing dia. Jadi bila kamu dah jadi suami dia nanti kamu bimbinglah dia. Jadikan dia bidadari yang kamu suka. Mommy yakin dia senang dibentuk Insya Allah," pujuk Datin Sofea.

Entahlah. Walaupun ada benarnya kata-kata Hanif tentang kehidupan Aliana, namun hati tuanya sangat sayangkan gadis itu. Wajah yang cantik. Tingkahnya yang manja. Tuturnya yang sopan. Hormatkan orang tua pula tu. Sangat membuatkan Datin Sofea dan suami yakin Aliana adalah pilihan yang tepat buat anak mereka.

Selain itu, perkahwinan mereka berdua juga dapat menyatukan dua empayar perniagaan serta menjamin kelangsungan syarikat mereka.

"Betul tu, Hanif. Lagipun dia sangat sayangkan, kamu. Pasti lagi mudah untuk kamu membentuk dia," sambung Dato' Hamzah pula.

"Masalahnya sekarang ni, Hanif tak cintakan dia. Hanif cintakan, Farah. Boleh tak mommy dan daddy cuba faham? Ini masalah hati. Hanif tak boleh paksa hati Hanif untuk sukakan orang yang Hanif tak suka!" Tempelak Hanif.

"Tolonglah mommy, daddy. Kali ini sahaja Hanif minta. I never ask before. But now I am asking. Let me find my own happiness. Dan kebahagian Hanif adalah dengan Farah. Bukan Aliana!" Pujuk Hanif. Ada nada lirih dalam suaranya. Dia benar-benar mengharapkan pengertian dari kedua ibu bapanya.

Dato' Hamzah dan Datin Sofea berpandangan sesama sendiri. Serba salah mereka dibuatnya. Mereka tahu mereka tidak berhak memaksa Hanif untuk menuruti kehendak mereka. Kebahagiaan satu-satunya anak mereka yang lebih penting.

"Baiklah. Kalau itu kata kamu. Bawa Farah datang berjumpa mommy dan daddy. Kami nak berkenalan dengan dia." Akhirnya Dato' Hamzah berkata begitu. Tanda memberikan persetujuan.

Sudah tiada gunanya mempertahankan hubungan Aliana dan Hanif kalau kedua-duanya sudah mengambil kata putus. Mungkin kali ini mereka perlu turutkan sahaja kehendak anak lelaki mereka itu. Walaupun itu bermakna mereka terpaksa melepaskan Aliana. Mungkin sudah tersurat tiada jodoh antara mereka.

"Abang!" Datin Sofea terkejut dengan kata-kata suaminya sebentar tadi. Secepat itu Dato' Hamzah mengalah? Tanpa bertanya dengannya dulu? Dia tidak setuju!

Namun isyarat daripada sang suami membuatkan mulut si isteri terus tertutup rapat. Faham yang suami tidak mahu dibantah.

Hanif kelihatan terkejut. "Betulkah ni, daddy? Daddy nak jumpa dengan Farah. Daddy restu hubungan kami berdua?" Bertubi-tubi Hanif bertanya. Jelas riak tidak percaya di wajahnya.

"Belum restu lagi!" Potong Dato' Hamzah. "Daddy cuma nak berjumpa dengan dia. Nak tengok perempuan yang kamu sayangkan sangat tu."

"Hanif yakin daddy dengan mommy pasti akan sukakan dia," yakin Hanif berkata. Hatinya gembira tidak terkira. Akhirnya Farah akan dipertemukan dengan keluarganya. Manakala pertunangannya dengan Aliana pula akan diputuskan. Sesuatu yang sudah lama dia inginkan. Alhamdulillah, Allah telah memudahkan urusannya. Benarlah kata orang tua. Kalau sudah jodoh takkan ke mana. Bisik Hanif keriangan di dalam hati.

Ah, Hanif sudah tidak sabar untuk mengkhabarkan semua itu kepada Farah. Pasti Farah tidak akan merajuk lagi dengannya. 

Janji 'Bekas Tunang' | COMPLETEDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang