抖阴社区

Bab 10

135 3 0
                                        

Mendengar kanak-kanak ketawa keriangan bermain bola jaring, membuatkan Aliana turut berasa gembira. Seolah-olah hilang sebentar segala beban dan masalah yang dia pikul selama ini.

Dia sebenarnya cemburu dengan anak-anak tahfiz ini. Mereka betul-betul menikmati zaman kanak-kanak mereka. Tidak seperti zaman kanak-kanaknya yang jarang dapat bermain bersama rakan-rakan lain. Ibubapanya sibuk menguruskan perniagaan dan dia hanyalah anak tunggal yang dijaga oleh pengasuh. Namun begitu, dia masih bersyukur kerana ibubapanya tidaklah sepenuhnya mengabaikannya. Mereka masih berusaha meluangkan masa bersamanya walau sesibuk manapun mereka. Cuma itulah, zaman kanak-kananknya lebih kepada berada di rumah bersama pengasuh.

Akan tetapi nasib anak-anak tahfiz ini lebih menyedihkan. Ada di antara mereka yatim piatu. Sedari kecil mereka menghuni pusat tahfiz ini dan hanya menumpang kasih sayang dari Ustazah Zarimah serta suaminya Ustaz Fazly.

Namun, apa yang boleh Aliana katakan anak-anak tahfiz ini hidup dengan gembira dan bahagia. Mungkin lebih bahagia kerana mereka berada di sini. Anak-anak tahfiz yang mempelajari ilmu agama pasti tidak merasakan nasib malang itu adalah masalah besar buat mereka. Berbanding dirinya yang baru sahaja kembali mengenali Allah. Dirinya yang telah dewasa seperti ini terasa sangat kerdil berbanding anak-anak tahfiz ini. Walaupun begitu, Aliana bersyukur. Ternyata Allah masih menyayangi dirinya kerana tidak membiarkan dirinya terus hanyut. Hatinya telah dituntun kembali ke jalan Allah. Alhamdulillah. Bisiknya dalam hati.

Aliana menunduk mengambil bola yang secara tiba-tiba terpelantun kearahnya. Kelihatan seorang anak tahfiz berlari anak menghampirinya.

"Kak Liana, Nisa nak bola tu." Pintanya.

"Nah, hati-hati main tu." Tanpa banyak soal, Aliana menyerahkan bola itu kembali.

"Akak, jomlah main sekali." Ajak kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

"Tak apalah. Nisa mainlah dengan kawan-kawan. Kakak duduk di sini saja sambil tengok Nisa dengan kawan-kawan main."

"Alah, jomlah main sekali. Dah sebulan kakak tak datang main dengan kami." Kata Nisa dengan muncung comelnya.

Memang telah sebulan Aliana tidak datang ke pusat tahfiz ini. Terlalu sibuk menguruskan syarikat sehingga Aliana tidak sempat meluangkan masa untuk menjenguk mereka. Tetapi hari ini dia hanya mahu melihat mereka bermain. Dia senang melihat mereka ketawa gembira.

"Ala, sorry sayang. Kakak sibuk." Terang Aliana.

"Ye, Nisa tahu kakak sibuk. Tapi kakak dah datang ni. Jomlah kita main sekali." Pujuk Nisa lagi. Rindu sangat dia dengan Aliana. Selalunya kalau Aliana berkunjung pasti gadis itu akan menghabiskan masa bersama mereka. Aliana juga sangat senang melayani mereka. Sementelah pula dia tidak punya adik beradik lain. Jadi merekalah tempat dia menumpang kasih sayang. Merasai perasaan seperti mana mempunyai adik beradik seperti kelaurga lain.

"Yelah kakak. Jomlah main sekali." Tiba-tiba, teman-teman Nisa turut datang memujuk Aliana untuk bermain bersama mereka. Becok mulut masing-masing memujuk Aliana. Tidak kurang juga yang menarik-narik tangan Aliana agar menuruti mereka. Aliana yang tidak tega menghampakan mereka akhirnya bersetuju. Apa lagi bersoraklah anak-anak tahfiz itu. Dan mereka bermain mereka dengan riang dan bahagia.



Pn Amelia yang melihat dari jauh gelagat anaknya bersama anak-anak tahfiz hanya mampu menggelengkan kepala. Mengalahkan budak-budak, fikirnya. Namun bibirnya tetap mengukirkan senyuman senang. Asalkan Aliana gembira. Bukan selalu dia dapat melakukan itu. Sesekali apa salahnya. Dapat juga mengeluarkan peluh.

"Apa yang tergeleng-geleng tu, Amy?" Ustazah Zarimah yang turut berada di situ menegur. Pelik apabila melihat ibu kepada Aliana itu tersenyum sendirian.

Pn Amelia tergelak kecil sebelum menjawab. "Tak adalah ustazah. Saya tengok Aliana tu dah mengalahkan budak-budak bermain. Seronok bukan main." Terang Pn Amelia.

Ustazah Zarimah yang turut membuang pandang ke arah gelanggang bola jaring turut tersenyum.

"Aliana kalau datang ke sini mesti akan bermain dengan anak-anak tahfiz. Anak-anak pun manja betul dengan Aliana," luah Ustazah Zarimah.

"Mungkin sebab dia tak ada adik-beradik lain, ustazah. Hanya dengan anak-anak tahfiz ini dia boleh memcurahkan kasih sayang. Bila difikirkan balik, kesal pula rasa hati ni ustazah." Luah Pn Amelia tiba-tiba.

"Kenapa pula Amy kata macam tu?"

Pn Amelia berjeda sebentar sebelum menjawab.

"Kalaulah saya tidak terlalu sibuk dengan kerja dan terlalu menjaga penampilan saya pasti Aliana akan punya adik beradik lain. Pasti hidup dia sesunyi ini. Sudahlah dibesarkan dalam jagaan penuh pengasuh kami. Saya dan suami kurang meluangkan masa bersama dia. Pendidikan agama lagilah. Memang kami tak utamakan. Tapi Alhamdulillah, Allah masih sayangkan kami. Dia mengirimkan ustazah dah suami buat Aliana. Buat kami juga. Terima kasih ustazah dah membawa kami pulang," luah Pn Amelia.

Sungguh dia kesal. Dia dan suaminya telah gagal memberikan pendidikan agama buat anak mereka. Mereka telah terhayut jauh dari landasan Allah. Tapi Alhamdulillah. Ternyata Allah masih sayangkan mereka. Walaupun terlambat, tetapi dia bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk kembali ke pangkal jalan.

"Alhamdulillah. Saya dan suami hanya menjalankan amanah Allah di atas muka bumi ini. Saya juga bersyukur di pertemukan dengan keluarga Pn Amelia. Allah telah menghantar insan-insan yang baik untuk menolong anak-anak tahfiz di sini. Kalau bukan kerana sumbangan keluarga Pn Amelia, susah juga saya dan suami nak mencari dana bagi menampung pembelajaran di sini. Maklumlah, pusat tahfiz begini susah nak dapat bantuan dari kerajaan. Yuran pun hanya dikenakan kepada anak-anak tahfiz yang punya ibu bapa. Anak-anak tahfiz yang yatim piatu dikecualikan. Mereka mendapat pendidikan percuma di sini."

Ternyata perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Mereka sama-sama mendapat kebaikan daripada pertemuan yang berawal dengan kemalangan jalan raya. Semenjak keluarga Aliana mula belajar agama di sini, pusat tahfiz ini sudah tidak menghadapi masalah kewangan lagi. Keluarga ini sangat bermurah hati mendermakan harta mereka untuk kesejahteraan anak-anak tahfiz. Oleh yang demikian, Ustazah Zarimah dan suaminya sangat bersyukur kehadrat Allah Taala.

"Eh, dah pukul berapa ni ustazah. Kita belum siap masak dinner lagi. Sekejap lagi dah nak waktu makan malam. Nanti tak makan pula anak-anak tahfiz." Kata Pn Amelia setelah sedar jam sudah menunjukkan waktu 5.15 petang.

"Yelah Amy. Kita asyik berborak saja. Tak sedar waktu dah lewat. Jomlah kita sambung masak. Ada sikit lagi ni. Tinggal nak masak sayur saja."

Pn Amelia menganggukkan kepala. Mereka kemudian menyambung menyediakan makan malam pada hari itu. Aliana tidak dipanggil menyertai mereka. Biasanya Aliana akan turut membantu. Tapi untuk hari ini biarlah Aliana bermain bersama anak-anak tahfiz semahunya. Hilang sikit stress kerja. 

Janji 'Bekas Tunang' | COMPLETEDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang