抖阴社区

Bab 4

131 3 0
                                        

"Assalamualaikum."

Hanif mengangkat kepala saat menyedari orang yang ditunggunya sudah pun berada di situ. Dia pantas bangun.

"Waalaikumussalam, Farah." Lembut Hanif menyeru nama gadis di hadapannya. Wajahnya dihiasi senyuman manis. Hampir seminggu dia tidak menatap wajah itu. Sungguh dia rindu.

"Ada apa Hanif nak jumpa Farah?" Tanpa basa-basi gadis itu terus bertanya.

"Ada berita gembira Hanif nak beritahu Farah. Kita duduk dulu." Hanif mempersilakan Farah duduk. Gadis itu hanya menurut.

"Hanif, Farah tak boleh lama ni," kata Farah setelah membisu. Dia jadi kurang selesa apabila sedari tadi lelaki itu hanya menatap wajahnya dengan senyuman.

"Oh, sorry. Dah seminggu kita tak jumpa. Hanif rindu," ucap Hanif, ikhlas.

Farah tertunduk malu. Ya, dia juga rindukan Hanif. Tapi hatinya sakit kerana ditipu hidup-hidup oleh lelaki itu. Orang yang di cinta selama ini adalah tunangan orang. Lebih menyakitkan apabila tunang lelaki itu sendiri mengaku yang mereka sudah terlanjur! Jadi apa lagi yang lelaki itu mahukan darinya?

"Hanif." Suara Farah naik satu oktaf. Geram juga dia kerana Hanif asyik merenung dia. Dah macam orang gila bayang. Asyik tersenyum macam kerang busuk.

"Ya, sayang." Balas Hanif, selamba. Semakin membuatkan Farah geram.

"Hanif, jangan main-main boleh tak? Apa yang Hanif nak beritahu Farah?"

"Janganlah marah, sayang. Okay macam ni. Mommy dan daddy nak jumpa Farah. Dia orang nak berkenalan dengan bakal menantu dia orang ni," beritahu Hanif dengan nada gembira.

Lain pula dengan penerimaan Farah. Jelas kelihatan kerutan di dahinya. "Apa Hanif cakap ni? Bakal menantu? Farah?" Tanya Farah sambil menunjukkan dirinya.

Hanif pantas menganggukkan kepala. "Yelah, Farah. Siapa lagi? Mommy dan daddy knew about us already. They want to meet you."

"Hanif, kan dah bertunang? Dah lupa? Atau sengaja nak main-mainkan Farah lagi?" Marah Farah.

"Bukan macam tu. Farah dengar dulu," pujuk Hanif. "Pertunangan tu dah dibatalkan," beritahu Hanif.

"Huh, dibatalkan?!"

"Yes, Aliana yang minta. Mungkin dia pun dah sedar yang cinta tak boleh dipaksa," terang Hanif.

Semakin keliru Farah dibuatnya. Ada dua berita mengejut yang dia perlu proses sekarang.

"Apa maksud Hanif cinta tak boleh dipaksa?" Farah meminta penjelasan. Sungguh dia tidak faham.

"Sebenarnya Farah, Hanif tak pernah cintakan Aliana. Kami bertunang atas kehendak dua keluarga. Hanif terpaksa terima Aliana sebab parents Hanif yang nak sangat bermenantukan Aliana tu. Entah apa yang istimewa sangat perempuan tu pun Hanif tak tahu. Tapi bila Farah hadir dalam hidup Hanif, hati ni dah tak dapat nak nafikan perasaan Hanif. Sebab tu Hanif terpaksa rahsiakan pertunangan Hanif. Niat Hanif cuma nak selesaikan perkara ni sebelum Hanif beritahu parents Hanif pasal kita. Hanif tak sangka yang Aliana akan confront Farah malam tu," terang Hanif.

"Baguslah Aliana beritahu Farah. Kalau tidak sampai bila-bila Farah tak tahu yang selama ni Farah bercinta dengan tunang orang. Tak kira apa pun alasannya, tapi Hanif tak berhak nak malukan Farah sampai macam ni!" Matanya sudah bergenang.

Hanif yang sedar akan itu mula gelabah. Tambahan pula dengan kata-kata Farah itu.

"T..tak bukan niat Hanif macam tu. Hanif cu..." Namun kata-katanya terhenti apabila Farah mengangkat tangan. Tanda meminta Hanif untuk diam.

Janji 'Bekas Tunang' | COMPLETEDTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang