"Huh, apa mama dengan papa merepek ni? Janganlah bergurau macam ni. Liana penat ni. Nak rehat. Liana naik dululah."
Aliana sudah bangun dan berkira-kira hendak meninggalkan ruang rehat keluarga itu. Dia langsung tidak terganggu dengan apa yang dikhabarkan ibubapanya sebentar tadi. Kepala dan badannya sangat penat sehingga dia tidak mampu untuk memproses kata-kata En Malik dengan jelas. Matanya pula seakan tidak sabar hendak dilelapkan.
"Liana nak pergi mana tu. Mama dengan papa tak habis cakap lagilah." Pn Amelia sudah meninggikan suara.
Aliana ni sedar ke tidak? Selamba saja penerimaannya. Orang tengah susah hati. Dia boleh buat macam tiada apa-apa. Fikirnya dalam hati.
"Mama dan papa nak cakap apa? Liana mengantuk ni. We talk tomorrow, okay?" Kata Aliana yang masih dalam keadaan mamai. Dia berjalan terhuyung-hayang ingin naik ke biliknya.
"Aliana Insyirah, dengar tak apa papa cakap tadi? Hanif nak kahwin dengan Liana!"
Terus mati langkah Aliana. Mata yang tadi ingin tertutup, terus terbuka lebar. Hilang terus rasa kantuknya. Dia salah dengarkah? Rasanya En Malik cakap tadi yang Hanif nak kahwin dengan dia?
Perlahan-lahan Aliana memalingkan tubuhnya menghadap Pn Amelia dan En Malik.
"Papa cakap apa?"
En Malik melepaskan nafas berat. Sedar pun anak daranya ini. Barulah boleh bercakap dengan jelas. Tadi macam bercakap dengan orang mabuk saja.
"Papa cakap, Hanif nak kahwin dengan Liana!" Ulang Pn Amelia pula.
Aliana sudah ketawa kecil. "Apa papa merepek ni? Kalau ya pun nak bagi Aliana hilang mengantuk carilah idea lain." Gadis itu kembali duduk dengan ketawa yang masih bersisa.
"Ya Allah, sayang. Kami tak bergurau. Tadi siang Uncle Hamzah dan Auntie Sofea datang. Mereka nak tetapkan tarikh perkahwinan Liana dengan Hanif!"
Aliana terdiam. Matanya tunak memandang kedua ibubapanya silih berganti. Cuba dicari riak gurauan di situ. Tapi yang terhidang di matanya adalah wajah serius dan gelisah keduanya. Betulkah?
Sememangnya dia tahu Datin Sofea dan Dato' Hamzah ada datang siang tadi. Tapi dia tidak tahu kenapa. Takkanlah sebab ini?
"But, why? Kenapa tiba-tiba?" tanya Aliana. Kini dia yakin ibubapanya tidak bergurau.
"They said..." Pn Amelia berjeda. Dia memandang suaminya sebelum meneruskan bicara. "You both are being enggaged quite so long already. It's time to get married."
"Huh, bertunang?" Suara Aliana naik satu oktaf. "Uncle dengan Auntie kenapa? Dia orang dah lupakah yang kami berdua dah putus 5 tahun lepas?!"
Aliana pelik. 'Dah kenapa dengan ibubapa Hanif tu? Buat tabiat?'
"Ab...bout that," Pn Amelia sekali lagi memandang suami yang berada di sebelah. Riak wajahnya jelas serba-salah. Aliana menunggu dengan sabar.
"Hanif tak terima untuk putuskan pertunangan.." sambung Pn Amelia.
"What? Ap..apa ni? Tak terima kenapa pulak? It's been 5 years mama. Kalau orang mati dah jadi tulang dah. Dia kenapa? Kepala dia kena ketuk ke sampai dia lupa yang kami dah putus." Aliana semakin pening. Adakah Pn Amelia dan En Malik nak cakap yang dia dan Hanif masih berstatus tunang? Gila!
"Iya betul, Liana minta putus 5 tahun lepas. Tapi, we never return the ring to them, remember?"
Aliana terdiam. Matanya membulat. Cincin! Astagfirullah..ya, memang mereka tidak pulangkan cincin pertunangan itu! Aliana menepuk dahi.
"Tapi mama, dah 5 tahun since Liana minta putus. And they never asked to return the ring. Lagipun, Auntie Sofea dan Uncle Hamzah terima keputusan Liana waktu tu, kan?"
"I thought so. But bila diingatkan balik, they didn't say anything. They just said they'll talk to Hanif. Then they kept quiet until Hanif flew to Dubai. So, kita semua ingat everything was over." Jelas Pn Amelia dengan rasa bersalah. Dia mengutuk diri sendiri kerana tidak betul-betul memastikan yang keluarga Hanif menerima keputusan mereka sedari dulu. Sekarang keluarga mereka yang susah.
"What?! Mama...?" Aliana mahu menjerit saat itu. Dia tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar. Hendak dimarah, mamanya sendiri.
"Sorrylah, manalah mama tahu nak jadi macam ni." Pinta Pn Amelia dengan wajah keruh. Dia tahu Aliana marahkan dirinya. Tapi manalah dia tahu. Selama 5 tahun ini pun kedua buah keluarga langsung tidak membangkitkan soal itu lagi. Jadi mereka ingat semua sudah selesai!
"Aliana, sayang, tenang dulu..." Sampuk En Malik.
"Macam mana nak tenang, pa. Disebabkan semua ni, Liana mungkin masih terikat dengan Hanif. Liana tak nak kahwin dengan Hanif, pa." Luah Aliana. Kepala sangat runsing sekarang. Pelbagai persoalan bermain di fikiran. Masihkah dia tunangan Hanif?
Yang Hanif ni pun satu! Kenapa tiba-tiba nak kahwin dengan dia? Bukankah Hanif tidak cintakan dia? Bukankah dirinya telah dibuang lelaki itu? Jadi kenapa tiba-tiba hendak menetapkan tarikh perkahwinan pula? Apa pula motif Hanif kali ni? Tak puas lagikah sakitkan hatinya?
"Iya, sayang. Papa faham. Okay, macam ni. Kita pulangkah saja cincin tu. We make it official. Mana cincin tu sekarang? Biar papa dengan mama yang pulangkan. Mungkin dengan cara ini Hanif boleh terima."
Cincin itu masih ada dalam simpanannya. Sudah 5 tahun Aliana tidak melihat cincin itu. Mujurlah cincin emas. Kalau besi, dah berkarat agaknya.
"Tak apa. Biar Liana yang pulangkan pada Hanif sendiri. Seems like we have unfinished business to talk about." Kata Aliana dengan wajah tegang. Ya, dia perlu berdepan dengan Hanif. Dia ingin tahu apa tujuan lelaki itu sebenarnya. Kali ini dia akan pastikan yang hubungannya dengan Hanif betul-betul selesai!
En Malik dan Pn Amelia berpandangan sesama sendiri. Hati tua mereka mulai risau. Bimbang Hanif dan Aliana akan bertengkar lagi.
"Are you sure, honey?" Tanya Pn Amelia.
"Yes, I am. I need to know why he is doing this."
"Baiklah. Tapi janji dengan papa dan mama yang kamu berdua akan berbincang baik-baik. As an adult. Jangan bergaduh lagi, please." Pesan En Malik. Bukan boleh kira Aliana sekarang. Kuat melenting apabila melibatkan Hanif.
Aliana mengangkat bahu. "Yang tu Liana tak janji," balas Aliana selamba. Disertai dengan senyuman sengetnya.
Pn Amelia dan En Malik mengeluh berat mendengarnya. Nampaknya nasihat tinggal nasihat sajalah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Janji 'Bekas Tunang' | COMPLETED
RomanceHanya kerana kejahilannya, dirinya dihina dan dicurangi. Setelah penat berusaha mempertahankan perhubungan, akhirnya Aliana Insyirah menerima takdir yang jodohnya bukanlah untuk Ahmad Hanif. 5 tahun Aliana berusaha bangkit daripada kegelapan hidup...