5 TAHUN KEMUDIAN
Jam 5.30 petang kereta Aliana membelok masuk ke perkarangan banglo mewah milik keluarganya. Dia ingin memakirkan keretanya di tempat biasa. Namun, tempat parkirnya itu telah diambil oleh sebuah kereta yang amat dia kenali. Siapa lagi kalau bukan Dato' Hamzah dan Datin Sofea!
'Eh, Uncle Hamzah dan Auntie Sofea datang ke? Mama dengan papa tak ada beritau pula yang mereka akan punya tetamu hari ini,' fikirnya. Selalunya jika pasangan itu ingin datang pasti mamanya akan memaklumkannya terlebih dahulu. Jadi dapatlah mereka berkumpul bersama.
"Assalamualaikum."
Aliana melangkah memasuki rumah setelah memakirkan kereta.
"Waalaikumussalam. Hah, dah balik pun anak mama ni." Sambut Pn Amelia yang ketika itu berada di ruang rehat depan bersama tetamu mereka. Segera Aliana mendekati kedua ibubapanya dan menyalami mereka. Tidak lupa juga Datin Sofea. Kemudian, Aliana hanya menunduk kepala tanda hormat kepada Dato' Hamzah sebelum menyertai mereka di ruang rehat itu.
Kini, Aliana tidak lagi menyalami Dato' Hamzah. Berkat mendalami ilmu agama selama 3 tahun, Aliana sudah membataskan pergaulannya terhadap lelaki yang telah dianggap seperti ayah sendiri itu. Sebelum ini bukannya dia tidak tahu menyalami lelaki yang bukan muhrim itu haram. Tapi dia sudah biasa melakukan itu. Ibubapanya juga tidak melarang. Bila mengingatkan kembali, betapa dangkalnya ilmu agama mereka suatu ketika dahulu. Terlaju jauh mereka sekeluarga dari nilai hidup seorang Islam.
Dato' Hamzah yang faham hanya menganggukkan kepala buat gadis itu.
"Uncle dengan Auntie sihat?" Tanya Aliana berbasa basi.
"Sihat Alhamdulillah. Awal Liana balik hari ni?" Tegur Datin Sofea.
"Liana jumpa client dekat luar tadi. Terus balik lepas habis meeting. Malas pulak nak masuk office lagi," terang Aliana.
"Yelah dah jadi bos sekarang, kan. Takde siapa nak marah kalau tak masuk office," usik Dato' Hamzah pula.
Aliana hanya tersenyum membalas usikan Dato' Hamzah itu.
Sudah genap setahun Aliana mengambil alih tugas sebagai CEO syarikat milik keluarganya. Ini semua atas permintaan bapanya sendiri. Mahu mendedahkan Aliana kepada dunia perniagaan setelah dia yakin yang Aliana mampu melakukannya. Aliana telah membuktikan bahawa dia bukanlah hanya anak orang kaya yang manja. She's beauty with brain. Sebab itulah En Malik memberikan kepercayaan penuh kepada Aliana. Kepada siapa lagi hendak dia serahkan syarikat itu kalau bukan Aliana? Itulah satu-satu anak yang dia punya. Alianalah harapan dia dan Pn Amelia.
"Mama dengan papa tak beritahu pun yang uncle dengan auntie nak datang?" Tanya Aliana kepada mamanya.
"Mama ingat Aliana balik lambat. Lagipun, uncle dengan auntie singgah sekejap saja ni. Katanya nak hantar kad jemputan," terang Pn Amelia dengan senyuman.
"Jemputan?" Hanif dah nak kahwinkah? Manalah tahu. Mungkin kepulangan Hanif kali ini adalah kerana hendak melangsungkan perkahwinan.
"Iya, jemputan majlis kesyukuran. Sempena kepulangan Hanif ke Malaysia." Jelas Datin Sofea. "Liana tahukan Hanif dah balik?"
Gadis itu menganggukkan kepala. "Nurul yang beritahu. Dia terserempak dengan Hanif masa lunch time few days ago."
"Kalau macam tu nanti Liana datang, ya?" Jemput Dato' Hamzah.
Mendengar itu Liana tersenyum. Tidak tahu hendak berkata apa. Rasanya semua di situ sudah sedia maklum yang dia dan Hanif sudah lama tidak bertentang mata. Malah, dia yang mengelak melakukan itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Janji 'Bekas Tunang' | COMPLETED
RomanceHanya kerana kejahilannya, dirinya dihina dan dicurangi. Setelah penat berusaha mempertahankan perhubungan, akhirnya Aliana Insyirah menerima takdir yang jodohnya bukanlah untuk Ahmad Hanif. 5 tahun Aliana berusaha bangkit daripada kegelapan hidup...