抖阴社区

??06

9 3 0
                                    

𓍯𓂃Bab 6: Kelas Cinta & Kanak-Kanak Ribut

Haeun termenung memandang langit pagi yang cerah dari jendela bilik persalinannya. Sudah enam hari dia berlatih bersama Soonyoung, dan semenjak rahsia yang tidak sengaja terbongkar dua hari lalu, sesuatu telah berubah dalam hubungan mereka. Perang dingin yang menyesakkan itu kini bertukar menjadi sesuatu yang lebih lembut—mungkin seperti musim luruh yang tenang, tidak lagi sekeras musim sejuk, tetapi belum pula sehangat musim bunga.

"Lima minit lagi," Haeun menggumam pada bayangannya sendiri dalam cermin. Dia menyikat rambutnya sekali lagi, mengikatnya dalam sanggul rapi yang kini sudah semakin mahir dibuatnya. Latihan tarian selama beberapa hari menjadikan tangannya lebih cekap. Dia sudah mula ingat bagaimana tubuhnya bergerak dalam tarian, bagaimana nafasnya perlu mengalir bersama muzik.

Hari ini Soonyoung menghantar mesej pagi-pagi, meminta Haeun datang ke sekolah rendah kampung tempat dia mengajar, bukannya ke dewan latihan seperti biasa.

Kecemasan kecil. Tolong datang ke sekolah je jam 10. Kelas sukan aku.

Mesej itu ringkas, tanpa penjelasan. Haeun mula risau sesuatu yang buruk telah berlaku, tetapi nada mesej itu tidak menunjukkan kecemasan yang serius.

Tepat jam sepuluh, Haeun melangkah masuk ke kawasan sekolah rendah Namyangju. Bangunan lama yang dicat warna kuning lembut itu kelihatan ceria di bawah cahaya matahari. Beberapa kelopak bunga sakura yang mekar awal musim ini beterbangan dibawa angin lembut, menyentuh pipi Haeun seperti jari-jari halus menggodanya.

"Kakak!" Seorang budak lelaki kecil berlari ke arahnya. "Kakak kawan Soonyoung saem, kan? Yang menari sama-sama? Dia suruh saya tunggu kat pintu untuk bawa awak ke padang."

Haeun tersenyum melihat budak yang bersemangat itu. "Ya, betul. Terima kasih kerana jadi pemandu saya."

"Nama saya Hwang Minseok!" budak itu memperkenalkan diri dengan bangga sambil membetulkan baju sukan merahnya. "Soonyoung saem kata kakak penari yang hebat."

Haeun tersentak sedikit. "Dia cakap macam tu?"

Minseok mengangguk bersemangat. "Ya! Dia cerita pasal kakak masa kelas sukan minggu lepas. Dia kata kakak dan dia pernah menang pertandingan besar."

Haeun tidak tahu bagaimana untuk membalas. Hakikat bahawa Soonyoung masih bercakap tentangnya, tentang masa lalu mereka, kepada pelajar-pelajarnya—itu sesuatu yang dia tidak sangka.

Sambil berjalan mengikuti Minseok ke arah padang sekolah, Haeun menyiapkan mentalnya untuk menghadapi apa sahaja "kecemasan kecil" yang Soonyoung maksudkan. Tetapi apa yang menunggunya di padang sama sekali di luar jangkaannya.

Soonyoung berdiri di tengah-tengah kumpulan sekitar dua puluh orang kanak-kanak berumur sekitar sembilan hingga sebelas tahun. Semuanya berpakaian sukan, berlari dalam bulatan kecil mengelilingi Soonyoung yang sedang memberi arahan dengan suara bersemangat. Matahari bersinar di atas kepalanya, membuatkan rambutnya yang hitam berkilau.

"Soonyoung saem! Saya bawa dia!" teriak Minho dengan bangga, berlari mendahului Haeun.

Semua kepala pelajar berpaling serentak, mata-mata kecil penuh ingin tahu memandang Haeun dengan minat yang tidak tersembunyi. Soonyoung menoleh, dan untuk sekejap, Haeun melihat kelegaan di wajahnya.

"Ah, akhirnya kau sampai," Soonyoung memanggil, memberi isyarat pada Haeun untuk menghampirinya. "Kelas, ini adalah Cik Cho Haeun. Dia akan membantu kelas sukan kita hari ini."

Haeun mengerutkan dahi, bingung. Ini kah kecemasan kecil yang dimaksudkan Soonyoung?

"Selamat pagi semua," sapa Haeun kepada kanak-kanak itu, yang membalas dengan keceriaan bising.

??ˋ? Completed ? Once Again : Kwon SoonyoungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang