抖阴社区

??07

10 2 0
                                    

𓍯𓂃Bab 7: Date Tak Sengaja di Bawah Bintang

Haeun memandang keluar tingkap dapur rumah  dengan risau. Langit yang tadinya cerah kini digantung dengan awan hitam tebal, menandakan hujan lebat bakal turun tidak lama lagi. Dia mengeluh perlahan sambil menyukat beras ke dalam periuk kecil. Selepas sesi bersama kanak-kanak di sekolah Soonyoung dua hari lalu, mereka tidak berjumpa lagi kerana Soonyoung terpaksa menghadiri mesyuarat guru di daerah.

"Hujan lagi..." bisik Haeun pada dirinya sendiri, memandang langit yang semakin gelap.

Bunyi notifikasi dari telefonnya mengalihkan perhatian Haeun. Dia mengesat tangan pada apron biru muda yang dipakainya sebelum membuka mesej yang baru masuk. Ternyata itu dari Soonyoung:

"Latihan esok. 10 pagi. Ada perkembangan dengan koreografi."

Haeun tersenyum kecil. Sejak perbualan jujur mereka, dan terutamanya selepas hari di sekolah bersama kanak-kanak ribut itu, mesej Soonyoung mula kedengaran kurang formal. Masih pendek dan tepat, tetapi tidak lagi sejuk seperti dulu.

"Okay, aku akan datang."

Dia berhenti sejenak, jari-jarinya tergantung di atas skrin telefon, terfikir sama ada hendak menambah sesuatu atau tidak. Akhirnya, dia menaip dengan cepat sebelum berubah fikiran.

"Terima kasih untuk hari tu. Budak-budak sekolah kau comel."

Balasan datang lebih cepat daripada yang dijangka:

"Mereka tanya pasal kau. Terutama Jiwoo. Nak kau datang lagi."

Satu lagi mesej menyusul.

"Sebagai guru bantuan, maksudnya."

Haeun tertawa kecil. Tipikal Soonyoung untuk cepat-cepat menjelaskan maksudnya supaya tidak disalah anggap. Walaupun pertemuan terakhir mereka membuka pintu ke arah perdamaian, mereka masih berada dalam fasa "malu-malu kucing" ini.

"Makcik Yoon dah pergi ke pasar dah?" tanya Haeun kepada ibunya yang muncul di muka pintu dapur sambil memegang segulung benang sulaman.

"Ya, dia cakap nak beli ikan segar sebelum hujan," jawab Puan Cho sambil duduk di kerusi kayu. "Kau tak pergi ke kedai kek pagi ni?"

Haeun menggelengkan kepalanya. "Makcik Hyun kata kedai tutup hari ni. Dia kena pergi jenguk anak dia di bandar."

Ibunya mengangguk faham. Sejak kembali ke kampung, Haeun mula membantu beberapa perniagaan tempatan dengan kemahiran rekaan dan pemasarannya. Kedai kek Makcik Hyun adalah antara yang pertama menerima bantuan Haeun, dengan rekaan menu baru dan laman media sosial yang cantik.

"Kalau macam tu, boleh kau tolong eomma pergi ke pasar petang ni? Eomma dah janji nak hantar sup tulang untuk gerai amal," kata Puan Cho sambil mula menyulam.

"Tapi hari ni nak hujan lebat, eomma," Haeun menunjuk ke langit gelap di luar.

"Ah, mungkin cuma hujan sikit ja. Pasar tu penting, untuk kutip dana baiki jambatan lama."

Haeun memerhatikan langit sekali lagi. Awan-awan itu tidak kelihatan seperti "hujan sikit ja", tetapi dia tidak mahu mengecewakan ibunya.

"Baiklah, nanti petang saya pergi."

---

Hujan mula turun renyai-renyai ketika Haeun meletakkan periuk berisi sup tulang panas di kerusi belakang kereta ayahnya. Walaupun ramalan cuaca di telefonnya menunjukkan petanda buruk, dia berharap hujan akan reda sebelum menjadi lebih lebat.

Perjalanan ke taman komuniti di mana pasar jualan diadakan hanya mengambil masa lima belas minit. Ketika sampai, aktiviti di sana masih berjalan rancak walaupun langit semakin gelap. Gerai-gerai berwarna-warni berbaris di sepanjang taman, payung besar melindungi barangan jualan dan makanan yang dihidangkan.

??ˋ? Completed ? Once Again : Kwon SoonyoungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang