𓍯𓂃Bab 9: Sukaneka
Soonyoung bangun lebih awal dari biasa pagi itu, walaupun dia hampir tidak tidur semalaman. Fikirannya dipenuhi dengan perancangan untuk Hari Keluarga Kampung, tetapi lebih dari itu—dipenuhi dengan bayangan wajah Haeun. Sejak perbualan mereka di tepi padang tempoh hari dan Haeun bersetuju untuk datang ke majlis Pakcik Han bersamanya, sesuatu telah berubah. Dinding yang dia bina selama empat tahun mula menunjukkan keretakan.
"Bodoh betul," gumam Soonyoung sambil memasukkan peralatan sukan ke dalam beg besarnya. "Empat tahun cuba lupakan orang tu, dan hanya perlu beberapa minggu untuk rasa semua balik."
Dia memandang cermin dan mendapati bayangannya berkerut-kerut dahi. Soonyoung menepuk pipinya beberapa kali, memaksa senyuman lebar yang menjadi tanda pengenalnya.
"Hari ini tentang anak-anak, bukan tentang perasaan kau yang bersepah," dia mengingatkan dirinya sendiri.
Telefon bimbitnya berdering, menandakan pesanan masuk. Dari Haeun.
"Aku dah sampai di padang. Nak tolong setup apa-apa?"
Soonyoung menatap skrin telefon selama beberapa saat, bimbang dengan kebangkitan perasaan yang dia cuba tahan—campuran antara kegembiraan kerana Haeun nampaknya komited dengan projek ini, dan ketakutan bahawa hatinya akan hancur sekali lagi bila Haeun akhirnya pergi.
"Aku sampai dalam 10 minit. Jangan sentuh apa-apa dulu," dia membalas, cuba kedengaran profesional dan tak acuh.
Padang sekolah sudah berubah menjadi kawasan permainan yang meriah apabila Soonyoung tiba. Beberapa pekerja kampung sedang memasang khemah-khemah putih yang akan menjadi pos permainan. Banner besar dengan tulisan "Hari Keluarga Kampung Hanseong 2025" sudah tergantung di pintu masuk. Dan di tengah-tengah kesibukan itu, berdirilah Haeun, rambut dikuncir tinggi, memakai baju kemeja putih ringkas dan seluar jeans, mengarahkan beberapa remaja ke arah yang betul.
Soonyoung terpaku sejenak, teringat bagaimana Haeun selalu menjadi ketua tidak rasmi dalam projek-projek kampung mereka dulu. Dia mungkin kelihatan tenang dan pendiam, tetapi ada ketegasan dalam dirinya yang membuat orang mendengar dan mengikut arahannya.
"Soonyoung!" Salah seorang remaja melambai ke arahnya. "Soonyoung saem dah sampai!"
Haeun berpaling, dan mata mereka bertemu. Ada senyuman kecil di bibirnya yang membuat jantung Soonyoung berdesir—senyuman yang tidak mencapai matanya dulu apabila mereka pertama kali bertemu semula, tetapi kini, ada sedikit kehangatan di sana.
"Pagi," sapa Haeun apabila Soonyoung menghampiri. "Sorry kalau aku dah buat sesuatu yang salah. Aku cuma tolong arahkan budak-budak ni."
"Kau tak buat salah," jawab Soonyoung, mengangguk perlahan. "Terima kasih kerana datang awal."
"Tak sangka Hari Keluarga ni jadi besar sampai macam ni," kata Haeun, memandang sekeliling. "Dulu masa kita sekolah, cuma ada larian dalam guni je."
Soonyoung tersenyum mengenangkan memori itu. "Zaman berubah. Sekarang kena ada bouncy castle, booth permainan video, dan hadiah yang mahal sikit."
"Tapi kau masih nak buat permainan tradisional?" tanya Haeun, memandang senarai aktiviti di tangannya.
"Mestilah," Soonyoung menjawab dengan bangga. "Kanak-kanak zaman sekarang perlu tahu permainan yang kita main dulu. Tak semua hiburan datang dari skrin."
Haeun mengangguk, terkesan dengan dedikasi Soonyoung. "Apa yang boleh aku bantu sekarang?"
"Jom setup pos permainan guli. Aku dah sediakan semua bahannya."
Mereka berjalan bersama ke arah khemah di hujung padang, Soonyoung dengan beg besar di bahu. Sepanjang perjalanan, beberapa orang kampung menyapa mereka dengan senyuman penuh makna, membuat pipi Haeun merona merah.

ANDA SEDANG MEMBACA
??ˋ? Completed ? Once Again : Kwon Soonyoung
FanfictionShort fanfic: When Haeun, a burnt-out city designer seeking refuge in her hometown, bumps into Soonyoung, her charmingly ex from years ago, she expects nothing more than awkward small talk. But as village life throws them together through quirky ev...