抖阴社区

                                    

Haeun mengambil periuk sup dengan berhati-hati dan berjalan menuju ke gerai makanan. Tidak jauh dari situ, dia ternampak kumpulan kanak-kanak sekolah berlari-lari sambil ketawa. Bunyi tawa mereka yang bersemangat begitu menenangkan, mengingatkan Haeun pada masa kecilnya dulu.

"Cik Haeun!" Suara kecil yang tidak asing membuatnya berpaling. Jiwoo, budak perempuan berkuncir dua dari kelas Soonyoung, berlari ke arahnya dengan senyuman lebar.

"Hai, Jiwoo," sapa Haeun dengan gembira. "Kamu datang pasar ni dengan siapa?"

"Dengan Soonyoung saem!" jawab Jiwoo, menunjuk ke arah gerai permainan tidak jauh dari situ. "Dia jaga gerai lempar gelung. Jom saya bawa!"

Sebelum Haeun sempat menjawab, tangan kecil Jiwoo sudah menariknya. Haeun terpaksa berjalan perlahan, seimbangkan periuk sup yang masih panas.

"Tunggu, Jiwoo. Saya kena hantar sup ni dulu," kata Haeun, menunjuk ke arah periuk besar di tangannya.

"Okay! Saya tunggu kat sana!" Jiwoo menunjuk ke gerai makanan sebelum berlari pergi.

Selepas menyerahkan sup tulang kepada Makcik Jung yang menjaga gerai amal, Haeun mengedarkan pandangan ke sekitar pasar. Dia sepatutnya pulang sekarang, sebelum hujan menjadi lebih lebat, tetapi sesuatu dalam dirinya ingin melihat Soonyoung. Mungkin hanya untuk menyapa, katanya pada diri sendiri.

Langkahnya membawa Haeun ke gerai permainan seperti yang ditunjukkan Jiwoo. Dari jauh, dia boleh melihat Soonyoung sedang membungkuk, membantu seorang budak kecil melempar gelung ke arah sebaris botol. Dia memakai kemeja kotak-kotak biru yang lengannya digulung sehingga ke siku, dan topi baseball putih melindungi wajahnya dari cahaya petang yang semakin malap.

Hatinya berdebar sedikit melihat pemandangan itu. Ada sesuatu yang begitu menarik tentang Soonyoung yang berinteraksi dengan kanak-kanak—kesabaran dan kelembutannya yang tulus, jauh berbeza dengan imej keras yang sering ditunjukkannya kepada Haeun.

"Cik Haeun datang!" Teriakan Jiwoo menarik perhatian Soonyoung, membuatnya mendongak.

Mata mereka bertemu, dan untuk seketika, Haeun merasakan dunia di sekelilingnya menjadi senyap. Soonyoung kelihatan terkejut sebelum satu senyuman kecil muncul di bibirnya.

"Hai," sapa Haeun, merasa sedikit malu sambil menghampiri gerai itu.

"Tak sangka jumpa kau di sini," balas Soonyoung, menegakkan badannya.

"Aku hantar sup eomma untuk gerai amal."

"Ah, sup tulang eomma kau? Yang selalu ada daun sup dan lobak merah tu?" tanya Soonyoung, matanya bersinar. "Dulu aku suka makan tu bila datang rumah kau."

Haeun tersenyum, hatinya hangat mengetahui Soonyoung masih ingat detail kecil seperti itu. "Ya, resipi yang sama. Tak berubah."

"Ada banyak benda yang tak berubah," kata Soonyoung perlahan, tatapannya dalam pada mata Haeun.

Sebelum Haeun sempat membalas, titisan hujan yang lebih besar mula turun, disusuli dengan guruh kuat dari kejauhan.

"Alamak, hujan dah nak lebat ni," kata Haeun, melihat ke langit. "Aku patut balik sekarang."

"Saem! Makcik Park suruh semua orang kemas, kedai kena tutup!" Seorang budak lelaki berlari ke arah mereka, bajunya sudah lembap terkena hujan.

"Okay, Minho. Tolong panggil kawan-kawan lain," arahan Soonyoung. "Kita kemas sekarang."

Hujan semakin lebat, orang ramai mula bergegas meninggalkan taman. Gerai-gerai dibuka dengan cepat, barangan dimasukkan ke dalam kotak dan beg dengan tergesa-gesa.

??ˋ? Completed ? Once Again : Kwon SoonyoungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang