抖阴社区

                                    

"Tak ada apa-apa." Ibunya mengangkat bahu dengan gaya tidak bersalah. "Cuma nak beritahu apa yang berlaku dalam kampung kita. Bukannya kau nak tahu juga, kan?"

Haeun memusingkan matanya. "Kalau eomma cuba nak buat saya cemburu, ia tak akan berkesan."

"Siapa cakap eomma nak buat Eun cemburu?" balas ibunya, senyuman kecil tersembunyi di sudut bibirnya. "Eomma cuma risau kau akan menyesal bila Soonyoung dah diambil orang lain."

"Eomma!" Haeun mengeluh kuat. "Soonyoung bukan barang yang boleh 'diambil'. Dan... dan kami tak ada apa-apa. Kami cuma kawan."

"Oh, ya?" Ibunya kini berpaling sepenuhnya menghadap Haeun. "Kalau macam tu, Eun tak kisah kalau dia berkahwin dengan orang lain?"

Haeun terdiam. Bayangan Soonyoung bersanding dengan wanita lain tiba-tiba terasa seperti pisau yang menusuk jantungnya. Tapi egonya terlalu tinggi untuk mengaku.

"Kalau itu membuatkan dia bahagia..." Haeun menggantung kata-katanya.

"Tapi adakah itu akan membuatkan anak eomma ni bahagia?" tanya ibunya dengan lembut.

Sebelum Haeun sempat menjawab, bunyi motosikal berhenti di depan rumah mereka menarik perhatian kedua-duanya. Makcik Yoon sekali lagi, kali ini dengan bakul besar di tangannya.

"Annyeong!" sapa Makcik Yoon ceria, berjalan ke arah beranda.

"Annyeong, Makcik Yoon," balas ibu Haeun, bangun untuk menyambut tetamu itu. "Ada apa ni sampai datang dua kali dalam sehari?"

"Aik, tak boleh ke aku nak jumpa kawan baik?" Makcik Yoon ketawa sambil meletakkan bakulnya di atas lantai beranda. "Aku bawakan sedikit ubi rebus dan sambal belacan. Baru masak tadi."

"Terima kasih, Makcik," kata Haeun sopan, cuba menyembunyikan kekecewaan kerana perbincangan dengan ibunya terganggu.

"Eh, Haeun. Kau dengar cerita terbaru tak?" tanya Makcik Yoon tiba-tiba, duduk di tepi ibu Haeun tanpa dipersilakan. Jelas dia ada gosip panas untuk dikongsi.

"Cerita apa, makcik?"

"Pasal Soonyoung tu. Yang aku cerita dengan eomma kau tadi."

Haeun melirik ke arah ibunya yang hanya tersenyum kecil. "Yang dia jumpa dengan cikgu matematik tu?"

"Ya! Tapi sekarang ceritanya dah berubah!" kata Makcik Yoon penuh semangat. "Rupanya bukan dia yang pergi jumpa perempuan tu. Tapi kakak dia yang aturkan pertemuan tu tanpa pengetahuan dia."

Haeun cuba mengawal ekspresi wajahnya, tidak mahu menunjukkan minat berlebihan. "Oh?"

"Ya! Dan kau tahu apa yang paling menarik?" Makcik Yoon mencondongkan badannya ke depan, suaranya diturunkan walaupun hanya mereka bertiga di situ. "Bila dia sedar itu pertemuan yang diaturkan, dia terus keluar dari kedai. Marah besar dengan kakaknya. Kata dia tak nak dijodoh-jodohkan."

Satu perasaan lega yang tidak dapat dijelaskan menyerang dada Haeun, tetapi dia masih berpura-pura tidak terkesan. "Mungkin dia cuma tak suka diaturkan begitu. Bukannya dia tak berminat dengan perempuan tu."

"Aik, kau ni kenapa?" Makcik Yoon menatap Haeun dengan kesal. "Bukannya kau patut gembira yang dia tolak perempuan tu?"

"Saya... saya tak ada apa-apa dengan Soonyoung, Makcik," jawab Haeun lemah, tidak mahu mengaku apa yang sudah jelas di mata semua orang.

"Hish, budak ni!" Makcik Yoon berpaling ke arah ibu Haeun. "Kau didik anak kau jadi keras kepala macam ni ke?"

Ibu Haeun hanya ketawa. "Dia memang keras kepala sejak kecil."

"Eomma!" protes Haeun.

"Haeun," Makcik Yoon memandangnya dengan serius. "Kau tahu tak kenapa aku datang dua kali hari ni? Bukan sebab ubi rebus ni. Tapi sebab aku jumpa Soonyoung tadi."

??ˋ? Completed ? Once Again : Kwon SoonyoungTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang