"Kenapa semua orang tengok kita macam tu?" bisik Haeun.
Soonyoung mengeluh perlahan. "Makcik-makcik kampung. Sejak kau bersetuju pergi majlis tu dengan aku, mereka semua ada teori pasal kita."
"Teori apa?" tanya Haeun, walaupun dari nadanya, dia seolah-olah sudah tahu jawapannya.
"Yang biasa. Happy ending. Cinta lama bersemi kembali." Soonyoung mengangkat bahunya, berpura-pura tidak terkesan dengan gosip itu, walaupun hatinya berdebar setiap kali mendengarnya.
"Oh," jawab Haeun pendek, dan Soonyoung tidak pasti apakah dia kecewa atau lega dengan responsnya yang singkat.
Mereka tiba di khemah dan mula mengeluarkan peralatan untuk permainan guli—papan kayu dengan lubang-lubang yang diukir khas, guli-guli pelbagai warna, dan papan markah.
"Kau buat semua ni?" tanya Haeun, takjub melihat kerja tangan yang teliti pada papan permainan.
"Hm," jawab Soonyoung sambil menyusun guli-guli mengikut warna. "Masa lapang aku sekarang diisi dengan kerja tangan. Lebih baik daripada..." Dia tidak meneruskan ayatnya.
"Daripada apa?" tanya Haeun, penasaran.
"Daripada duduk memikirkan perkara yang dah berlalu," jawab Soonyoung akhirnya, pandangannya tertumpu pada kerja tangannya, tidak berani menatap mata Haeun.
Keheningan yang janggal menyelubungi mereka seketika, hingga suara keriangan kanak-kanak yang mula tiba memecahkan suasana.
"Soonyoung saem! Eh, ada Cik Haeun juga!" Sekumpulan murid Soonyoung berlari ke arah mereka dengan bersemangat.
"Hai adik-adik," sapa Haeun dengan senyuman manis.
"Cik Haeun, saem cakap Cik Haeun pandai melukis. Boleh lukis muka kita tak?" tanya seorang budak perempuan bernama Jiwoo.
"Face painting maksud kamu?" Haeun memandang Soonyoung dengan hairan.
Soonyoung tersengih. "Aku ada sebut pada mereka yang kau ada background seni. Mereka terus anggap kau boleh buat face painting."
"Tapi aku tak pernah—"
"Tolong, Cik Haeun!" rayu anak-anak itu dengan mata besar memohon.
Haeun memandang wajah-wajah penuh harapan itu dan akhirnya mengangguk. "Baiklah, tapi jangan harap sangat. Ini kali pertama cik buat."
Soonyoung tersenyum melihat Haeun dikelilingi kanak-kanak yang bersemangat. Ada sesuatu tentang cara dia berinteraksi dengan mereka—kesabaran, kehangatan, dan keikhlasan yang sentiasa menjadi sebahagian dari dirinya tetapi jarang ditunjukkan kepada orang dewasa.
Sepanjang pagi, Soonyoung dan Haeun sibuk dengan tugas masing-masing. Soonyoung mengendalikan pertandingan guli dan larian dalam guni, sementara Haeun, dengan bakat seninya, akhirnya menjadi pengendali booth face painting yang paling popular di karnival itu. Kadang-kadang pandangan mereka bertemu dari jauh, dan mereka akan bertukar senyuman kecil sebelum kembali sibuk dengan tugas masing-masing.
Menjelang tengah hari, Soonyoung menghampiri booth Haeun, membawa dua botol air dan sedikit makanan.
"Kau belum makan dari pagi," katanya, meletakkan sebungkus kimbap di hadapan Haeun. "Rehat sekejap."
Haeun memandangnya dengan kagum. "Kau masih ingat."
"Ingat apa?"
"Yang aku selalu lupa makan bila terlalu fokus dengan sesuatu."
Soonyoung mengalihkan pandangannya, tidak mahu Haeun tahu betapa banyak perkara kecil tentangnya yang masih tersemat dalam ingatan. "Makan je lah. Kita ada acara tarik tali selepas ni. Kau kena jadi pengadil."

ANDA SEDANG MEMBACA
??ˋ? Completed ? Once Again : Kwon Soonyoung
FanfictionShort fanfic: When Haeun, a burnt-out city designer seeking refuge in her hometown, bumps into Soonyoung, her charmingly ex from years ago, she expects nothing more than awkward small talk. But as village life throws them together through quirky ev...
??09
Mula dari awal