Yelah bayangkan,orang yang tak pernah amik kisah pasal kita,tiba-tiba datang nak jenguk kita dengan tiba-tiba. Yana terus berjalan menuju ke guard dengan pikirannya yang penuh.
Yana berhenti di guard dan melihat suatu beg yang amat ia kenali. Beg smurf,kartun kegemarannya seketika dahulu. Yana tersengih dan terus berjalan ke arah beg itu. Dia membuka beg itu dengan perlahan dan melihat sepucuk surat di dalam sampul yang terletak kemas di bahagian atas beg itu. Dia membuka surat itu dan terus membacanya.
Yana anakku...
Papa ingin meminta maaf jika selama ini papa bukan bapa yang baik buat kamu. Papa tahu,papa lupakan kamu,papa pentingkan perkejaan papa lebih dari kamu. Tapi percayalah,sayang papa pada kamu lebih dari segalanya. Papa harap kamu boleh maafkan papa Yana. Kalau kamu masih belum boleh maafkan papa,papa akan doakan supaya Allah buka pintu hari kamu untuk maafkan papa Yana.Papa tak paksa untuk kamu maafkan papa Yana.
Papa sayang kamu..
Dato' Darish Dhamir
Yana menutup surat itu dan mengelap air mata yang mengalir di matanya itu. Dia beristifar. "Ya Allah kau bukalah pintu hatiku ini untuk memaafkan Ya Allah"Guman Yana sambil memegang dadanya.
Yana memandang ke arah luar sekolah dan melihat kereta hitam bmwnya yang terletak di depan sekolah. Cermin diturunkan, kelihatan Dato' Darish melambainya. Yana hanya membalas lambaian itu. Dato' Darish membuat isyarat 'jangan nangis princess' kepada Yana apabila melihat air mata yang mengalir di tubir mata anaknya itu. Yana hanya mengangguk. Dato' Darish tersenyum dan terus memandu kereta itu keluar dari kawasan sekolah.
Yana berjalan menuju ke tandas ingin membasuh mukanya. Dia membasuh mukanya dengan lembut menggunakan air. Dia mengangkat mukanya memandang cermin di depannya itu. Dia cuba untuk tersenyum tapi perkara yang dia pendam selama ini membuatkan dia menjadi murung. Yana cuba sebaik boleh untuk senyum dan terus tersenyum.
Dia keluar dari tandas dan terus menuju ke kantin. Dia melihat Cikgu Anisa sedang berbual dengan Yatie dan Iffah. Entah kenapa,hatinya berasa tenang apabila melihat Cikgu Anisa.Dia berjalan menuju ke arah Cikgu Anisa dan duduk di sebelahnya.
"Yana kenapa,awak ok tak ni?"Tanya Cikgu Anisa dengan risau. Iffah dan Yatie terus melihat ke arah mata Yana yang bagaikan memerah. "Eh saya ok lah maksu,tadi ada habuk masuk je"Balas Yana sambil tersenyum manis. Tak sia-sia dia practice dalam tandas tadi untuk senyum. Iffah dan Yatie hanya mempercayai namun tidak bagi Cikgu Anisa. Dia tahu sangat yang Yana sedang sedih. Perangai Yana seakan sama seperti kakaknya itu.
Hati Cikgu Anisa tiba-tiba dihimpit rasa sebak. Pemandangan Yana yang cuba tersenyum dalam sedih, mengingatkannya pada seseorang.....
Flashback
Cikgu Anisa melihat kakanya sedang menangis di bucu katil sambil memeluk lututnya. Dia menghampiri kakaknya dengan perlahan. "Akak,akak ok tak ni?"Tanya Cikgu Anisa sambil memegang belakang badan kakaknya dengan lembut.
Kakaknya mengangguk. Dia perasan bahawa kakaknya seperti mengerang kesakitan apabila dia memegang bahagian belkang kakaknya itu. Anis perasan adiknya sedang kebingungan.
"Dik"Panggil Anis. "Ye akak"Sahut Cikgu Anisa. "Tolong amikkan akak minyak gamt boleh"Pinta Anis sambil tersenyum. "Baik akak,kejap ye"Kata Cikgu Anisa dan terus berlari mencari minyak gamat. Dia mengambil minyak gamat dan terus kembali menuju ke kakaknya itu.
"Nah akak"Kata Cikgu Anisa sambil menghulurkan minyak gamat ke arah kakanya itu. Anis mengambil minyak gamat itu dan membuka bajunya. Cikgu Anisa ternganga. "Ba-banyaknya luka,akak"Kata Cikgu Anisa dengan tidak percaya melihat luka di belakang badan kakaknya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
JANJI DALAM DUKA
RomanceYana bukan gadis biasa. Dalam kelembutan wajahnya, tersembunyi ribuan luka yang tak pernah sembuh. Cinta pertama yang dikhianati, keluarga yang tak pernah memahami, dan kesunyian yang membalut hidupnya sejak kecil - semuanya membentuk benteng dingin...
Part 16
Mula dari awal