"Noona, Hobi berlatih berkurun tau choreogeraphy(?) BTS ni,"
Masalahnya, aku tak tanya pun berlatih sejak bila.
Wahai noona, ingatlah otak diorang masih K.O. lagi.
Selepas 6 minit lebih melayan music video Blood Sweat Tears, mereka duduk di atas sofa yang diduduki oleh aku sekarang.
"Jin sunbae shouldn't make a deal with evil!"
Amboi kau Joon berspeaking ya.
"Nanti Taehyung sunbae dapat sayap dia balik. Huaa dia jahat!" kata Jimin yang kembali duduk di pangkuanku.
"Oi! Aku baiklah! Kau pesal Chim?" Taehyung mengetuk kepala Jimin.
"Bukan kaulah cipan! Taehyung sunbae-nim dalam music video tu,"
Sejak bila pula ber aku-kau ni? Biarlah Hyuna, diorang lelaki~
Kini mata semua tertumpu ke arah cerita Weightlifting Fairy Kim Bok Joo. Random cerita weh! Bosan la memalam ni takde cerita best.
Oh anyway, diorang dah makan dekat shopping complex tadi ya.
"Kenapa Doktor Jeong tu pergi pertandingan Bok Joo?! Ugh stress!"
Budak hijau ni dah kenapa. Cerita je pun.
Eleh kau pun tengah stress nak sembang lebih. Blahla.
"Noona, cuti sekolah nak dekat. Taknak plan pergi mana-mana ke?" tanya Jin yang dari tadi bermain dengan jari Namjoon.
"Hmm, belumlah pula. Ala duduk rumah je lah. Apa susah," jawapan selamba aku berikan.
Tiba-tiba bunyi guruh berbunyi, aku memandang wajah mereka satu persatu. Tahu diorang buat apa?
Death Stare. Tajam pula tu. Mati kau Song Hyuna~
"Erk.. korang planlah. Noona.. okay je," jawabku gagap.
"Yoongi tahu! Apa kata kita pergi Taman Tema Air! Bestnyaa!"
"Pergi campinglah! Lagi best!"
"Eee taknak! Nyamuk!"
"Nyamuk je pun. Apa payahnya? Bawak je lah penyembur nyamuk tu banyak-banyak," jawapan Namjoon dibalas dengan penampar kasih sayang oleh Yoongi.
Namjoon mengusap pipinya berkali-kali.
"Kita pergi berkelah kat tepi pantai jom! Tidur pun lagi okay!" cadang Taehyung.
"Bolehlah," setuju Jin.
Aku mengerling sekilas ke arah Jungkook. Lahhh, lena dah budak ni. Aku meletakkan Jimin ke bawah. Jungkook pula aku dukung dan meletakkannya di atas pangkuan aku. Kepalanya dilentokkan ke dada aku.
"Tepi pantai? Okay jugak," aku membuka mulut.
"Alaaaa tak dapat nak main air!" rungut Yoongi.
"Tak dapat nak camping!" rengek Namjoon pula.
"Siapa cakap? Pantai kan ada? Ha mainlah air masin pantai puas-puas. Air jugak!" kata Jin sambil menjelirkan lidah.
"Camping? Dah tu tidur kat pantai tu guna apa? Daun pisang? Daun kelapa?" bertubi-tubi soalan diberikan oleh Jin.
Wah budak ni genius berkata-kata.
"Mestilah guna khemah!"
Dia yang tanya, dia yang jawab. Baguslah.
"Oh hehee," Namjoon menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Pabo!" Yoongi mengetuk kepala Namjoon menggunakan senduk Jin.
"Joon pulak pabo? Hyung lagilah nak main air macam budak-budak!" Namjoon merampas senduk tersebut.
"Woi woi apa main senduk orang ni? Ee tak tahu malu betul. Pergi beli senduk sendiri la," Jin merampas haknya dari Namjoon dan Yoongi.
"Sudah, sudah. Kita setuju ya berkelah kat tepi pantai?"
"Nae!"
"Okay then jom tidur. Tengok Chim tu dah terlelap kat kaki noona,"
Bertuah punya budak. Kaki noona juga dijadinya bantal ya?
***
Aku mengejutkan Jimin. Tak bangun juga ni kenalah aku dukung. Nak harapkan hyung tu? Memang tidak ler.
Nasib baik bangun. Kalau tak, habis tenaga aku nak angkat budak Jimin ni.
Tangan Jimin dipegang oleh aku. Tangan Taehyung pula dipegang oleh Jimin.
^JiTae forever~
Sampai sahaja dibilik mereka bertiga, aku meletakkan Jungkook di atas katil. Jimin pula aku dukung dan diletak di atas katil. Dan begitu juga Taehyung.
"Noona, Mochi Chim takde," Jimin berkata sambil matanya mencari-cari anak patung kesayangannya.
Kelihatan Taehyung sedang ketawa dengan diam. Mulutnya ditekup oleh tangannya.
❝ Noona, Tae sorokkan Mochi Chim! ❞ jarinya ditundingkan ke arah Taehyung.
"Tae bagi balik Mochi Chim. Nakal Tae ni," aku mencekak pinggang.
Tahu takut haha.
Terus sahaja dia membaling anak patung Mochi ke arah Jimin. Dan patung itu mendarat dengan selamat di atas muka Jimin.
"Mianhae Chim," Taehyung terus menutup seluruh tubuhnya dengan selimut tebal.
Budak-budak ni kan.
***
Badanku dihempas ke atas katil.
Seharian kalau tak penat memang tak sah.
Takpelah dah tanggungjawab kau nak jaga budak-budak tu.
Kau sendiri cakap kau bosan duduk rumah sebab takde apa nak buat selama 3 bulan cuti ni kan?
Takpelah, ikhlas kan aje nak jaga diorang ni.
Sedang leka aku melayan perasaan, pintu bilik aku diketuk.
Aku membuka daun pintu. Kelihatan Yoongi sedang memegang bantal emoji dan selimutnya.
"Yoongi tak tidur lagi?" aku mencangkung memandangnya kerana ketinggiannya agak rendah.
"Tak," jawabnya sepatah.
"Kenapa datang bilik noona ni?" aku memeluknya. Kau pun apa kurangnya macam Jimin!
"Nak tidur dengan noona boleh? Jebal," Yoongi seakan akan merayu.
Takkan nak tolak kot?
"Boleh je. Jom," aku mendukungnya dan menutup pintu bilik kembali. Suis lampu dimatikan. Katil tempat aku tuju. Pipi putih milik Yoongi dicium beberapa kali.
Yoongi diletakkan di atas katil. Badannya dipeluk oleh aku.
Aww tak sangka sedingin dingin Yoongi, dia tetap juga membalas pelukan aku.
--
woah! first time tulis 1128 words dlm ff ni xD
record terbaru hehehehehe.
bye annyeong!
Vote [✔]
Comment [✔]
Support [✔]
Kindly to comment. Dont be silent readers 😅

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] BTS Kiddo
Teen Fiction+sumpah perangai diorang cam lahnot "korang memang pernah makan penampo ke?" Start; 111216 End; 110217 #HighestRanking 55 in Teen Fiction
???
Mula dari awal