抖阴社区

?? ??

550 71 2
                                    

-dont forget to vote &
leave comments :)
--

"Noona.. sejuk!" rengek mereka bertujuh.
Macam mana tak sejuk? Aku menjirus mereka dengan tadahan air paip di dalam baldi.

"Siapa suruh korang pergi main hujan?" tanyaku sambil menjegilkan mata ke arah sorang-sorang. Sabun diambil dan menggosok-gosokkan ke badan mereka.

"Ni semua Hobi hyung punya idea," kata Taehyung, Jimin dan Jungkook. Mereka menundingkan jari ke arah Hoseok yang sedang menggigil.

"Nasib baiklah tiada apa berlaku. Kalau korang kena petir macam mana? Nak noona dihumban masuk penjara? Gitu?" amarahku semakin memuncak. Siapa tak marah kalau benda tu dibawah tanggungjawab kita?

Aku menjirus mereka buat kali terakhir. Kemudian tuala yang disangkutkan tadi diambil lalu diberikan kepada mereka bertujuh.

"Buka baju, lap pakai tuala ni. Baju yang basah tu terus masuk mesin. Lepastu masuk bilik tukar baju duduk atas kerusi meja makan," tutur aku dingin. Nafas amarahku ditarik dan dilepaskan.

Chill Hyuna chill.

Aku berlalu pergi keluar dari bilik air meninggalkan mereka. Mata mereka terkebil-kebil. Masih keliru dengan kelakuan noona mereka yang dingin. Sedangkan sebelum ni tidak pernah sesekali memarahi mereka.

"Ottoke?" tanya Hoseok. Tubir matanya bertakung dengan air jernih.

***

Aku menuangkan air oren ke dalam gelas masing-masing. Keadaan luar rumah masih dihujani dengan hujan yang renyai-renyai berbanding sebelum ini. Guruh dan petir menyambung-nyambung tidak lagi kedengaran.

"Apa intai-intai? Cepat makan. Lepastu tidur," aku terperasan mereka bertujuh menjengulkan kepala ke luar pintu bilik. Mereka menukar pakaian di bilik aras bawah.

Seorang demi seorang keluar dari bilik. Kepala mereka ditundukkan seperti orang bersalah. Kemudian, kerusi ditarik perlahan-lahan. Aku hanya memerhati mereka berbuat sedemikian.

Mereka menyuap bubur daging ke dalam mulut. Langsung tidak bercakap apa-apa. Biasanya ada sahaja topik yang hendak dibualkan. Tapi sekarang tidak dengan kelakuan dingin aku terhadap diorang.

Aku memerhati muka dorang satu per satu. Muka mereka kelihatan pucat lesi. Mereka juga seperti tidak ada selera makan tetapi tetap juga memaksa diri.

"Korang okay ke tak ni?" tuturku dengan nada lembut. Mereka hanya memandang tetapi tidak membalas.

"Kookie..Kookie rasa Kookie demam," Jungkook menunjukkan wajahnya yang tiba-tiba menjadi pucat. Aku meletakkan belakang telapak tangan di dahinya.

Panas.

"Lagi? Siapa yang demam?" soalku seraya memandang mereka penuh berharap.

Namun mereka hanya memandang bubur dengan pandangan kosong di hadapan mereka.

Aku melepaskan keluhan berat. Nak tak nak kena juga check sorang sorang.

Aku meletakkan belakang telapak tanganku di dahi setiap seorang dari mereka. Mereka terkejut dengan perbuatan spontanku. Heh, semua panas.

Keluhan berat dilepaskan. Haihlah budak-budak ni.

"Noona.. Hobi mintak maaf. Memang rancangan Hobi nak mandi hujan sebab kitorang tak pernah rasa mandi hujan," Hoseok berlaga jari telunjuknya sambil tertunduk.

"Noona, kitorang pun nak mintak maaf. Kitorang tahu kitorang tak patut mandi hujan tadi sebab dah susahkan noona sekarang ni. Sorry noona," mereka bertujuh bertutur. Tubir mata mereka hampir dipenuhi dengan air jernih. Aku hanya memandang mereka sayu.

Apa kau dah buat Hyuna?

"Meh kat noona," aku mendepakan tangan. Mereka semua turun dari kerusi dan terus mendapatkan aku.

Jimin duduk di pangkuan kiri aku. Jungkook di sebelah kanan pangkuanku. Taehyung memeluk leherku dari arah belakang. Namjoon memeluk aku dari kanan manakala Yoongi di sebelah kiri. Hoseok memeluk kaki aku dan Jin memeluk kami semua.

"Mianhaeyo noona, jinjja mianhaeyo," kata mereka bertujuh serentak. Air mata aku yang ditahan gugur juga.

"Takpela sayang. Benda dah jadi nak buat macam mana," kataku dengan nada lembut. Mereka semakin mengeratkan dakapan. Terhinjut-hinjut bahu diorang sebab esakan.

"Tadi..tadi noona marah..Chim takut..noona tak sa..yang kitorang..dah," Jimin memandang aku berserta matanya yang kemerahan. Kemudian dia kembali memeluk aku. Aku hanya mengukir senyuman.

"Noona tak marah cuma noona risaukan korang. Korang dahla kecil lagi, senang nak dapat penyakit," aku memandang mereka bertujuh sayu sambil tersenyum baris.

Aku tak tahu kenapa aku start sayang korang. Korang dah macam anak aku sendiri. Tapi apakan daya, tak lama lagi noona nak kena sambung belajar balik.

"Dah dah. Kita sambung makan ya? Noona suapkan," aku meleraikan pelukan. Mereka tersengih-sengih dengan pelawaan aku.

***

Mata Jungkook berair. Dia galak memandang aku.

"Noona," tuturnya perlahan sambil bibirnya membuat bentuk 'U' terbalik. :(

"Tak sakit pun. Jangan risau ya sayang," aku mengusap rambut lurus Jungkook.

"Cik Song?" panggil seseorang berpakaian putih.

"Ya saya?"

"Budak-budak tu dah boleh masuk," pintanya lembut sambil senyuman di bibir.

"Baiklah. Sekejap ya,"

"Noona.." panggil Hoseok.

Hobi tak nak kena inject. Sakit! ❞ Hoseok dah mula menjadi penakut.

Itulah korang mandi hujan lagi. Kan dah demam. Lepastu tak nak kena inject. Ha padan.

"Ala sikit je Hobi. Adik-adik ada, diorang akan lalui juga macam Hobi," aku meyakinkan Hoseok. Mereka semua memandang aku takutlah-noona.

"Aiyo tidak ada apa nak ditakutkanlah adik-adik sekalian," sejurus itu aku menolak mereka masuk ke dalam bilik doktor perlahan-lahan.

"Ramainya. Mana satu yang deman?" tanya doktor sebaik sahaja dia memandang ke arah budak-budak yang takut semacam ni.

Mereka bertujuh mengangkat tangan dengan serentak.

"Oh. Ha meh naik katil sini. Kita inject sikit je," pinta doktor perempuan itu sambil mengangkat punggung menuju ke katil yang dikatanya.

"Sikit je sayang. Noona ada. Jangan risau tau, tau," aku memeluk mereka bertujuh.

Mereka hanya mengangguk. Baru sahaja mereka nak menuju ke doktor, mata kami tertancap pada seorang jururawat sedang membawa peralatan-peralatan yang diperlukan.

Mereka menelan liur dan kembali memandang aku dengan noona-kitorang-nak-balik.

Tabahlah korang.

--

[C] BTS KiddoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang