抖阴社区

???

768 80 13
                                    

8 Oktober 2016

"Masukkan beg-beg dalam kereta sekarang,"

Aku mengangkat beg milik aku dan milik Jungkook. Yelah budak ni kalau angkat beg, bukan angkat beg namanya. Angkat diri sendiri sebab berat beg dengan diri sendiri nak sama.

"Noona, muat ke nak masuk ni? Macam tak je," kata Jin sambil memandang ke arah bonet kereta.

"Agaknya muat tu. Kalau tak muat kita letak dalam kereta jelah," aku meyakinkan Jin.

Tangan aku masih lincah menyusun atur beg-beg budak bertujuh ni.

"Noona, nah beg," beg Jimin dihulur.

"Gomawo Chim," aku mengusap rambutnya.

Selepas aku sudah memasukkan beg-beg, bonet kereta ditutup rapat. Aku menuju ke pintu pemandu.

Mataku terlihat figura kecil sedang membawa barang.

Ya, makanan.

"Hyung, Tae dah bawak keluar makanan ni. Nak taruk mana?" tanya Taehyung yang membawa makanan-makanan ringan di dalam plastik.

"Taruk je dalam kereta. Kita makan dalam kereta yehett," jawab Namjoon.

"Astaga apa Tae bawak ni? Banyaknya," aku yang tadi menuju ke arah pintu pemandu terus membatalkan niat. Langkahku terhenti di hadapan Taehyung.

"Jadi, ni lah bekalan kitorang tu teehee," Jungkook yang datang dari arah mana entah membalas soalan aku. Jungkook tersengih hingga menampakkan giginya yang diketap.

"Oh yelah. Bawak masuk dalam kereta. Nak gerak dah ni,"

Taehyung terus melangkah masuk ke dalam perut kereta dan begitu juga aku dan yang lain.

"Let's go to Busan~!" jerit kegembiraan Yoongi.

***

"Korang, bangun. Dah sampai," kataku dengan nada lembut. Aku menggerakkan tubuh badan Jin yang terlena di sebelah aku.

"Dah sampai?" tanya Hoseok yang masih di dalam kantukan. Kemudian, dia sambung tidur balik.

Haih, semua sambung tidur ni tak boleh juga. Nasib baiklah Jin ni dah bangun.

"Jinnie, noona nak pergi siapkan khemah. Jinnie jaga diorang dalam kereta okay?" aku galak memandang Jin yang sedang menggosok-gosokkan matanya.

"Tapi noona, takkan noona nak buat semua tu sorang-sorang?" Jin terus memandang aku. Wajahnya menggambarkan kerisauan.

"Wae? Jinnie nak tolong noona ke?"

"Nope. Bukan Jinnie sorang, semua orang dalam kereta ni kena tolong noona. Jin kesian dengan noona," ayatnya tergantung.

"Kesian kenapa?" aku masih hairan dengan jawapan Jin.

"Kesian sebab noona dah penat korbankan badan noona nak jaga kitorang. Kitorang dah la selalu menyusahkan noona, lepastu ada ke pulak noona nak buat itu ini. Macam noona ni hamba kitorang pula, padahal sepupu je,"

Jawapan Jin membuatkan aku terharu. Ya, tak sangka aku dapat sepupu kecil yang masih mengenal erti pengorbanan.

"Aw Jin. Kenapa cakap macam tu? Noona okay je lah," aku mendukung Jin dan meletakkanya di dakapan aku. Badan belakangnya diusap perlahan.

[C] BTS KiddoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang