Jimin bangun dari pembaringannya. Setelah 2 jam terlentang di atas katil gara-gara terlalu mengantuk di dalam kereta kerana susah nak terlelap akibat keadaan kereta yang bergegar.
Sebab tulah sampai rumah terus terlentang atas katil. Pintu dibuka dengan perlahan bersama kantuk masih tersisa.
Kreek..
Tangga bercorakkan segi empat tepat dipijak satu persatu dengan berhati-hati. Pemegang di bahagian tepi khas untuk kanak-kanak dipegang oleh Jimin.
Keadaan ruang tamu yang tiba-tiba menjadi seram. Jimin menuruni tangga dengan perlahan-lahan sambil matanya melilau mencari adik-beradiknya yang lain.
Apabila simen dipijak, serta merta langkahnya turut terhenti. Matanya masih memandang ke arah ruang tamu rumah yang didiaminya.
"Hyung!" teriak Jimin dari arah tangga. Dia masih tidak berganjak dari pendiriannya. Hanya lampu di bahagian tangga saja terpasang. Nak dibuka lampu tak sampai pula.
Baru aku sedar betapa payahnya jadi orang rendah ni.
"Noona!" panggil Jimin buat kali kedua. Senyap. Masih tiada sahutan. Jimin mulai resah. Tetapi dia tekad untuk mencari mereka di dalam gelap gelita ruang tamu itu.
Jimin meraba raba dinding supaya dia tahu dia berada di kawasan mana. Semua kawasan dia meraba tetapi tiada hasil. Perbuatannya hanyalah sia-sia.
"Chimchim!" jerit seseorang. Tetapi berbunyikan seperti berbisik. Jimin memandang ke kanan dan ke kiri bersilih ganti.
"Korang janganlah main-main," rayu Jimin. Dia berputus asa di dalam gelap ketiadaan sebarang cahaya itu.
Tiba-tiba mulut Jimin ditekup. Matanya dibalut dengan kain berwarna hitam. Mungkin. Tangannya dipegang oleh beberapa orang. Gaya culik pun ada.
"Lepas! Ssk.." disebabkan mulutnya ditekup menyebabkan dia susah untuk meminta pertolongan. Badannya semakin lemah. Dia dipegang oleh 6 tangan. Jimin seakan-akan hendak menangis.
Tetapi tidak. Dia kuat. Dia tahu dia perlu tempuh semua tu. Jimin ditarik oleh 'mereka'. Sungguh, Jimin tidak dapat mengesan ke mana mereka membawa Jimin. Dia hanya menuruti tanpa sebarang protes.
Jimin dibiarkan berdiri di suatu tempat. Mereka sudah mula merenggangkan pemegangan mereka pada Jimin.
"Dah," sejurus itu, mulut Jimin yang ditekup itu terus dibuka. Jimin hanya menarik nafas lega. Tetapi nafas leganya ada sedikit tangisan kerana takut 'mereka' berbuat benda jahat. Kain yang berada di mata Jimin direnggangkan dengan perlahan. Perlahan-lahan mata Jimin dibuka. Dia masih di dalam kegelapan. Dia menoleh ke arah suatu sudut apabila terdengar sesuatu.
Tiba-tiba lilin dinyalakan satu persatu.
"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Chimchim, happy birthday to you," Namjoon memegang kek dan dikelilingi dengan adik beradiknya yang lain.
Jimin menutup mulut kerana terharu. Sibuk mana pun mereka, mereka masih ingat akan kelahirannya pada 13 Oktober. Lampu dibuka oleh aku. Terus aku mendapatkan Jimin. Badan kecil Jimin dipeluk aku dari arah belakang.
"Saengil chukkahae Chimchim," ucapku di telinganya. Dia hanya tersenyum sambil air matanya bergenang lalu berlinangan di pipi.
"Chim, janganlah menangis. Tak bestlah," Jungkook mendapati Jimin mengusap air matanya.
"Chim nangislah!" Hoseok terus memeluk Jimin sambil mengangkatnya. Kemudian diletakkan kembali ke bawah.
"Sanggup korang culik Chim kan," Jimin memulakan bicaranya. Terus galak aku dan yang lain kecuali Jimin ketawa dengan perkataan yang dikeluarkan olehnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] BTS Kiddo
Teen Fiction+sumpah perangai diorang cam lahnot "korang memang pernah makan penampo ke?" Start; 111216 End; 110217 #HighestRanking 55 in Teen Fiction