抖阴社区

??? ?

492 60 20
                                    

Sebelum baca,
excuse my story
bcs dah makin
jauh ke dalam
lautan yang luas~

--

Jackson memasuki rumah yang didiami oleh aku dan adik-adik sepupu aku. Dia melangkah masuk apabila pintu tidak terkunci dan tiada orang di sekitar rumah mahupun di ruang tamu.

"Sayang..?" panggilnya sedikit menggoda.

Tak tergoda langsung bagi aku!

"Mana korang? Memang nak main sorok-sorok dengan aku eh?" Jackson tersenyum senget. Dia mengeluarkan pisau dari dalam poket kotnya.

"Oh tiada sahutan. Diam bermakna ya," dia ketawa kecil di hujung percakapannya.

"Tunggu aku eh? Korang yang ajak aku bermainkan?" Jackson mula mencari di sekitar ruang tamu, dapur, bilik air dan stor.

Tiada.

HAHAHAHAHAHAHA PADAN MUKA.

"Pandai ya korang menyorok. Korang takkan terlepas dari aku," Jackson menaiki tangga satu persatu dengan senyuman sinis.

Tiba-tiba, seekor tikus mainan kecil dipasangkan oleh Yoongi berjalan jatuh ke tangga. Ikut rancangan, boleh melambatkan masa Jackson.

"Oh mak kau tanjat!" latah Jackson. Dia terhinjut sedikit sambil memegang dada.

Aku bersama mereka berlapan termasuk Mark tergelak hingga menampakkan gigi kerana menahan dari ketawa mengeluarkan bunyi.

"Saja je ya buat aku tanjat? Meh aku buat korang tanjat nanti," Jackson mula melangkah besar menaiki tangga.

Sampai di tingkat atas,

KOSONG HAHAHAHAHAHAH

"Aku tahu korang kat sini," Jackson memasuki bilik Jin, Namjoon dan Yoongi. Namun, masih kosong.

Terdengar sedikit keluhan. Mengalah la tu?

"Aish korang memang buat angin aku makin tak baik!" Jackson berjalan menghentak kaki menuju ke bilik di sebelah hujung.

Apabila tangannya menolak daun pintu, kepalanya diketuk sesuatu dari arah belakang.

"WOI!" terus Jackson berpaling ke arah belakang sambil memegang kepalanya. Namun orang yang mengetuk itu lebih pantas darinya untuk menyelamatkan diri.

"Kau ingat kau menyorok kau boleh selamat?!" tengkingnya apabila sudah naik angin.

Jackson kembali membuka daun pintu perlahan-lahan. Kemudian ada sesuatu tergantung menuju ke arahnya.

Ianya cat!

Pang!

Bekas cat terkena pada dahi Jackson. Terus dia jatuh rebah di atas lantai. Punggungnya tersentak dilantai menyebabkan dia susah untuk bangun.

Dia kembali bangkit. Kemudian pisau ditangannya digenggam kembali erat. Dia sudah mula makin teliti dengan pergerakkan di sekelilingnya.

Aku yang menyorok di sebelah baju di tepi dinding perlahan-lahan keluar. Kayu besbol diangkat tinggi dan dihayunkan laju.

[C] BTS KiddoTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang