dont forget to vote &
leave comments :)
--Taehyung terkedu apabila dia memanggil nama pengacaunya adalah salah. Mata Jimin dikerdip-kerdipkan kerana namanya dipanggil dengan begitu kasar dan kuat.
Sedangkan dia bersama abangnya menyusun puzzle yang berselerak. Mata semua tertumpu ke arah Taehyung.
"Tae kau kenapa?" Yoongi bertanya sambil perlahan-lahan berjalan ke arah mereka berdua.
"Kau pesal hah jerit nama aku kat Kookie? Aku dok elok je dengan hyung main puzzle. Siap gelak-gelak lagi yang kau tetiba panggil nama aku pasal?" hurai Jimin panjang lebar. Jungkook tadi berada di sisi Taehyung terus beralih pada Jimin.
"Tae kenapa jerit dekat Kookie tadi?" soalku kerana terkejut.
Kacau line ajelah. Aku baru je terlelap. Dahlah mimpi aku kahwin dengan Jungkook dalam mv apa namanya itu?
Blood Sweater Teers? Bloody Tears?
"A..a..maksud Tae, Park Jimin sebab..nama dia unik sangat.."
"Otak engkaulah nama aku unik!" Jimin menjeling Taehyung. Dahlah mata sepet ada hati nak main jeling-jeling.
"Ouch!" adu Taehyung sambil meletakkan tangannya di atas kepala. Laju sahaja tangan Jimin mendarat atas kepala dia. Bukan darat slow-slow, darat kemain kasar.
Aku menghampiri mereka yang berkerumun. Haihlah kalau sehari tak buat noona pergi kat korang tak sah ye?
"Eish dah dah korang. Cepat salam. Kita in live peace," ha bukan selalu aku dok speaking speaking ni.
"In live peace?" soal Yoongi. Meletup sahaja ketawa dia yang sampai nampak gusi tu. Aku menjeling Yoongi tajam.
Sampai hati kau gelak kan aku eh budak mumia.
Mumia sebab kulit dia putih kalah aku.
"Live in peace lah noona," Namjoon menbetulkan english aku. Hua dia pun sama tak nak backup aku!
"Tch dah lah. Yang masalahnya Kookie, Tae dan Chim. Bukan noona dengan Yoongi hyung," Hoseok menyelit sambil bercekak pinggang.
Aku, Yoongi dan Namjoon menjeling Hoseok sekilas. Yoongi tadi tak henti gelak terus berhenti sambil jeling Hoseok.
"Tae salamlah dengan Kookie dan Chim," Jin pula yang tadi senyap memulakan bait bicaranya.
"Tak naklah," Kookie menyorok belakang Jimin sambil menguis-nguis jari kakinya pada carpet.
"Tah Chim pun tak nak," laju saja Jimin mengiyakan Jungkook, adik tersayangnya. Dia kemudian memegang tangan Yoongi erat. Yoongi hanya membalas tanpa berkata apa-apa.
Haih tak boleh ni tengok dorang. Kalau gaduh sampai ke besar macam mana oii?
"Ala Tae salam--"
"Korang salam noona beli aiskrim dua sorang,"
Cepat saja Jin memotong percakapan aku. Kurang hajor tol.
"Ha betul tu," aku mengangguk dan tersenyum.
"Eh?" senyuman aku serta merta mati sambil memandang ke arah Jin. Kejap dia kata..
Aiskrim dua sorang..?
APA PUNYA DUGAAN AKU DAPAT NI???????
"Aiskrim? Jinjja?!" tanya Taehyung, Jimin dan Jungkook serentak.
"Ah nae jinjja," aku senyum baris. Pokai habis aku dengan membeli ais krim untuk diorang.
Diorang ni bukan beli yang aiskrim batang tu. Entah kenapa bab-bab aiskrim cita rasa diorang pelik semacam sampai pilih yang aiskrim kon yang mahal hingga RM4 lebih.
Kalau harga dekat Malaysia lah.
Dahlah kena beli 2 sorang ya tuhan..
Jimin terus pecut dengan Jungkook ke arah Taehyung sambil mengeluarkan tangan untuk bersalam. Begitu juga dengan Taehyung dengan kelam kabut.
Ya tuhan, selamatkanlah duit aku.
"YAY DAH SALAM!!!!!!" sorak mereka bertiga gembira.
***
Aku memerhati seorang demi seorang adik-adik aku ni yang sedang rakus makan aiskrim.
Haihlah, rip my money.
"Chim, hyung nak sikit," Hoseok meminta sedikit aiskrim Jimin.
"Nah," Jimin menghulurkan aiskrimnya kepada Hoseok. Hoseok terus memakannya sedikit.
"Sedaplah Chim punya!! Kenapa Hobi tak pilih yang tu tadi?" rungut Hoseok sambil memandang kon aiskrimnya yang hanya tinggal separuh saja lagi.
"Bak sini aku habis kan," Yoongi menarik kon aiskrim berperisa vanilla milik Hoseok.
"Eh tak buleh tak buleh," Hoseok menarik kembali batang aiskrimnya dan serta merta dia menjaringkan gol aiskrim ke dalam mulutnya.
"Tadi merungut patu makan jugak heh," Yoongi menjeling.
"Paboya," tambahnya lagi tetapi dengan nada sedikit perlahan. Yoongi menjilat aiskrim dengan penuh selera.
"Weh Joon kau tak nak ke aiskrim satu lagi tu?" tanya Hoseok sambil memandang ke arah Namjoon yang sedang bermain telefon.
"Mestilah nak. Tapi Joon tak nak makan sekarang, takut dalam badan sejuk nanti sintom-sintom dalam badan pulak lemah. Demamlah jawabnya nanti," Namjoon memberitahu sebabnya sambil menscroll account twitternya.
Hoseok mengeluh. Kadang dia bercakap sendirian juga. Aku pun tak tahu apa yang dicakapnya.
"Hyung buat apa tu?" Jungkook tiba-tiba datang menyergah Namjoon sambil menjilat aiskrim di tangan.
"Tengok twitter ni ha,"
"Uyyo Joon dah ada twitter. Followlah noona," aku tiba-tiba menyampuk.
"Arraso,"
Tiba-tiba bunyi notification aku berbunyi.
@KimNamjoon followed you!
Wah lajunya! Aku terus menekan notification itu.
Tak boleh lambat lagi ke internet ni? Setelah 15 saat menunggu loading, segala profile Namjoon keluar.
"WAH 100 FOLLOWING AND 100K FOLLOWERS!!"
Terkejut beruk aku bila tengok profile tu gambar Namjoon dan adik-adiknya bersama aku. Berbulat besar mata aku tengok followers dia berbanding aku yang hanya
123 followers termasuk Namjoon yang baru sahaja follow aku.
"Joon buat apa sampai ber-k followers ni ha?" aku masih tidak percaya.
"Entah. Joon kan terkenal. Ini Kim Namjoon aka Rap Monster. Siapa tak kenal?" Namjoon mengeluarkan muka acah dia tu.
"Promote noona tau Joon!"
Bukan selalu kena promote ni teehee.
--
-dont forget to vote&comment
mianhae lambat update 😭

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] BTS Kiddo
Teen Fiction+sumpah perangai diorang cam lahnot "korang memang pernah makan penampo ke?" Start; 111216 End; 110217 #HighestRanking 55 in Teen Fiction