warning: part awal membosankan but untuk tau jalan cerita, you have to read from the very start... Bahasa bercampur maafkanlah. :)
-kelas-
Dengan nada yang dihaluskan, Puan Jang memulakan sesi mengajar. "Today, we will start our class, with some quizzes" terang Puan Jang.
"Saya pilih lari padang!" usul Sungjae berani.
"Baiklah. Seperti yang awak minta, semua sekali lari 10 pusingan padang sekarang!" Arah Puan Jang dengan nada yang ditinggikan. Semua pelajar beredar ke padang seperti yang diarahkan.
"Tamatkan 10 pusingan dalam 20 minit atau semua sekali ke bilik disiplin!" Jerit Puan Jang daripada tingkat 2 bangunan sekolah itu.
Padang mula dipenuhi dengan gelak tawa dan suara para pelajar bersembang. Matahari yang terik terus memancar dan membuatkan beberapa pelajar semakin penat dan membuat keputusan untuk berehat dibawah pohon rendang berdekatan padang.
"Hey, tengok tu" arah YooA sambil menunjuk kearah Bomi dan Jinyoung yang sedang berlari bersama.
"Sweet nya dorang" jelas Kei sambil menongkat dagu.
"Woi! U ni group mana?" tanya Naeun geram.
"Ha? Sorry" pinta Kei. Kei sememangnya terkenal dengan perangai yang terkadang agak 'dumbest' itu. Mungkin dirinya dianggap 'kasar' dan jahat kerana berada dalam kumpulan tersebut, namun realitinya adalah Kei tidak se'kejam' ahli-ahli kumpulannya yang lain.
Setelah 20 minit berlalu, mereka semua telah pun berjaya menamatkan larian. Baru sahaja hendak melabuhkan punggung, loceng yang menandakan rehat pun berbunyi. Semua pelajar tergesa-gesa untuk keluar. Seperti kebiasaan, Bomi akan ke bilik muzik di tingkat bawah untuk menghabiskan waktu rehat selama 30 minit.
-bilik muzik-
Jinyoung membawa dua botol susu berperisa strawberry ke bilik muzik di tingkat bawah. Jinyoung mengetuk pintu sebelum memasuki bilik tersebut. Dia amat mengenali Bomi yang tidak berapa gemar orang menerjahnya.
"Nah" Jinyoung menghulurkan susu tersebut kepada Bomi.
"Thank you" ucap Bomi seraya melemparkan senyuman manis buat Jinyoung. Mereka merupakan sahabat baik sejak 10 tahun yang lalu selepas mereka memasuki sekolah rendah yang sama.
Jinyoung memetik gitar manakala Bomi memainkan piano yang telah tersedia disitu. Alunan muzik yang dimainkan mereka sangat indah dan harmoni.
Mereka semamangnya terkenal dengan kepakaran muzik mereka. Tiada pelajar yang berani mengambil bahagian dalam mana-mana pertandingan yang diadakan jika nama 'Real King' berada dalam senarai nama peserta. Sehinggalah mereka tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana pertandingan yang diadakan disekolah tersebut.
Permainan mereka terhenti sebaik sahaja loceng menandakan berakhirnya tempoh rehat mereka dibunyikan. Mereka segera beredar meninggalkan bilik tersebut.
-kelas-
"Ok semua, hari ini akan ada pelajar baru yang akan menyertai kamu semua" terang Puan Jang seraya menunjuk kearah pelajar baru tersebut.
Pelajar-pelajar perempuan mula bersolek manakala pelajar lelaki tenang. Bomi yang tidak mengambil peduli, meneruskan penulisannya. Ya, Bomi bukanlah jenis yang suka mengambil kisah akan perkara-perkara seperti itu.
"Hai, nama saya Ilhoon" terang Ilhoon pendek apabila diarahkan untuk memperkenalkan diri oleh Puan Jang. Rupanya yang seakan ahli kumpulan idola itu berjaya menarik perhatian kumpulan 'Crystal A' yang sememangnya terkenal dengan sikap 'gedik' mereka.
"Kamu boleh duduk disebelah Bomi" arah Puan Jang.
Semua pelajar terkejut dan memandang sesama sendiri dengan tindakan Puan Jang yang meletakkan Ilhoo disebelah Bomi. Sejak kematian Jackson, sahabat baik Bomi 2 tahun lepas, tiada siapa yang berani duduk ditempat itu kerana dihalang oleh Jinyoung.
"Kenapa? Ada apa-apa yang tak kena ke?" Soal Puan Jang pelik dengan reaksi para pelajar.
Jinyoung dapat melihat bahawa Bomi tidak selesa dengan keadaan itu. Mata Jinyoung melilau mencari sekiranya ada tempat kosong yang lain. Namun usahanya sia-sia apabila tiada tempat kosong selain disebelah Bomi.
"Baiklah, saya akan menerangkan perihal kelas ini supaya kamu tidak menjejaskan reputasi kelas kami sebagai kelas terbaik 4 tahun berturut-turut. Pelajar-pelajar kelas ini terdiri daripada 50 pelajar terbaik BaekHo. Pelajar disebelah kamu merupakan pelajar terbaik BaekHo jadi saya berharap tiada masalah yang akan timbul" jelas Puan Jihyo sebelum memulakan sesi pembelajaran.
A/N:
Real King - kumpulan muzik yang ditubuhkan oleh Jinyoung dan hanya mempunyai 3 ahli iaitu Bomi, Ilhoon dan dirinya sendiri. Sering mendapat tempat pertama dalam semua pertandingan yang disertai membuatkan nama Real King dibenci oleh sebilangan pelajar BaekHo.
Thank you for reading :)

ANDA SEDANG MEMBACA
[?] SSBFA: SECRET (??) || JinMi & HoonMi
FanfictionBomi, Jinyoung dan Ilhoon merupakan sahabat baik dan sering menghabiskan waktu bersama. Jinyoung dan Bomi telah berkawan sejak kecil. Hubungan mereka lebih dari sekadar 'kawan baik' tetapi tidak memasuki tahap 'bercinta'. . . . . Dalam diam, Jiny...