-bilik pengetua-
Puan Kim, Puan Han, Puan Vicky telah pun berada di bilik pengetua. Puan Jang selaku guru kelas juga turut berada di situ.Encik Park tidak dapat hadir atas urusan kerja.
Keadaan di bilik tersebut sangat tegang. Perbincangan telah pun dimulakan. Mereka semua mempertahankan anak masing-masing dan menyebabkan perbincangan tidak dapat berjalan dengan tenang dan lancar. Pengetua Son dan Puan Jang tidak dapat menghentikan mereka dan membuat keputusan untuk mendenda Bomi, Jinyoung, Jiho dan Naeun. ㅋㅋㅋ
Mereka berempat perlu melakukan kerja-kerja di BaekHo seperti menghidangkan makanan kepada pelajar-pelajar pada waktu rehat, mengemop keseluruhan bangunan dan menyiram pokok bunga di BaekHo's Garden selama seminggu.
Tiada seorang pun yang berani membantah. Selain itu, Mereka juga tidak dibenarkan untuk menggunakan bilik penyiaran, bilik muzik dan bilik latihan sehinggalah tamat tempoh dendaan.
_____________________
-BaekHo's Garden-
"unnie.... nah" Arin menghulurkan air kepada Bomi, Jinyoung dan Jiho dengan senyuman. Arin ditugaskan oleh Puan Jang untuk memberikan air kepada mereka berempat.
"nah!" Arin menghulur dengan kasar dan sempat menjeling Naeun sebelum beredar. Arin sangat membenci Naeun kerana padanya Naeun adalah raksasa yang sering mengganggu kakaknya. kahkahkah
"woi! nak aku tolong tak?" tanya Ilhoon tiba-tiba.
"haaa nah ambik ni... siram semua tu" Jinyoung sesuka hati memanfaatkan kebaikan Ilhoon haha!
"woi agak-agak lah! nah ambik ni!" Ilhoon dengan pantas 'menyiram' Jinyoung terlebih dahulu. Jinyoung berlari ke belakang Bomi untuk berlindung dan akhirnya ketiga-tiga mereka basah lenjun.
Oleh sebab baju mereka telah pun basah, mereka teruskan bermain dan melupakan tugas sebenar mereka.
Jiho dan Naeun tetap meneruskan kerja mereka walaupun agak terganggu dengan suara Bomi, Jinyoung dan Ilhoon yang boleh dikatakan kuat.
Selepas penat bermain, mereka bertiga berehat di bawah salah satu pokok yang ada di kebun tersebut.
××skip××
Disaat semua pelajar sedang sibuk belajar, Bomi, Jinyoung, Jiho dan Naeun terpaksa mengemop lantai. Jiho dan Jinyoung mengemop di tingkat bawah, Bomi di tingkat satu dan Naeun di tingkat 2.
"Still love her?" tiba-tiba Jiho bertanya.
"hmmm?"
"Bomi... kau still suka dia?"
"ahhh~~~ Maybe....?" Jinyoung teragak-agak untuk menjawab pertanyaan Jiho.
Walaupun mereka telah berpisah, Jinyoung dan Jiho tidak memiliki apa-apa masalah antara satu sama lain. Jiho juga sebenarnya lebih rela menyokong hubungan Bomi dan Jinyoung berbanding melihat Jinyoung bersama dengan orang yang sangat dibencinya.
××skip××
Arin yang sedang belajar sempat melihat kakaknya sedang mengemop di luar.
"unnie.... mul?" Arin bertanya dengan suara yang sangat perlahan namun gerak bibirnya dapat dibaca.
Bomi menggeleng. Walaupun Arin bukanlah adik kandungnya, namun hubungan mereka tersangat rapat. Sebab itu jugalah Yein membenci Arin. Pada Yein, Arin telah merampas kakaknya.
__
-bilik muzik-
Pada masa yang sama, Ilhoon pula berasa bosan kerana dua kawannya tidak berada disitu. Walaupun dia masih mempunyai JaeBum, Sungjae dan Youngjae, dia tetap mahukan Bomi dan Jinyoung berada di situ bersamanya.
××skip××
Akhirnya, tempoh seminggu telah pun tamat. Mereka berempat tidak perlu melakukan kerja-kerja tersebut lagi dan dapat belajar seperti biasa.
A/N: Chapter pendek coz takde idea for this chapter haha! Sorry ^^
thank you for reading :)

ANDA SEDANG MEMBACA
[?] SSBFA: SECRET (??) || JinMi & HoonMi
FanfictionBomi, Jinyoung dan Ilhoon merupakan sahabat baik dan sering menghabiskan waktu bersama. Jinyoung dan Bomi telah berkawan sejak kecil. Hubungan mereka lebih dari sekadar 'kawan baik' tetapi tidak memasuki tahap 'bercinta'. . . . . Dalam diam, Jiny...