抖阴社区

Chapter 7: Return

79 19 11
                                    

-bilik muzik-

Hampir 3 minggu sejak Ilhoon tidak hadir ke sekolah. Bomi dan Jinyoung memutuskan untuk tidak meneruskan sesi temubual dan memberikan title tersebut kepada Crystal A.

"hi" satu suara menegur mereka dari belakang. Bomi dan Jinyoung yang terkejut terus memandang belakang.

"Ilhoon-ah!!!!!!!!!!!" Bomi yang terlalu terkejut dan gembira terus berlari ke arah Ilhoon dan memeluknya. Ilhoon yang terkejut dengan tindakan Bomi terus membalas pelukan sahabatnya tersebut.

Jinyoung terdiam kerana walaupun mereka telah bersama selama lebih 8 tahun, Bomi tidak pernah memeluknya sebagaimana dia memeluk Ilhoon.

"baru sekarang reti nak datang sekolah?" tanya Jinyoung sedikit marah apabila Ilhoon tidak hadir ke sekolah selama 3 minggu dan tidak menghubungi mereka dalam tempoh masa tersebut.

"mian..." jawab Ilhoon tersengih.

"dah lah. Jom masuk kelas" ajak Jinyoung apabila melihatkan jam di tangan telah pun menunjukkan waktu rehat telah pun tamat.

××skip××

-kelas-

Puan Goo, guru muzik mereka memberi tugasan dimana mereka perlu menulis semula beberapa lagu popular dan mereka juga perlu mempersembahkan hasil lagu yang telah mereka ubah di hadapan kelas. Tugasan tersebut perlu dilakukan secara berpasangan.

"rakan yang duduk di sebelah kamu akan menjadi pasangan kamu" terang Puan Goo.

"Jinyoung, siapa pasangan kamu?" tanya Puan Goo apabila dia mendapati Jinyoung tidak mempunyai pasangan.

"saya ssaem!" jerit Naeun sambil berjalan ke arah Jinyoung dengan buku di tangan. Jinyoung tidak dapat menolak apabila Naeun dengan pantas duduk di sebelahnya.

Bomi dan Ilhoon hanya mampu melihat. Beberapa pelajar perempuan pula bergosip sesama sendiri.

"baiklah. Sila siapkan sebelum minggu hadapan" arah Puan Goo sebelum keluar meninggalkan mereka.

Dikala yang lain sedang sibuk membincangkan tentang tugasan mereka, Jinyoung hanya memandang Ilhoon dan Bomi yang terlihat sangat mesra.

"do you hear me?" tanya Naeun sambil mencucuk pipi Jinyoung menggunakan pen.

"huh? what?" tanya Jinyoung sedikit terkejut apabila merasakan ada sesuatu di pipinya.

"you tak dengar apa I cakap?" tanya Naeun geram apabila Jinyoung tidak memberi perhatian saat dia menerangkan apa yang perlu dibuat berkenaan tugasan tersebut.

"mian" ucap Jinyoung lembut.

"gwaenchana" jawab Naeun gembira. Itu merupakan kali pertama Jinyoung bercakap dengannya dengan nada yang lembut. Selama ini dia hanya mampu melihat Jinyoung bercakap menggunakan nada tersebut apabila bersama dengan Bomi sahaja.

Walaupun terpaksa, Jinyoung tetap memberikan kerjasama dan melayan Naeun.

××skip××

-rooftop-

**malam**

Bomi dan Ilhoon rancang untuk berjumpa pada waktu malam untuk membincangkan tentang tugasan yang diberikan oleh Puan Goo.

telefon Bomi berbunyi menandakan ada mesej baru masuk.

eodi? - Jinyoung

Rooftop - Bomi

dengan Ilhoon? - Jinyoung

yups - Bomi

nak join? - Bomi

No Thanks... - Jinyoung

ok then.. Good night - Bomi

Good night - Jinyoung

Bomi dan Ilhoon meneruskan sesi perbincangan mereka. Mereka terlihat sangat mesra.

Setelah lebih kurang 2 jam, akhirnya mereka memutuskan untuk balik ke bilik masing-masing.

____________________

-bilik muzik baru-

**hari persembahan**

"Jadi... semua dah ready?" soal Puan Goo.

"Dah ssaem!!!!"

Selepas Hyojung dan Youngjae, tibalah giliran Bomi dan Ilhoon.

"YooA yah,,, jealous?" tanya Kei sengaja ingin membuat YooA cemburu kerana Kei tahu YooA sangat menyukai Ilhoon.

"shut up"

××skip××

Selepas persembahan Bomi dan Ilhoon berakhir, Naeun tiba-tiba menawarkan diri untuk menjadi yang seterusnya. Naeun dengan selamba menarik tangan Jinyoung dan menuju ke hadapan.

Beberapa pelajar menunjukkan muka meluat apabila melihat Naeun.

"yuhuu!!!! Naeun! Naeun!" Kei bersorak dengan kuat sehingga semua mata tertumpu kepadanya. YooA yang malu dengan tindakan rakannya itu menarik Kei dan memaksanya duduk.

Semasa membuat persembahan, Jinyoung hanya memandang lantai. Namun, ketika menyanyikan bahagian 'After that day, I was determined that I never want to lose you from my embrace' Jinyoung hanya memandang Bomi.

Naeun yang perasan akan hal itu terus memegang tangan Jinyoung dan teruskan menyanyi seperti tiada apa yang berlaku. Dan sangat mengejutkan apabila Jinyoung hanya membiarkan dan teruskan menyanyi. Kelas menjadi hangat dengan moment 'pasangan' tersebut.

××skip××

**rehat**

Kantin agak kecoh apabila para pelajar sibuk membicarakan perihal apa yang terjadi di dalam kelas muzik tadi. Salah seorang pelajar berjaya merakam dan memuat naik video saat-saat 'romantik' Jinyoung dan Naeun.

"oppa! apa ni?" soal Arin yang baru sahaja tiba sambil menghulurkan iPadnya.

Jinyoung hanya mampu mengeluh

"Arin-ah..."

"nae unnie.... mian" Arin pergi dengan muka kecewa kerana Arin sangat menginginkan Jinyoung dan Bomi bersama.

______________________

-kelas-

Pagi itu, kelas tiba-tiba menjadi riuh. Pelajar-pelajar sibuk membincangkan tentang pelajar baru dari luar negara yang akan masuk ke kelas mereka.

Bomi dan Jinyoung telah pun tahu gerangan 'pelajar baru' tersebut. Crystal A juga telah pun tahu dan sangat mengenali pelajar baru itu. Lebih mengejutkan lagi, hampir semua pelajar BaekHo mengenalinya.

...






A/N: 'After that day, I was determined that I never want to lose you from my embrace' - Love Letter by Vixx

Thank you for reading :)

[?] SSBFA: SECRET (??) || JinMi & HoonMiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang