抖阴社区

Special II: Epilogue

85 20 0
                                    

[refer Chapter 16]

Encik Yoon tidak berputus asa dan teruskan memujuk. Setiap hari encik Yoon akan cuba untuk bercakap dengan Bomi dan mencari jalan untuk membuat Bomi memaafkannya.

Bomi sedar akan hal itu namun dia masih tidak mampu memaafkan bapanya. 10 tahun bukanlah sekejap.

Sehinggalah satu hari, Puan Kim dan encik Yoon mengarahkan Dujun, Bomi, Yein dan Arin untuk berkumpul di ruang tamu. Mereka membuat keputusan untuk menyelesaikan segalanya.

Bomi akhirnya berlembut hati dan memaafkan Puan Kim dan encik Yoon walaupun sukar untuknya membuat keputusan tersebut.

Akhirnya, keluarga mereka dapat hidup bahagia. Encik Yoon berpindah semula ke rumah mereka. Yein juga perlahan-lahan dapat menerima kenyataan bahawa Arin adalah ahli keluarganya. Kini Arin dan Yein semakin rapat dan sering menghabiskan waktu bersama.

_______________________




Selepas dibuang dari Baekho, Naeun terpaksa mengikut Puan Vicky berpindah ke Jepun dan menetap di sana untuk beberapa tahun. Naeun juga meneruskan minatnya dalam bidang muzik dengan mengambil kelas muzik di Jepun.

YooA pula dihantar ke Jeju oleh ibu bapanya dan tinggal disana bersama neneknya. YooA tidak dibenarkan kembali ke Seoul sehinggalah dia menjadi lebih matang dan berhenti menimbulkan masalah.

Naeun dan YooA tidak lagi berhubung kerana YooA tidak dibenarkan menggunakan 'handphone' dan Naeun telah pun menukar nombornya.



_______________________



Walaupun telah berpindah, Ilhoon, Jinyoung dan Bomi masih sering berhubung. Kerana kesibukan Ilhoon, mereka hanya berhubung melalui emel dan panggilan video. Tu pun seminggu sekali.

Dia tahu tentang rancangan Bomi dan Jinyoung untuk membuka kafe dan dia meminta mereka menunggunya di kafe tersebut. Bomi juga meminta cadangan Ilhoon untuk menamakan kafe mereka.

Ilhoon akan kembali ke Korea setelah tamat belajar dan akan membantu Bomi dan Jinyoung dalam menguruskan kafe mereka.



_______________________



Setelah lebih kurang 2 tahun, pengetua Son meminta Jiho kembali ke BaekHo. Bukan sebagai pelajar tetapi sebagai tenaga pelajar pasukan sorak. Jiho akan menjadi pembantu Puan Goo dalam menguruskan pasukan sorak BaekHo.

Jiho menerima tawaran tersebut kerana padanya BaekHo merupakan sebuah 'tempat' yang sangat bermakna dalam hidupnya dan dia tidak mahu melepaskan peluang tersebut.

Jiho juga membantu Jinyoung dan Bomi di kafe mereka jika dia mempunyai masa lapang.


___________________________


Impian Bomi dan Jinyoung untuk memiliki sebuah kafe akhirnya menjadi kenyataan. Mereka membuat keputusan untuk mengambil Yein dan Arin sebagai pekerja kafe tersebut.

Arin dan Yein akan datang ke kafe sebaik sahaja tamat waktu persekolahan. Walaupun pada mulanya Puan Kim dan encik Yoon tidak membenarkan, namun atas pujukan Bomi akhirnya mereka mengizinkan.

Kafe tersebut sangat terkenal di kejiranan itu. Pengetua Son, Puan Jang, Puan Goo dan Encik Jihoon sering mengunjungi kafe mereka. Terdapat juga bekas pelajar-pelajar BaekHo yang menjadi pelanggan tetap.

___________________________


Kei menjadi presiden untuk reunion kelas mereka yang akan diadakan di kafe Bomi dan Jinyoung.

Reunion mereka akan diadakan selepas Ilhoon kembali ke Korea. Walau bagaimanapun, Naeun dan YooA tidak dapat menyertai reunion tersebut.


______________________________




- THE END -

[?] SSBFA: SECRET (??) || JinMi & HoonMiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang