抖阴社区

Chapter 3: Wanna Be

108 22 0
                                    


-bilik pengetua-

**Perbincangan selesai**

Bomi, Jinyoung dan Naeun diarahkan membersihkan dewan setiap hari bersama-sama sebagai denda atas tindakan berani mereka.

Bomi risau kerana peperiksaan semakin hampir namun dia harus melakukan denda yang diberikan. Ilhoon sangat risau prestasi Bomi akan terjejas.

Kepada pelajar yang percaya video tersebut adalah palsu, sila turunkan tanda tangan anda disini - email by Ilhoon.

Sebaik sahaja email tersebut dihantar, Ilhoon telah menerima beberapa tanda tangan dan juga kata-kata semangat untuk Bomi dan Jinyoung.

Ilhoon terkejut apabila mendapati salah seorang yang memberikan tanda tangan adalah Puan Goo, guru muzik mereka.

Bomi, Jinyoung dan Naeun tidak tahu akan perkara tersebut.

Setelah siap print, Ilhoon menghantar salinan tersebut kepada Pengetua Son.

"Kami nak Bomi dan Jinyoung dibatalkan dari dendaan?" berkerut dahi Pengetua Son membaca kertas yang diberikan. 'aik,,, protes ke ni??' tanya Pengetua Son dalam hati.

××skip××

Bomi dan Jinyoung dibebaskan daripada dendaan, manakala Naeun pula perlu meneruskan baki dendaan yang tersisa.

"Thank you" ucap Bomi sambil tersenyum.

"sebagai reward, aku nak kau ajar aku" pinta Ilhoon

"Aku jugak" Jinyoung mencelah sebelum mereka ketawa serentak.

______________________

Malam itu, mereka belajar bersama di dapur kerana tidak mahu mengganggu pelajar lain.

××skip××

**Peperiksaan sedang dijalankan**

Semasa Bomi sedang fokus menjawab, Jinyoung hanya bermain dengan pen di tangannya. Sesekali pennya terjatuh dan menghasilkan bunyi bising.

"Shhh" Bomi memberi isyarat diam kepada Jinyoung namun tidak diendahkannya.

"Park Jinyoung!" Lantang Bomi bersuara dengan muka yang agak di'garang'kan.

Peperiksaan berlangsung selama 3 jam 30 minit namun Jinyoung hanya mengambil masa selama 30 minit untuk menjawab dan itu adalah sebab utama Jinyoung menduduki tempat ke-44.

××Skip××

Minggu peperiksaan telah pun tamat dan semua pelajar dibenarkan bercuti selama 2 minggu. Namun begitu, ada juga pelajar yang memilih untuk tinggal di hostel berbanding pulang ke rumah.

"Kau balik ke?" soal Ilhoon kepada Bomi.

"nope. Kau balik pukul berapa?" Bomi menyoal semula.

"Kalau kau tak balik, aku pun tak nak balik lah. Hehe"

"aku pun" Jinyoung turut serta dalam perbualan dua sahabatnya itu.

"Mengada lah korang ni."

"Eh apsal pulak? Lagipun dekat rumah bukan aku boleh buat apa pun" jelas Jinyoung

"Cuti ni follow Jihoon ssaem nak?" cadang Bomi.

"Ok jugak tu. Tapi, kita je ke?"

"ada lagi beberapa pelajar..." jawab Bomi. Seingatnya, Encik Jihoon dan Puan Jang ada membuat pengumuman tentang perkemahan yang akan diadakan selepas peperiksaan.

"Bomi!" panggil Doojoon dari belakang mengejutkan mereka bertiga yang sedang asyik berbual.

"Oppa!" sahut Bomi.

[?] SSBFA: SECRET (??) || JinMi & HoonMiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang