Izz tergesa gesa menuju ke kelas. Matanya melilau mencari kelibat Aisyah tetapi tiada. Dia harus berjumpa dengan Aisyah dan meminta maaf!
Pandangan Izz tertumpu pada Mona dan Iwan yg berada di pondok kecil di taman bunga itu. Dia berlari anak menuju ke arah mereka berdua.
"Mona.." panggil Izz perlahan
Mona yg sedang bergelak ketawa dengan Iwan sesaat tadi mula berubah mukanya apabila melihat Izz didepannya.
"Haa.. kau nak apa ?" kata Mona malas
"Aisyah mana? Dah seminggu aku tak nampak kelibat dia. Aku call dia tak angkat" kata Izz
"Eh kau kenapa nak ambik kisah pasal budak nerd yg kau dah malukan depan orang ramai tu heh?" perli Mona
"Aku tahu aku salah. Sebab tu aku nak jumpa dia. Aku nak mintak maaf dengan dia. Aku tahu aku x patut buat dia mcm tu!" kata Izz sedikit kuat.
Mona mula bengang apabila Izz meninggikan suaranya itu. Dia bangun dan mendekati Izz dengan pandangan tajamnya.
"Hey kau dengar sini eh. Kau ingat lepas apa kau buat kat dia haritu kau boleh mintak maaf mcm tu je? Kau rasa kau besar sangat ke sbb pangkat kau kt sekolah ni?! Kau rasa kau hebat sangat ke bila semua suka kat kat sini?! Aku paling benci jantan macam kau ni!!" jerit Mona kuat.
Izz terkaku di tempatnya. Hatinya sedikit terluka mendengar kata kata pedas Mona itu. Dia baru sedar semua tu. Dia terlalu angkuh selama ni!
Iwan menarik lengan Mona ke belakang dan menenangkan Mona yg mula berair matanya itu. Iwan memandang Izz yg membisu itu.
"Izz. Aku rasa kau takkan jumpa Aisyah dah.." kata Iwan perlahan
"Apa maksud kau..?" kata Izz hairan.
"Aisyah dah berhenti sekolah. Dia dah tak ada kat Malaysia.." kata Mona perlahan
Izz tergamam mendengar kata kata Mona itu.
"Dia..pergi mana..?" tanya Izz sayu.
"Aku taktahu. Dia x bagitahu aku apa apa. Kalau kau tak ikutkan cakap si Lisa haritu. Semua ni takkan jadi.." kata Mona sinis.
Mona mula beredar dari situ tetapi dia menghentikan langkahnya dan memandang Izz.
"Aku harap perasaan rasa bersalah kau tu akan menghukum kau selagi kau tak terima kemaafan dari Erina Aisyah.." kata Mona dan berlalu dari situ.
Iwan memandang Izz yg menundukkan kepalanya itu. Terpancar kelukaan dan kecewa di muka Izz. Izz.. terlajak perahu boleh diundur.. tetapi kalau dah terlajak kata.. binasa.. kata Iwan dalam hati sambil mengelengkan kepalanya..

ANDA SEDANG MEMBACA
Miss Nerd & Encik Berlagak!
RomanceAisyah dan Izz Irfan. Sebut je nama mereka dua ni, satu sekolah sudah tahu hubungan dingin mereka kerana mereka sering bergaduh dan mengenakan antara satu sama lain. Izz Irfan. Pelajar popular dan juga pengawas sekolah yang dedikasi kononnya. Dia j...