Izz memandang Aisyah lama. Tidak sangka Aisyah anak Dato Syarif, kawan baik papanya."Haa Izz sampai pun kamu!" kata Dato Hisham
Izz menuju ke arah Dato Syarif dan menyalam tangannya. Matanya masih memandang ke arah Aisyah.
"Amboi Izz, tak elok tenung anak dara orang lama lama" kata Datin Suzi
Muka Izz mula kemerahan apabila perbuatannya itu ditangkap oleh mamanya. Mereka semua mula tergelak melihat reaksi Izz itu. Izz memandang Aisyah yang merah mukanya itu. Dia tersenyum kecil.
Tepukan dibahunya itu mengalihkan perhatian Izz. Izz memandang Ammar yang tersenyum padanya dengan pandangan tajam. Izz berdeham membetulkan tekaknya yg kering tiba tiba itu.
"Eh jom la kita makan. Sejuk makanan nanti" kata Datin Hazira
Mereka semua mula beredar menuju ke ruang makan. Izz berjalan seriring dengan Aisyah.
"I taktahu pun you anak perempuan Dato Syarif"
"I pun tak pernah tahu you anak Dato Hisham" balas Aisyah perlahan.
"You tak pernah tanya"
"Same with me then" kata Aisyah dan menjeling dirinya.
Aisyah mula meninggalkan Izz di belakang dan mengambil tempat di sebelah abangnya. Izz duduk di kerusi yang menghadap ke arah Aisyah.
"So Izz.. uncle dengar kamu berkerjasama dengan Aisyah tentang projek kamu kat Terengganu." kata Dato Syarif
"Ye Uncle. In sha allah minggu depan dah boleh start dah. Hotel pun hampir siap." kata Izz
Aisyah menjeling Izz. Izz yang perasan akan jelingan Aisyah tu mengenyit matanya dan tersenyum kecil. Aisyah mengalihkan pandangannya dan menjulingkan mata.
Datin Hazira dan Datin Suzi tersenyum melihat karenah mereka berdua itu.
"Eh makan la makanan tu. Dari tadi Mama tengok kamu berdua jeling menjeling ni" kata Datin Hazira
Izz tersenyum kecil manakala Aisyah memandang makananya dengan pipinya yang merah akibat perbuatannya ditangkap oleh mamanya.
"Macam berkenan je kamu berdua ni" kata Datin Suzi.
"Apa salahnya.." kata Izz perlahan.
Aisyah terkedu akan kata kata Izz itu. Izz hanya tersenyum kecil sambil menikmati makanannya.
"Aisyah nak ke toilet sekejap.." kata Aisyah dan bangun dari tempatnya.
"Banyak banyak orang, dia juga aku jumpa. Sekali kalau x jumpa tak boleh ke.." bebel Aisyah perlahan
"Tak boleh. I mana boleh kalau x nampak muka u sehari" kata Izz
Aisyah menoleh ke belakang sambil memegang dadanya, terkejut akan suara Izz yang tiba tiba muncul di belakangnya itu.
"Tak boleh tegur elok elok? You ni kenapa ikut i?"
"I mana ada ikut you. I pun nak pergi tandas juga. Tiba tiba terjumpa you kat sini"
"You nak apa sebenarnya Izz?"
Izz mendekati Aisyah perlahan. Aisyah melangkah kebelakang setapak. Izz tersenyum.
"You."
"Huh?"
"I nak you"
Aisyah kaku akan kata kata Izz yang drastik itu.
"Tapi i taknak you" kata Aisyah dan mula beredar dari situ.
"I tak akan give up ambil hati you, Aisyah. I takkan lepaskan peluang kedua ni.." kata Izz
Aisyah berhenti melangkah. Kata kata Izz itu kedengaran ikhlas. Dia memandang Izz sebelum bersuara.
"I already forgive you Izz but forget? No. Hati i masih sakit.." kata Aisyah perlahan.
"Aisyah.."
Aisyah beredar dari situ tanpa mendengar kata kata dari Izz. Tangannya digenggam kuat menahan air mata dari jatuh mengalir di pipinya.
Izz memandang kelibat Aisyah yang menghilang itu. Dia menolak rambutnya ke belakang sambil mengeluh perlahan.
'Aku akan rawat hati kau yang terluka itu Aisyah. Aku janji' katanya dalam hati.

ANDA SEDANG MEMBACA
Miss Nerd & Encik Berlagak!
RomanceAisyah dan Izz Irfan. Sebut je nama mereka dua ni, satu sekolah sudah tahu hubungan dingin mereka kerana mereka sering bergaduh dan mengenakan antara satu sama lain. Izz Irfan. Pelajar popular dan juga pengawas sekolah yang dedikasi kononnya. Dia j...