8 tahun kemudian..
Bunyi alarm di telefonnya menyedarkan Izz dari mimpi yg panjang. Izz bangun dari katil dan mengapai tuala di atas kerusi sebelum beredar menuju ke bilik air
"Along! Bangun! Dah pukul 8 ni!" jerit adiknya Miya di luar pintu biliknya
Izz membuka pintu bilik air sedikit
"Along dah bangun dah ni!" laung Izz kuat
Miya beredar dari situ dan menuju ke meja makan sambil bernyanyi kecil. Dato Hisham dan Datin Suzi hairan melihat anak bongsu mereka yg baik moodnya itu.
"Haa Miya.. girang hati papa tengok. Kamu kenapa? Along kamu tu dah kejut belum?" kata Dato Hisham.
"Hehe harini Miya tak ada kelas so Miya nak duduk rumah je harini. Haa Miya dah kejut along dah. Dia dah bangun" kata Miya sambil duduk disebelah mamanya.
Datin Suzi meletakkan pinggan di depan Miya. Dia memandang suaminya sebelum kedua dua mereka tersenyum.
"Patut la mama tengok kamu happy je. Ni mama dah masak mee goreng kegemaran kamu.." kata Datin Suzi
Miya tersenyum lebar melihat mee goreng kesukaannya itu. Cepat cepat dia menyenduk mee itu ke pinggan nya.
Izz yg baru turun tangga dan sudah bersiap dengan pakaian pejabatnya itu menuju ke arah mereka.
"Selamat pagi maa.. papa.." kata Izz dan duduk di kerusi berdekatan papanya itu
"Haa Izz selamat pagi. Awal kamu siap harini?" tanya Dato Hisham
"Izz ada meeting hari ni pa tentang pembinaan projek hotel yg kat terengganu tu" kata Izz sambil mengambil pinggan.
"So macam mana perkembangan terkini tentang projek tu?"
"So far so good pa. Alhamdulilah semua nya masih berjalan lancar." kata Izz
"Haih dah dah la tu cakap pasal kerja tu. Sekarang ni makan dulu nanti nanti jela sambung perbualan kamu tu" kata Datin Suzi
Izz memandang mamanya dan tersenyum kecil diikuti oleh papa dan adiknya. Mereka berempat bersarapan sambil berbual kecil.
Izz memasuki bangunan Grandview Holding yg mempunyai 20 tingkat itu.
Pekerja yg lalu disitu menundukkan kepala mereka sedikit sambil mengucapkan selamat pagi pada Izz. Izz menganggukkan kepalanya.
Punat lif ditekan dan Izz mula masuk ke dalam lif. Tingkat 20 ditekan. Izz membelek telefonnya sambil menunggu lif itu berhenti.
Izz menyimpan telefonnya dan berjalan keluar dari lif apabila lif mula berhenti ditingkat 20.
"Selamat pagi tuan Izz" ucap pekerja di tingkat itu apabila kelibat Izz muncul disitu. Izz tersenyum sedikit membalas ucapan mereka itu.
"Selamat pagi boss." ucap Linda PA nya dan bangun dari kerusinya.
"Selamat pagi Linda. Siap sekarang. Kita ada meeting dalam 5 minit lagi" kata Izz dan menolak pintu bilik yg tentera nama CEO GRANDVIEW HOLDING itu.
Linda menganggukan kepalanya dan mula mengambil buku notanya dan juga fail fail yg lain.

ANDA SEDANG MEMBACA
Miss Nerd & Encik Berlagak!
RomanceAisyah dan Izz Irfan. Sebut je nama mereka dua ni, satu sekolah sudah tahu hubungan dingin mereka kerana mereka sering bergaduh dan mengenakan antara satu sama lain. Izz Irfan. Pelajar popular dan juga pengawas sekolah yang dedikasi kononnya. Dia j...