抖阴社区

Bab 15

3.2K 136 0
                                    

Aisyah melihat barisan panjang yang ingin memasuki club malam terkenal di Kuala Lumpur itu. Aisyah berjalan ke depan mengendahkan pandangan mereka yang beratur itu.

"Excuse me girl, you need to wait for your turn." cakap salah seorang dari mereka

Aisyah mengabaikan mereka dan teruskan langkahnya di pintu masuk utama itu.

Penjaga pintu disitu memandang Aisyah lama sebelum tersenyum kecil.

"Hey Aisy.. long time no see. Wanna come in?"

Aisyah menoleh memandang lelaki itu dan tersenyum kecil. Dia mula membuka tali yang menghalang laluan itu dan mempersilakan Aisyah masuk.

Aisyah menganggukan kepalanya dan tersenyum sinis pada perempuan yang menegurnya tadi.

Lagu rancak memenuhi seluruh club itu dengan pelbagai lampu berwarna warni. Aisyah memandang mereka yang sibuk menari di dance floor di tengah club itu bagaikan tak ingat dunia.

"I'm fu*king hate this place.." katanya perlahan

Dia menuju ke bar dan duduk disitu sambil matanya melilau mencari seseorang.

"Hey.. wanna some drink?"

"Sure.. give me glass of coke please"

Pelayan itu menganggukan kepalanya dan menyediakan minuman.

Mata Aisyah terhenti pada susuk tubuh lelaki yang sibuk menari sambil tangannya memeluk seseorang. Aisyah tersenyum sinis.

"Here your drink. Have a nice night"

"Sure.. thank you"

Tangannya mengapai phone dan merakam perbuatan lelaki itu sambil meminum minumannya.

"Enjoy your night dear. You will wake up tomorrow and have a suprise from me my lovely fiance.." katanya sinis

Izz merenung air digelas nya lama. Lagu yang rancak di dalam club itu membingitkan telinganya. Kalau tidak disebabkan ajakan kawannya, dia tidak akan jejak kaki disitu.

"Come on Izz! Have fun!" jerit Amir sedikit kuat sambil kepalanya terhanguk hanguk melayan lagu disitu.

"For the god sake Amir, aku tak layan tempat macam ni. Bukan standard aku" sinis Izz

Amir tersenyum sinis dan memandang Izz yang serius mukanya itu.

"Relax.. Just untuk hiburan semata mata" kata Amir

Izz mengendah kata kata Amir itu sambil matanya meliar di sekitar kawasan itu. Matanya terhenti pada seorang gadis yang duduk berseorangan di bar itu.

Hatinya bagaikan berhenti berdengup untuk seketika. Matanya kaku pada gadis itu. No tu bukan dia Izz. Tu perasaan kau je!

Sehingga perempuan itu menoleh ke tepi menunjukkan wajahnya dan Izz bangun dari tempat duduknya.

"Erina Aisyah.." katanya perlahan

Miss Nerd & Encik Berlagak!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang